Bab 7

2.4K 210 7
                                    

"Tulah, kau kena kahwin cepat. At least ada orang yang boleh tolong masak kat kau." ujar Izz sambil berjalan laju mengejar langkah Safwan.

Safwan hanya mampu geleng kepala. Langkahnya menuju masuk ke dalam kedai mamak yang selalu menjadi tempat lepaknya dan Izz. Malas nak mendengar cerita Izz tentang keseronokan bulan madunya itu. Lebih baik aku isi perut aku dengan mee goreng. Yang si Izz tu takpa lah. Perut memang dah kenyang, isteri masak kat rumah. Untunglah ada bini.

Safwan mematikan langkah. Izz yang mengikutnya dari belakang turut menekan brek.

"Apahal, Wan?"

"Meja penuh kat dalam. Kita lepak kat meja luar la. Rasanya aku nampak ada kosong tadi."

Mata masing-masing melilau mencari meja kosong. Perut Safwan yang sedang berdangdut diusap lembut. Sabar perut oi!

"Wan, hujung tu ada kosong."

Tanpa membuang masa, terus mereka menuju ke meja kosong tersebut.

Safwan mengangkat tangan. Pesanan sudah diambil.

"Wan."

"Kenapa?"

"Ni. Ada orang tertinggal bukulah," ujar Izz sambil menayangkan buku yang berada ditangannya. Muka kelaparan Safwan berubah menjadi muka ingin tahu. Terus dirampas buku itu.

"Buku budak U ni," ujar Safwan sambil dibelek-belek buku yang tertulis UiTM itu.

"Wei, buka la. Selalunya buku yang pihak U bagi ni ada ruang untuk isi maklumat peribadi. Cuba kau tengok ada nombor telefon budak itu tak? Kalau ada bolehlah kau mengorat."

Safwan memandang Izz sekilas. Izz dah buat iklan Colgate apabila sebaris giginya sudah ditayang.

"Tak habis-habis dengan jodoh. Kang aku jadi madu kau nanti, baru tau!"

"Huish, jangan! Hanis milik aku seorang aje, okey."

Haa, tahu takut!

Diselak satu per satu. Nama tercatat dibaca.

"Nur Najihah Binti Muhammad."

"Perghh! Dari nama pun dah tahu yang dia ni mesti ayu, sopan-santun amalan mulia, cantik, budi bahasa budaya kita, ..." Izz mencelah.

Tanpa menghiraukan Izz yang perangai macam cekodok basi, Safwan meneruskan pembacaannya.

18 Jun XXXX

Eh, kalau dikira umurnya, dah habis diploma dia ni. Muda tiga tahun dari aku.

"Wei."

"Hmm." Tidak dipandang wajah Izz Firhad Rahim. Fokusnya masih di muka surat pertama buku itu.

"Amboi, tekun baca biodata bakal isteri!" Izz menyakat lagi.

"Izz, kalau kau sebut benda macam tu lagi sekali, aku akan make sure kau supper makan buku ni. Aku suruh mamak goreng bagi kat kau." Nada mendatar tapi tegas, mata dijeling.

"Oh, relax la. Teh ais kan ada. Actually, aku nak tanya kat situ ada tulis apa lagi? Bagitau la aku. Jangan simpan sorang-sorang."

Safwan menyedut sedikit Teh Ais yang baru dihantar.

"Dia tulis tarikh lahir dia. Dia ni 25 tahun sekarang. Kiranya dah habis diploma la."

"Ooo. Tapi kan dah kenapa buku U dia ni ada kat sini?"

"Buku ni banyak lagi ruang kosong. So, aku rasa dia nak manfaatkan la buku ni." Banyak nota yang ditulis dalam buku itu. Namun, lagi banyak kertas yang masih kosong. Maybe dia ada banyak sangat kut buku nota masa study dulu, so buku ni just tulis benda yang biasa-biasa aje. Husnudzon...

