#9

4.9K 122 7
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
.
NASUHA selamba melangkah masuk ke dalam bilik peneraju syarikat tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Hanya dia seorang begitu berani mengganggu abangnya yang terkenal dengan aura yang mampu menggerunkan ramai.

Huzer mengangkat wajah melihat gerangan yang begitu berani. Tidak perlu meneka pun dia sudah dapat mengagak. Hanya si adik mampu melangkah masuk ke bilik pejabatnya seperti bilik ini milik gadis itu juga.

Bibir pink Nasuha tersenyum ceria. Tidak gentar dengan sepasang mata yang merenungnya tajam. Kurang senang dengan sikapnya yang sesuka hati menerjah masuk begitu.

Biarpun tahu si abang tidak suka, dia tetap mengulang perkara yang sama. Tidak kira di rumah atau di pejabat. Ingin melihat reaksi berbeza di wajah kaku tanpa emosi itu.

Tanpa disuruh dia melabuhkan punggung di kerusi bertentangan si abang. Berpeluk tubuh menongkat dagu.

"Nak apa?" soal Huzer tidak punya masa untuk melayan Nasuha. Sekejap lagi dia perlu keluar untuk bertemu klien besar syarikat. Berbincang tentang projek kerjasama terbaru.

"Kerek," selar Nasuha selamba. Bibir tercebik protes.

"Nak apa?" soal Huzer sekali lagi. Sepasang mata hitam yang merenung tajam itu mula menunjukkan sedikit emosi.

Nasuha kembali tersenyum lebar. Hanya dengannya Huzer punya kesabaran untuk melayan. Sudi memperuntukkan masa walau sekejap cuma.

Walaupun bicara Huzer serius 24 jam, dia tetap dapat merasakan hangatnya kasih seorang abang. Mungkin Huzer tidak seperti abang-abang lain yang begitu mesra berinteraksi dengan adik mereka. Namun setiap emosi yang ditunjukkan lelaki itu lebih berharga buatnya.

Yang sukar untuk digapai itu lebih bernilai bila tercapai. Dan dia sedar hanya dia seorang sahaja yang berjaya mendapat perhatian lelaki beku itu.

"Kenapa Abang Huz kasar sangat dengan Kak Tiya?" soal Nasuha ingin tahu.

"Kasar?" Bila isterinya menjadi sebutan, imej tubuh seksi itu mula mengganggu layar ingatan.

"Lebam tu..." Nasuha tidak menghabiskan ayat yang ingin diungkap. Terasa serba tidak kena. Dia tidak percaya abangnya sanggup mendera.

"Balik," arah Huzer serius. Walaupun dia memanjakan Nasuha, soal rumah tangganya bukan untuk dibincangkan dengan gadis itu.

Nasuha memekakkan telinga. Arahan itu dianggap ibarat angin lalu. Dia masih ingin 'mengajar' si abang cara melayan isteri dengan lebih lembut.

Jika berkasar begini bagaimana kakak iparnya boleh jatuh cinta pada suami sendiri? Benci mungkin. Sayang? Jauh sekali.

"Suha nak cepat-cepat dapat anak saudara," sungutnya memancing Huzer.

Huzer menjongket kening. Anak saudara? Seingatnya apa yang berlaku semalam dan subuh tadi sudah cukup untuk memenuhi keinginan adiknya itu. Jika tidak cukup, malam ini pun boleh dipastikan keinginan adiknya tercapai.

Tiada apa yang menghalang untuk dia berusaha mendapatkan anak saudara buat Nasuha. Malah dia lebih dari sudi meneruskan aktiviti yang sudah sememangnya menjadi satu kewajipan seorang suami. Memberi nafkah batin wajib, bukan?

"On the way," balas Huzer senada.

Jawapan si abang meledakkan tawa di bibir Nasuha. On the way? Mungkinkah lebam di tubuh si kakak ipar hasil tangan abangnya yang tidak tahu mengawal tenaga sendiri? Terlalu teruja mendapat si dara hingga meninggalkan kesan tidak sepatutnya?

