#4

9.3K 160 8
                                    

Pada sape yang berminat, novel Bukan Mahuku ni tengah open preoder sampai 20hb September. Limited print. Print cukup2 untuk yang order sahaja. Wasap Muna @ 0175003365.
.
MATA yang bengkak dipaksa juga celik. Biar terasa begitu berat dia tetap tidak mahu mengganggu rutin harian. Bangun awal di subuh yang hening.

Seluruh tubuh terasa sakit-sakit. Sengal di sana sini. Diketap bibir menahan amarah yang mula bergolak mengenangkan angkara siapa terjadi begini.

Tidak bolehkah berlembut dengan isteri sendiri? Hati mula menghamun lelaki itu. Andai lelaki itu di hadapan mata, mahu sahaja ditumbuk-tumbuk melepaskan geram. Biar lelaki itu sedar sedikit dirinya bukan untuk dikasari.

Dia bingkas bangun. Namun tindakannya itu membuatnya hampir terjerit bila tersedar akan kehadiran lengan yang membelit pinggangnya.
Mata buntang kala mendarat pada lelaki yang entah bila pulang ke bilik. Dia langsung tidak sedar. Pulang senyap-senyap. Macam penyamun!

Atiya cuba merungkai belitan di pinggang. Cubaannya itu sebaliknya mengeratkan lagi belitan itu. Malah tubuhnya ditarik era ke dalam dakapan hangat seorang suami.

Bibir Atiya terbuka tanpa kata. Mahu menghamun terasa tidak kena. Namun dia tidak sudi terus berada di dalam dakapan lelaki itu.

Sudahlah tidak berbaju. Bau asap rokok yang menyengat hidung buatnya hampir terbersin. Bertaut rapat dahi Atiya memikirkan apa yang dibuat lelaki itu semalam.

Berfoya-foya di luar ke? Soalan itu tidak berlegar lama di fikiran. Isu lebih penting harus ditangani.
Dia mula meronta cuba lolos. Sesaat pun tidak sudi bermanja di dalam dakapan lelaki itu. Apatah lagi bila bibir lelaki itu mula merayap di lehernya.
Rasa gerun mencengkam dada. Dia tidak sanggup mengulang babak semalam. Tidak rela dikasari sekali lagi.

"Lepaslah!" deram Atiya kasar.

Bibir yang begitu berani menderam pada suami sendiri ditakluk mudah. Mendiamkan segala protes sang isteri.

Atiya mula menumbuk dada bidang yang memerangkap tubuhnya. Apa sangatlah daya seorang isteri kala berdepan dengan suami yang selalu menghabiskan masa di gym memastikan tubuh dijaga rapi.

Tangan yang sibuk memukul dadanya ditangkap mudah lalu dipaku ke tilam empuk. Memastikan tubuh di dalam dakapannya tidak mampu terus meronta.

Atiya hanya mampu mendengus kasar. Tidak berdaya melawan keinginan lelaki itu. Yang hairannya kali ini layanan lelaki itu tidak seperti semalam. Lebih lembut seolah takut menyakitinya.

Apa yang berlaku? Kenapa tiba-tiba berubah laku? Kenapa tidak berkasar seperti semalam?

Soalan yang baru ingin mengganggu hilang sekelip mata bila sang suami mula mendominasi. Seolah mahu hanya dirinya berada di dalam fikiran seorang isteri. Hanya dia yang patut berada di situ.

Ego lelaki mula memainkan peranan. Mahu isteri meletakkannya di tempat tertinggi. Mendengar perintah. Mengikut segala arahan. Jangan sesekali melawan!
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now