#20

501 7 0
                                    

EBOOK PDF VERSION DAH AVAILABLE TAU. RM15 je sepanjang july. wasap Muna @01159607691
.
MENDENGAR sahaja deruman enjin kereta memasuki laman di malam hari menimbulkan debaran di dada. Sepanjang hari dia tidak senang duduk sebenarnya. Tertanya-tanya apa reaksi lelaki itu bila sedar dia tiada di rumah.

Atiya memaksa diri memejamkan mata. Mungkin bukan dia!

Huzer tidak akan peduli di mana dia berada. Dia bukannya penting di mata lelaki itu. Tidak perlu sampai mencarinya di sini.

Sangkaannya meleset bila pintu biliknya ditolak dengan kasar. Dan derap langkah yang menghampiri menyukarkannya untuk bernafas bebas.

Dia terus memejamkan mata. Berpura-pura tidur lebih baik dari bertentang mata dengan lelaki itu.

Biarpun terlalu banyak soalan bermain di fikiran ketika ini, dia lebih rela dihanyutkan ke alam mimpi.
Selimut yang melitupi tubuh ditarik kasar memaksa Atiya membuka mata. Tidak dapat terus berpura-pura.

"You buat apa kat sini?" soal Atiya resah pada lelaki yang sudah duduk di birai katil. Tangan lelaki itu memaku di sisi memenjarakannya. Menghalang dari meloloskan diri. Bila-bila masa sahaja boleh mencari mangsa.

"I buat apa kat sini?" soal Huzer sinis. Soalan itu sepatutnya diutarakan olehnya. Bukan bibir merah yang terketap resah.

"You..." Ditelan liur yang terasa berpasir. Tiada kata mampu diungkap saat ini. Tiada apa untuk dibicarakan dengan lelaki itu.

"Ini kali pertama dan terakhir, Tiya," deram Huzer memberi amaran.

Isteri miliknya tidak akan dibiarkan keluar tanpa kebenaran. Jika berani ingkar, dia lebih dari sudi untuk mengajar isterinya agar taat dan mendengar kata.

"Apa maksud you?" soal Atiya bengang. Bulat matanya memandang lelaki itu. Berapi.

Kali pertama dan terakhir? Siapa lelaki itu untuk menghalang langkahnya? Lelaki itu tidak berhak!
Dia bukan burung di dalam sangkar untuk dihalang ke mana-mana. Dia punya kebebasan sendiri.

"Kalau you berani keluar tanpa kebenaran sekali lagi..." Ayat itu digantung tanpa penamat. Nadanya kedengaran cukup dingin membekukan.

"You..." Bibir yang masih ingin menyatakan protes disambar mudah. Menghalang dari terus bersuara menaikkan amarahnya.

Buntang mata Atiya dengan tindakan lelaki itu. Sangkanya dia selamat di rumah sendiri. Rupanya lelaki itu tanpa silu mengejarnya hingga ke sini. Malah cuba mengambil kesempatan seperti berada di rumah lelaki itu.

Ditolak dada yang cuba menghimpitnya. Tidak berganjak. Umpama konkrit yang menjadi tembok memaksanya mengalah.

"I hate you!" bentak Atiya bengang.

Tiada balasan yang diterima. Seolah lelaki itu tidak peduli dibenci olehnya. Atau lebih tepat lagi dia tidak punya sebarang nilai di mata lelaki itu. Sekadar menjadi 'pemanas' di malam hari.

"Lepaskan I!" deram Atiya masih tidak rela menyerah kalah. Nadanya tetap cuba dikawal. Bimbang menarik perhatian keluarganya.
"Lepaskan you?" Sinis soalan itu menyapa telinga. Mematikan rontaan sang isteri.

"Kalau you dah lupa status diri you... I boleh ingatkan you," ucap Huzer dengan nada cukup bersahaja. Hanya renungan dingin seorang suami membuat sang isteri menggigil sendiri. Gerun.
Atiya meneguk liur yang terasa kesat. Tubuhnya terasa kejung saat ini. Tidak berani menaikkan amarah lelaki itu.

Dia hanya mampu menyerah di tangan suami sendiri. Membiarkan sahaja lelaki itu melunaskan keinginan tanpa mampu bersuara lagi. Damn you!





EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now