Tidak mustahil itu yang berlaku. Abangnya itu masih teruna sebelum ini. Tidak berpengalaman seperti lelaki-lelaki moden yang begitu senang membawa perempuan ke bilik tidur.

Kekurangan skill atau terlebih guna tenaga masih boleh dimaafkan. Kekurangan skill? Macam tidak kena dengan imej abangnya. No way!

Akal Nasuha mula nakal membuat spekulasi. Menjelajah daerah 'kuning' yang tidak sepatutnya untuk seorang dara.

"Abang Huz kena lembut sikit dengan isteri. Baru Kak Tiya sayang," sogok Nasuha masih cuba menasihati si abang.

Sayang? Emosi seperti itu tidak perlu wujud dalam hubungannya dengan Atiya. Dia tidak berminat untuk terjebak dalam permainan perasaan yang tidak penting di matanya.

"Kak Tiya tu lembut orangnya."

Lembut? Tersugil senyum sinis di bibir. Babak semalam terlayar semula di mata. Saat sang isteri meronta tidak sudi, ke mana hilang kelembutan yang disogok adiknya?

Jika bukan kerana gadis itu yang berkeras tidak sudi, dia juga tidak akan menyakiti. Seingatnya dia belum punya hobi menyakiti gadis demi kepuasan sendiri. Atau lebih tepat lagi dia tidak pernah terlintas untuk berada dekat dengan mana-mana gadis sekalipun.

"Abang Huz dengar tak ni?" soal Nasuha geram bila tidak mendapat respons dari si abang.

"Abang ada kerja, Suha," ucap Huzer senada. Tegasnya tetap terasa.

Nasuha menayang wajah ketat. Tercebik bibir menunjukkan protes. Dia bingkas bangun. Tahu bila perlu berundur. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik. Meninggalkan Huzer dengan kerja yang tidak pernah surut.

Sebaik keluar dari bilik si abang, dia bertembung pula dengan pembantu 'lelaki' abangnya itu. Kening terjongket lalu menghampiri 'lelaki' itu.

"Pergi mana tadi?" soal Nasuha ingin tahu. Jarang si pembantu abangnya itu menghilang bila abangnya ada di pejabat.

"Cik Suha buat apa kat sini?" soal Nan teruja melihat adik si bos muncul di syarikat. Kepala mula merencana. Nampaknya dia tidak perlu ke rumah bos untuk menghantar krim yang siap dibelinya.

"Apa tu?" Mata Nasuha melirik pada krim di tangan Nan yang menarik perhatiannya.

"Cik Suha boleh tolong tak?"

"Tolong apa?"

"Tolong pass dekat madam."

"Madam?"

"Isteri bos la."

Terjongket kening Nasuha mendengar permintaan itu. Krim apa yang mahu dikirim pada kakak iparnya itu?

"Krim sapu untuk cepat hilangkan lebam."

Makin tinggi jongketan kening Nasuha. Mata melirik ke pintu bilik si abang. Bibir tersugil senyuman penuh makna.

"Abang I yang suruh you beli, kan?"

"Kalau bukan bos I yang suruh... buat apa I sibuk belikan untuk madam?"

Betul juga. Nasuha sudah tersengih bagai kerang busuk. Mata bersinar galak mendapat maklumat tentang si abang.

"Nak tanya sikit ni..." Nan mula ringan mulut ingin bergosip.

"Tanya apa?" Nasuha pula seronok melayan.

"Bos ganas sangat ke semalam?" Nan sudah mengulum senyum menahan tawa.

"Kakak ipar I cantik sangat," balas Nasuha penuh makna mendalam. Meledak tawa Nan mendengar jawapan itu.

Nasuha tidak menunggu lama sebelum menyambar krim di tangan pembantu abangnya itu. Tidak sabar mahu diserahkan kepada si kakak ipar. Biar sejuk hati seorang isteri.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝
Wasap Muna utk order versi cetak ye @0175003365

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now