#5

9.1K 148 0
                                    

Pada sape yang berminat, novel Bukan Mahuku ni tengah open preoder sampai 20hb September. Limited print. Print cukup2 untuk yang order sahaja. Wasap Muna @ 0175003365.
.
MATA mencerun tajam pada imej di cermin yang mampu menimbulkan belas di hati sesiapa yang melihat. Merah dan biru jelas kelihatan di kulit yang sebelum ini tiada celanya.

Bibir terketap menahan amarah yang bergolak. Amarah yang tidak dapat diluahkan. Bimbang jika bibir berani memprotes, tubuhnya sekali lagi akan menjadi mangsa.

Jemari naik ke mata yang bengkak. Sukar untuk celik. Kesan menangis hingga terlupa yang pagi ini dia perlu bersemuka dengan keluarga mentua.

Keluhan berat terletus di bibir. Mengeluh. Hanya itu yang mampu dilakukan. Tidak berdaya memarahi lelaki yang tidak peduli. Jika peduli tentu sahaja dirinya tidak akan dilayan begini.

Bagaimana mahu berdepan dengan keluarga mentua? Pasti timbul persoalan yang sukar untuk dijawab.

Tawa kecil meledak tiba-tiba. Kenapa perlu bimbang? Bukannya keluarga mentua tidak tahu yang perkahwinan ini bukan berlandaskan cinta. Lalu tiada apa yang perlu ditutup.

Biarkan sahaja mereka melihat bengkak di matanya. Biar mereka tahu yang dia tidak sudi bersama anak lelaki mereka. Biar mereka rasa bersalah terhadapnya.

Bibir tersugil senyuman sinis. Tubuh direbahkan di dalam tub mandi. Menghilangkan rasa lesu yang mencengkam. Mata mula terpejam rapat. Tidak sedar masa berlalu begitu pantas hingga sang suami terpaksa muncul di sisi.

Bertaut dahi Huzer merenung tajam gadis yang nampak tenang dalam lena. Langsung tidak sedar akan bahaya menanti. Hampir tenggelam di dalam tub mandi yang cetek. Boleh lemas tanpa sesiapa pun tahu.

Ada rasa marah menjentik hati. Perempuan ni langsung tidak tahu menjaga diri!

Sekelip mata tubuh yang basah itu berada di dalam rangkulannya. Tuala yang dicapainya lalu membalut tubuh seksi itu agar tidak kesejukan lalu direbahkan ke katil.

Sepasang mata milik sang isteri bergerak-gerak ingin celik. Mungkin kerana terlalu letih, sang isteri terus lena tanpa sedar apa yang berlaku.
Melihat sang isteri begitu, rasa marah di dada membuak-buak tanpa dapat dikawal. Bayangkan jika dia tidak menerjah masuk tadi!

Mahu sahaja digoncang tubuh itu. Biar sedar apa yang hampir terjadi. Niatnya itu berkubur kala mata tertancap pada kesan yang ditinggalkan pada kulit putih sang isteri.

Makin rapat tautan di dahinya melihat kesan yang begitu jelas di mata. Tidak dapat ditutup. Seolah dia begitu hebat mendera isteri sendiri semalam.
Huzer mendengus kasar sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air. Membersihkan tubuh sebelum ke pejabat.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now