#17

4.9K 71 4
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️

"KAKAK," seru Atiya lembut. Langkah Arissa terhenti. Dipandang sekilas pada si adik yang memanggil sebelum menyambung langkah menuju ke bilik.

Atiya menghela nafas berat. Rasa bersalah menghenyak dada. Hati terjerut sakit. Sudu di tangan dicengkam kuat. Cuba menahan perasaan sendiri.

"Tiya... bagi kakak kamu masa. Lama-lama nanti okey la tu," pujuk Encik Abbas memandang sekilas pada anak bongsunya itu.

Ketegangan yang berlaku di antara si sulung dan si bongsu menyebabkan tiada lagi keceriaan di rumah ini. Sunyi dan sepi.

Masing-masing lebih senang membisu. Tiada siapa inginkan perbalahan. Si bongsu dibelit rasa bersalah. Si sulung memendam rasa hati.

Dia sebagai ayah tidak mampu mencelah. Tiada siapa berada di pihak yang salah. Semua ini berlaku kerana pilihan menantunya.

"Tiya tahu," tutur Atiya menunduk memaksa diri terus menyuap nasi ke dalam mulut. Ditelan tanpa rasa.

Seleranya mati begitu sahaja. Dikuis-kuis sisa makanan di dalam pinggan. Tidak mampu untuk terus menelan.

"Tiya tidur sini malam ni?" soal Puan Zuhailin melihat Atiya tiada gaya mahu pula ke rumah mentua.

"Ibu nak halau Tiya ke?"

"Huzer tahu tak?" celah Encik Abbas.

"Dia tak kisah," balas Atiya acuh tak acuh.

Puan Zuhailin mengeluh berat. Tak kisah atau tak tahu?

"Tiya naik bilik dulu," ucap Atiya bingkas bangun. Tidak berminat untuk terus menjawab apa-apa soalan yang diajukan padanya. Laju kaki memanjat naik tangga ke bilik lalu dia berkurung melayan perasaan yang runsing.

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now