#2

11K 184 2
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
.
"BEAST!" jeritnya sakit hati. Air mata yang berjurai tidak dipedulikan. Luluhnya hati ketika ini menguasai diri. Mata merenung benci lelaki yang telah merosakkan segalanya.

Sesungguhnya dia benci pada lelaki yang tidak punya hati itu. Lelaki yang begitu kejam mengheretnya ke dalam sebuah perkahwinan sepi. Dingin tanpa sebarang rasa.

Segala mimpi yang pernah dianyam berkecai begitu sahaja. Malam pertama yang diangankan penuh dengan keindahan hanya berakhir dengan satu hubungan seksual, sepi tanpa kehadiran cinta yang membuai rasa.

Dia mendambakan malam yang sempurna. Mengharapkan bicara cinta seorang suami mengusik tasik hati.

Malangnya, bukan itu yang berlaku. Malam yang sepatutnya menjadi penyatuan dua hati dan jiwa kini cuma penuh dengan amarah dan benci.
Dia teresak sendiri. Menangisi nasib diri. Seluruh tubuhnya terasa sakit dikasari lelaki itu.

Tiada belaian lembut yang diterima. Sebaliknya kekasaran lelaki itu benar-benar menjerut rasa.
Terasa diri bukan seorang isteri. Sebaliknya perempuan murah yang langsung tidak berharga di mata lelaki itu.

Air mata terus berjuraian jatuh. Mencengkam rasa di dada. Renungan yang tadinya marak dengan api kini kabur dengan air mata.

Dia, Nur Atiya sentiasa ditatang oleh keluarga tersayang. Dimanjakan mama dan papa. Dipenuhi segala permintaan. Mana pernah dikasari begini. Lelaki itu manusia pertama!

Pun begitu dia hanya mampu menghamun lelaki itu. Tidak berdaya mengubah nasib diri yang telah berakhir di tangan lelaki itu.

Hubungan yang sudah termaktub tidak mudah untuk diputuskan. Jika begitu mudah, untuk apa dia berada di sini? Apa perlunya mengorbankan diri di tangan lelaki itu?

"Beast,huh?" soal lelaki itu sinis. Dagu runcing sang isteri disambar kasar lalu didekatkan ke wajahnya. Air mata yang membasahi wajah indah itu terasa menyakitkan mata. Annoying!

Atiya cuba menepis tangan yang begitu berani mencengkam dagunya. Rasa sakit menular akibat tekanan dari jemari panjang yang langsung tidak dikawal lelaki itu.

"I can be more than that. Do you want to try?" Nada yang menggerunkan itu sekelip mata menghentikan tangisan seorang isteri. Senyuman sinis tersugil di bibir. Berpuas hati dengan reaksi itu.

Dia bingkas bangun. Melepaskan cengkaman di dagu runcing itu sebelum melangkah ke almari mencari pakaian lalu disarung ke tubuh sebelum menghilang dari pandangan sang isteri.

Atiya menyembamkan wajah ke bantal. Kembali teresak lemah. Tangan tidak henti memukul bantal seolah bantal itu pula yang salah. Atau lebih tepat lagi membayangkan lelaki itu yang menjadi mangsa pukulannya.

"Beast!" Jeritan itu tenggelam di dalam kelam malam. Hanya mampu didengari diri sendiri. Tiada siapa yang memahami.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now