Bab 2

3.8K 250 14
                                    

Safwan menenyek kedua-dua matanya. Perihnya nak celikkan mata. Dikerling jam ditangan. 08.45 pagi. Ya Allah, subuh aku ke laut lagi! Eh, kejap. Muhammad Safwan Bin Abdul Fuad, sejak bila kau kisah dengan solat semua ini? Sebelum ini, lima waktu sehari kau tinggal macam itu aje. Tak ada pula kau nak kisah. Semalam, dari asar sampai isyak, ada kau solat?

Bertubi-tubi hati jahatnya mengusik. Dia biarkan hatinya begitu. Bila kau nak bersih wahai hati oii?

Krook! Krook!

Bunyi berkeroncong perutnya mula berdendang. Uishh, kalau saat ini pekena roti canai tambah dengan teh tarik ekstra kaw, padu ni! Tiba-tiba mentol menyala diatas kepalanya. Matanya pula bersinar bagaikan makanan sudah berada di hadapan mata. Haa! Memandangkan sekarang berada di Perak, aku tahu nak lepak mana. Breakfast yang perfect untuk permulaan hari yang ...hmmm hmmm... indah. Mungkin.
•••

"Abang, mana anak kita ni pergi? Risau pula saya dengan dia tu. Entah makan ke tidak lagi tu? Tidur mana semalam? Dah bangun ke belum waktu-waktu macam ni?" Luahan seorang ibu yang risaukan anaknya, memang begitu. Nampak tak kat situ yang semua ibu kat dunia ni penyayang tau. Jahat mana pun kita, dia tetap risau dan nak tahu keadaan kita. So, please jangan sesekali abaikan mereka!

Encik Fuad meneguk sedikit air kopi di dalam cawan bercorak vintage itu. Mata Puan Zaharah langsung tak beralih dari memandang suaminya; menunggu jawapan. Resah gelisah itu tak perlu diberitahu lagi, memang dah jelas terlihat di wajah yang awet muda itu.

"Kenapa awak nak risau sangat? Dia ada kat kondo dialah tu," duga Encik Fuad.

"Cik abang oi, kalau dia ada kat situ, tak ada maknanya saya nak risau sampai macam ni. Sebab dia tak ada kat rumah dialah, saya risau." Jelas kerutan di dahinya itu. Hai lah, Safwan my baby boy, where are you? Mama risau ni. Mama call tak nak jawab. Kamu pergi mana, nak?

Encik Fuad geleng kepala. Drama queen sungguh isteri aku yang seorang ni. Seorang? Eh, apasal ayat ni macam lain macam aje? Oh, kejap! Jangan salah faham. Encik Fuad ni setia tau. Beliau kahwin satu aje.

"Puan Zaharah Jusoh, anak awak tu bukan tak pernah buat macam ni. Dah banyak kali dia merayap tak balik rumah. Biasalah tu. Esok-esok baliklah dia bila angin tu dah reda. Lagipun, dia bukan darjah tiga. Umur dah dekat 30 tahun. Pandailah dia jaga diri," ujar Encik Fuad. Puan Zaharah mula terdiam. Memang betul dia tu dah besar, tapi naluri ibu yang risaukan anak, mana boleh tentang!

Itulah sikap Puan Zaharah yang selalu manjakan anaknya. Dari kecil lagi, apa yang Safwan nak pasti dia tunaikan. Mungkin sebab itu sampai sekarang dia asyik panggil Safwan dengan panggilan baby boy! Muka Safwan confirm macam jeruk Pak Ali apabila mamanya memanggilnya begitu. Ergh! Memalukan. Tambah-tambah panggilan itu dipanggil di hadapan kawan-kawan mamanya. Fuh, malu berguni-guni!

Cerita tentang manjanya Safwan ini, mamanya yang hadiahkan kondo itu kepadanya sejak Safwan kata dia nak hidup berdikari. Well, orang sudah dewasa. Mestilah mahu belajar hidup sendiri, memikul tanggungjawab yang semakin menambah dari hari ke hari. Namun, itu semua anganan aje. Dia langsung tidak ada rasa nak bertanggungjawab. Semua nak mudah aje. Biasalah anak jongkong emas mamanya. Amboi, jongkong emas gitu!
•••

Ringkas. Roti canai kosong satu dan teh tarik ekstra kaw satu, dipesan. Dia memandang sekeliling. Tak banyak yang berubah persekitaran di sini. Sudah lama dia tak datang di sini. Hampir setahun lebih. Kali terakhir dia datang di sini bersama bekas rakan kongsinya, Zamri. Zamri yang paling manis kata-katanya tapi perbuatan langsung tak seiring dengan bicara. Dia lesapkan semua duit modal dan keuntungan untuk kepentingan diri sendiri. And of course, dia lesapkan dirinya sekali.  Tahap kebencian Safwan terhadap Zamri memang mengunung. Tahap tak boleh nak control dah ni. Kalau Zamri ada di hadapan mata saat ini, pecah muka budak itu dia kerjakan.

