#12

4.9K 110 1
                                    

Tenkiuuu pada yang sudi drop komen kat post Muna tadi. Meh layan yang ni dulu. Nak lagi teaser drop komen kat sini haaa.😘

Pada sape yang berminat, novel Bukan Mahuku ni tengah open preoder sampai 20hb September. Limited print. Print cukup2 untuk yang order sahaja. Wasap Muna @ 0175003365.
.
DIRENUNG krim di atas meja seperti memandang musuh ketat lagaknya. Renungan penuh berapi. Seolah krim itu menjadi punca babak yang tidak diinginkan berulang kembali.

Mata beralih pada imej di cermin. Makin marak api menyala kala melihat merah-merah di leher yang langsung tidak dapat ditutup. Tanda yang ditinggalkan lelaki itu tanpa silu.

Kalau dia tahu begini yang akan berlaku, dia tidak akan sesekali mencampak krim itu ke lantai. Akan disapu tanpa sebarang alasan.

Malangnya tiada guna menyesal di kemudian hari. Kerana rasa marah dicampak pemberian lelaki itu tanpa rasa bersalah. Dan akhirnya tubuh sendiri yang merana.

Dada berombak kasar menahan amarah di dada. Bibir terketap rapat. Sayangnya marah itu tidak mampu dilepaskan pada makhluk yang menjadi punca.

Saat ini babak semalam kembali berputar di layar ingatan. Sengaja mendera tidak membenarkannya lupa. Terlalu segar di dalam ingatan. Mana mungkin dia lupa.

KRIM pemberian lelaki itu dibiarkan di atas tilam. Tiada niat untuk menggunakan pemberian suami sendiri. Tidak juga berani untuk mencampak ke lantai sekali lagi.

Walaupun dia berjanji ingin menyapu krim itu sendiri, janji itu hanya tinggal janji. Mungkin kerana separuh hati tidak percaya yang lelaki itu akan memeriksa sama ada dia benar-benar menyapu krim itu atau tidak.

Atiya menarik comforter tebal menyelimuti seluruh tubuh. Mata cuba dipejam rapat. Mengharap lena cepat menjemput sebelum lelaki itu keluar dari bilik air.

Melihatnya tidur tentu lelaki itu tidak lagi mengganggu. Logiknya begitu, bukan? Lelaki itu takkan begitu kejam mengejutkan isteri yang sedang tidur.

Saat ini akal sudah terlupa tentang hakikat lelaki yang memaksanya semalam. Atau sengaja berpura-pura lupa kerana mengharap lelaki itu tidak lagi menuntut yang bukan-bukan.

Atiya terus memejamkan mata biarpun kantuk tidak kunjung tiba. Sebaik terdengar pintu bilik air terkuak dari dalam, seluruh tubuh terasa kejung.

Atiya menelan liur yang terasa kesat. Tekaknya kering saat mendengar derap langkah yang menghampiri. Dia langsung tidak berani membuka mata.

Kala terasa ada henyakan di birai katil, hati mula menyumpah lelaki itu sejuta kali. Segala hamunan bergema di segenap penjuru hati.

Debaran usah ditanya. Menghentak dada seolah ingin melantun keluar bila-bila masa sahaja. Mungkin lelaki itu juga mampu mendengarnya. Buatnya keresahan sendiri.

Sepasang mata hitam merenung dingin tubuh kejung yang dibalut comforter itu. Berpura-pura tidur? Tidak semudah itu untuk terlepas dari pemeriksaannya.

Tangan kekar sang suami mula menarik comforter perlahan-lahan. Dicampak ke sisi katil. Tiada ungkapan yang terletus di bibir. Hanya gerakan tangan yang menentukan nasib si isteri malam ini.

Tubuh yang sedia kejung bertambah kejung. Biarpun dia keresahan dengan apa yang berlaku, Atiya langsung tidak berani membuka mata. Hanya mampu terus berpura-pura tidur. Berlagak seolah tidak sedar dengan apa yang berlaku.

Tersugil senyum sinis di bibir sang suami melihat lakonan isterinya. Masih ingin terus memejamkan mata. Dia ingin lihat sejauh mana isterinya mampu berlakon.

"Do you think you can escape tonight, huh?" Suara itu berbisik dingin di telinga Atiya. Memaksa Atiya membuka mata.

"What are you doing?" desisnya pantas mencengkam blaus yang dipakai. Resah bila tangan kekar sang suami mula mencari mangsa. Ingin mendarat tanpa kebenaran.

Diteguk liur yang terasa berpasir berkali-kali. Sepasang mata helang yang merenung tajam menggetarkan hati seorang isteri.

Nafasnya seakan terhenti saat ini. Dia tahu apa yang akan berlaku sekejap lagi. Tahu dirinya tidak akan terlepas. Pun begitu dia tetap cuba mencipta jurang.

Mata sang suami melirik pada krim yang terbiar di atas tilam. Tiada tanda seperti sudah digunakan.

"Let me see," ucap sang suami dengan nada diktator. Tidak akan menerima sebarang bantahan.

"What?!"

Terjegil mata Atiya mendengar arahan itu. Makin kuat cengkaman di blaus kala tangan kekar itu mendarat di tubuhnya.

"Let me see," ulang suara bernada diktator itu. Jemari yang mencengkam blaus dengan mudah ditarik lalu tangan kekar mula memainkan peranan.

"No! I dah sapu dah!" bentak Atiya resah. Cuba ditepis tangan yang berurat kasar itu. Menyelamatkan diri.

"Really?" Nada sang suami jelas tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Laju Atiya mengangguk seperti burung belatuk. Berkali-kali. Mengharap lelaki itu percaya.

"Let me check..." ucap sang suami selamba menolak tubuh seksi itu rebah di tilam empuk. Tidak memberi ruang untuk sebarang bantahan bila bibir itu ditakluk tanpa amaran.

Sang isteri yang tidak berdaya hanya mampu menyerah kalah. Membiarkan sahaja lelaki itu melakukan apa sahaja. Melawan hanya mendatangkan bahana pada diri.

"I hate you!" Kata-kata itu ditelan ciuman hangat sang suami. Memastikan tiada hamunan yang keluar dari sepasang bibir merah menggoda. Biar hanya manisnya sahaja terasa.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now