#19

331 6 0
                                    

EBOOK PDF VERSION DAH AVAILABLE TAU. RM15 je sepanjang july. wasap Muna @01159607691
.
TIADA di bilik. Tiada juga di ruang tamu mahupun bilik air. Ke mana? Begitu berani menghilang tanpa kebenarannya. Tersugil senyum sinis di bibir.
Isteri yang lari bolehkah dibiarkan? Tak semudah itu untuknya berkompromi. Tempat isteri di sisi suami. Sejak bila hakikat itu boleh berubah?

Tali leher dilonggarkan. Butang kemeja dibuka satu per satu sebelum kaki melangkah ke bilik air. Tidak lama untuk dia keluar semula. Siap mengenakan t-shirt polo. Lebih santai gayanya. Menuruni tangga menuju ke ruang tamu.

Nasuha yang melihat kelibat si abang tersengih panjang. Dapat diduga apa yang bermain di fikiran si abang.

Baru pulang sudah mahu keluar semula. Siapa lagi punya angkara?

"Cari Kak Tiya ke?" soal Nasuha mula menyibuk.
Wajah segar si abang yang baru lepas mandi dipandang lama. Handsome macam ni pun dipandang sebelah mata oleh kakak iparnya. Siap menghilang dari pagi hari.

Lelaki sehebat abangnya patut dihargai. Sebaliknya kakak iparnya tega melarikan diri. Nasuha tergeleng sendiri.

Pelik benar dengan si kakak ipar. Begitu ramai perempuan ingin mendekati abangnya. Hanya terhalang dengan aura abangnya yang menggerunkan itu. Jika abangnya jenis lelaki buaya sudah pasti perempuan keliling pinggang.

"Kak Tiya keluar dari pagi lagi," ujar Nasuha tanpa perlu disoal.

Huzer tidak membalas. Menanti penjelasan seterusnya dari bibir si adik.

"Balik rumah family dia kot. Takut Abang Huz terkam dia lagi malam ni agaknya," tambah Nasuha tersenyum nakal.

Tanpa sepatah kata Huzer melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta. Tidak lama deruman enjin bergema meninggalkan laman. Laju benar tindakan.
Nasuha tersengih-sengih sendiri. Diusap-usap dagu licin tanpa janggut itu. Akal mula membuat spekulasi kemungkinan yang akan berlaku di antara abang dan si kakak ipar malam ini. Otak kuning betul!

Diheret pulang atau terus dibaham di situ juga? Yang mana satu pilihan abangnya? Dia tertanya-tanya sendiri.

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now