Itulah nasib bilamana terlalu percayakan orang. Sejak business keduanya bankcrupt,  Safwan pujuk babahnya untuk pinjamkannya duit sebagai modal untuk mula perniagaan baru. Tapi, sekali lagi dia ditipu dengan manusia munafik persis Zamri. Kali ini dia ditipu oleh syarikat yang kononnya akan menjadi pembekal yang terbaik. Namun, hampa. Semua itu dusta. Manusia tak guna!

"Bang, roti canai kosong dan teh tarik siap! Jemput makan," pelawa pelayan Restoran Haji Ahmad sambil meletakkan hidangan tersebut.
Safwan meneguk sedikit teh tarik itu. Dicarik-carik roti canai itu. Dia mengambil cebisan roti itu lalu dicicah sedikit kuah dalca. Dengan bismillah makanan itu selamat berada di dalam perutnya.

Sedang enak menikmati kesedapan roti canai buatan Haji Ahmad yang amat meliurkan ini (amboi ayat!), satu gegaran berlaku di sikunya membuatkan roti yang berada ditangannya jatuh semula ke dalam pinggan. Safwan merengus. Haish, siapa pula yang langgar-langgar ini? Kacau daun hijau betullah.

"Sorry, bang! Sorry. Saya tak sengaja nak terlanggar abang," ujar lelaki itu. Beria-ia dia memohon maaf.

Safwan terkaku. Kenapa macam kenal aje suara itu? Bukan ke itu suara Zamri?

Safwan mendongakkan kepalanya. Matanya tepat menikam mata lelaki itu. Lelaki itu terkedu. Safwan?!

Tidak menunggu jarum jam berdetik pantas, segera lelaki itu mula mengangkat kaki untuk berlari dari situ. Oh tidak! Dia sudah terserempak dengan Safwan. Sebelum kepalanya pecah, mulutnya hancur, tangannya patah, baik dia pergi sekarang.

"Kau nak ke mana?" Safwan pantas menarik kolar belakang baju Zamri. Genggaman yang kuat itu langsung membuatkan Zamri keras. Ditarik Zamri agar menghadap mukanya. Digenggam kolar baju Zamri. Satu tumbukan padu hinggap di pipi kirinya.

Keadaan di situ sudah semakin kecoh. Ditambah pula dengan tumbukan Safwan yang tak henti-henti hinggap di muka Zamri. Orang ramai mula berkumpul di meja Safwan makan tadi. Ada beberapa orang sedang menenangkan Safwan. Namun, ditolak tangan-tangan itu ke belakang. Biar aku pecahkan muka tembelang ini!

"Sudah anak muda! Sudah. Ini bukan jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah," ujar seorang lelaki tua yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

"Tak boleh, pak cik! Dia ni dah tipu saya. Dia curi semua duit saya! Kawan tak guna!" Hamburan kata itu dihadiahkan sekali pakej dengan tumbukan di mata kanan. Amek kau! Hitam sudah sebelah mata.

"Sudah, nak. Istighfar. Ingat Allah, nak. Ingat Allah. Kalau mati budak ni, kamu tu dianggap pembunuh. Sudahlah, bagi dia peluang untuk explain," pujuk lelaki tua itu. Muka Zamri memang dah tak macam orang. Pedih menyengat cuba ditahan. Darah yang mengalir dia biarkan. Sakitnya, Allah saja yang tahu.

Safwan melepaskan genggaman kolar baju Zamri. Takut pula dia dengar perkataan pembunuh itu. Tak pasal- pasal dia meringkuk dalam penjara. Tak hingin aku!

Keadaan sudah mula stabil. Safwan menerima huluran air mineral daripada lelaki tua itu. Dalam dia meneguk air itu, Zamri yang sememangnya dah bersedia nak marathon, sudah lesap hilang dari situ.

Safwan tersembur air. Kakinya pula mula nak mengejar Zamri. Ewah-ewah! Aku bagi chance kau bercakap, kau boleh blah pula. Memang cari nahas ini.

Tangan tua itu menghalang Safwan.

"Sabar. Orang yang sabar ini, pahalanya banyak tau," pujuk lelaki tua itu lagi. Safwan hanya diam. Tak tahu apa yang reaksi yang sesuai. Sekarang dia serabut. Serabut tahap infiniti!

Mata lelaki tua itu memandang Safwan yang berada di hadapannya.

"Kamu ni macam ada banyak masalah aje," duga si tua.

Safwan hanya mengangguk.

"Jom ikut pak cik. Kita pergi tempat yang tenang. Nanti kita borak dekat situ," ajaknya.

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now