"Tapi kan kan kan.... Dia tu macam kau la. Orang bagi buku suruh salin nota, kau langsung tak guna. Habis U baru sibuk nak conteng dalam buku tu. Wei, serasi la korang."

Buku itu ditutup rapi, siap sedia untuk dibaling ke muka Izz.

"Assalamualaikum."

Satu suara menghentikan pertelingkahan itu. Dua pasang mata dipandang kearah suara itu.

"Waalaikumussalam. Ya, saudari." Butir bicara Izz dilontarkan.

Gadis itu hanya tersenyum. Debar di dada cuba dikurangkan. Malu. Ya, dia hanya gadis biasa yang jarang bercakap dengan lelaki ajnabi. Sememangnya perasaan malu itu menjadi raja di lubuk hatinya.

"Maaf, encik. Tadi saya ada tertinggal buku saya di sini," ujar dengan nada biasa. Prinsipnya dipegang kemas. Depan ajnabi suara tak boleh tergedik-gedik.

"Buku?" Kening Izz bertaut sebentar. Riak gadis itu mula menunjukkan kerisauan. Janganlah hilang buku itu. Senarai nama customer banyak dalam itu.

"Oh, buku itu!"

Dari mukanya ditunduk ke bawah, segera Izz memandang lelaki dihadapannya itu.

"Wan, bak buku tadi. Tuan empunya sudah datang," pinta Izz.

Safwan tidak bergerak. Matanya masih memandang gadis itu.Ya, Allah makhluk ni! Patutlah diam dari tadi.

Dalam dunia Safwan, dia langsung tidak dengar apa yang dibualkan oleh Izz dan perempuan itu. Dia terpegun. Kerana kecantikan gadis itu? Mungkin. Tapi, yang membuatkan matanya tak berkelip adalah kerana gadis itu ialah gadis yang dia pernah jatuh cinta hanya dalam lima saat!

Perempuan itu hanya menunduk apabila tersedar yang dia diperhatikan sejak tadi. Tak senonoh! Tengok anak dara sampai tak berkelip.

"Safwan!" Jeritan itu dihadiahkan dengan penyepak milik Izz.

Safwan tersentak. "Ya, sah!" Latah Safwan. Allahuakbar! Kau berangan apa, Wan oi! Akad nikah ke?

Terdengar ketawa kecil milik kaum hawa. Izz dah gelak besar. Muka Safwan dah berubah 180 darjah apabila mendengar suara ayam jantan mengilai.

Dipijak kaki Izz untuk matikan ketawa ayam jantan itu.

"Okey-okey. Wan, ni tuan punya buku tu nak ambil balik buku dia."

"Oh."

Matanya beralih kearah yang berkenaan itu.

"Sorry pasal tadi. Ni buku awak." Semanis cornflakes madu, senyuman yang disimpulkan di bibir sambil menghulurkan buku itu.

"Hmm. Terima kasih." Dia menunduk sedikit kepalanya tanda mahu berangkat pergi dari situ.

"Tudia Safwan aih! Tengok tak berkelip naa muka perempuan tu. Dosa wei tengok macam tu," keluar sudah loghat nenek Izz.

"Tak sengaja sebab..." Katanya tergantung tatkala makanan yang dipesan tadi sudah dihidangkan di depan mata. Ucapan terima kasih diberikan kepada pelayan tersebut.

"Sebab apa?"

"Sebab perempuan tulah yang mencuri hati aku dalam masa lima saat lima tahun lepas. Kau ingat lagi tak, yang aku cerita kau tu? Yang pasal cinta pandang pertama tu." Safwan mula teruja. Dibuka pula kisah yang sekian lama tertutup. Tapi kan, hawat yang macam klise aje kisah cinta hang, Safwan? Lantaklah! Cinta kan datang tanpa diduga.

"Cinta pandang pertama? Jap. Yang aku suruh kau jadi mascot Nana tu ke?" Disoalnya bertubi-tubi.

"Ha'ah. Masa tulah."

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now