Bab 27

1.6K 140 21
                                    

Debaran semakin terasa. Dalam beberapa jam sahaja lagi, statusnya akan bertukar. Dirinya mula tak senang duduk. Sekejap ke hulu sekejap ke hilir. Ah, berdebarnya!

"Hoi, bakal pengantin!" Sergah Izz dari arah belakang. Terjatuh Safwan yang tengah gelabah itu.

Izz ketawa mengekek. Safwan punya terkejut tu, drama gila! Memang terserlahlah dia punya gementar tu.

"Ish, kau ni! Main sergah-sergah pula. Dahlah aku tengah nervous ni," marah Safwan. Sempat lagi dia ni nak kacau aku. Kang orang makan nasi minyak, kau makan siku aku kut!

Izz menghulurkan tangan. Safwan menyambut lalu bangun. Dikibas-kibas sedikit bahagian belakang sampinnya. Izz merapikan baju melayu Safwan. Dibetulkan songkok di atas kepala Safwan.

"Bro, relax lah. Jangan nervous. Nikah aje pun. Bukannya pergi berperang," nasihat Izz yang langsung tak boleh pakai. Kenapa? Ini jawapannya.

"Hek eleh! Yang kau dulu masa akad nikah, lapan kali ulang-alik pergi tandas apahal? Relax ke tu?" Amikau! Relax konon. Cakap tak serupa bikin.

"Ala, janganlah buka kitab lama. Itu bukan nervous. Itu memang kemalangan yang tak dapat nak dielak. Lagipun, malam sebelum akad nikah tu kan, aku makan benda pedas banyak sangat. Itu yang perut meragam," ujar Izz membela diri.

Safwan buat muka. Iya-iya lah tu! Padahal darah gemuruh, tapi tak nak mengaku.

"Ah, dahlah kau. Cerita merepek. Setahu aku, kau mana pernah alah dengan makanan pedas. Boleh aje kau makan cili padi tu buat ulam selalu. Tiba-tiba malam tu jadi tak tentu arah. Mengaku aje lah Izz. Usah berselindung lagi."

"Eh, mana ada. Betullah! Memang aku makan makanan pedas banyak masa tu. Makanan tu pedas gila tahap dewa wei! Memang pedih perut aku bila bangun tidur pagi-pagi tu. Mungkin ada orang sabotaj aku kut. Entah-entah kau, Safwan?" Tak mahu mengalah lagi. Dibangkitkan pula soalan secara spontan itu.

"Dah lah kau!" Malas nak dilayan perangai sahabat baiknya ini. Makin dilayan, makin mengarut jadinya. Dah nak jadi bapa orang pun, perangai macam budak darjah lima.

Kakinya disusun untuk keluar dari kamarnya. Dia sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang penyayang lagikan romantik serta beriman. Tapi, rasa bersedia tu cuma naik 3% aje daripada 38%. Masih di bawah paras bahaya ni. Gementarnya semakin menjadi. Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku. Sesungguhnya Engkau lah Maha Penolong.
•••

Tepat jam 10 pagi, acara akad nikah akan bermula tak lama lagi. Semua tetamu mula memenuhi ruang di masjid itu.

Safwan duduk di atas bantal kusyen yang empuk itu lalu cuba menenangkan diri. Peluh di dahi, dikesat dengan sapu tangan yang diberi oleh mamanya tadi. Relax, Wan! Kau boleh! Akad nikah aje pun, bukannya pergi berperang. Eh, tadi kata tak boleh pakai nasihat tu. Lantaklah!

"Okey. Pengantin lelaki dah bersedia?" Soal Encik Muhammad kepada lelaki yang bakal bergelar menantunya tidak lama lagi.

Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas.

"Yup! Saya dah bersedia." Safwan memutuskan kata itu dengan yakin. Dipandang sekilas ke arah Pipi Tomatonya yang berada jauh dua meter dari tempat duduknya. Senyuman Najihah yang dihadiahkan kepadanya membuatkan keyakinan bertambah. Go, Safwan!

"Baiklah. Bismillahirahmanirrahim. Muhammad Safwan Bin Abdul Fuad."

"Ya, saya!" Suara yang dilantunkan sangat padu dan keras. Dah macam askar pula!

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nur Najihah Binti Muhammad dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

"Sah!" Lantang Safwan berkata. Allahu! Kau dah kenapa, Safwan? Salah ayat tu!

Suasana dalam masjid itu memang riuh dengan gelak ketawa. Siapa aje yang boleh tahan gelak, kalau tengok muka berpeluh Safwan tu. Si Izz tu, ketawanya dah tahap mengilai wei! Tak guna punya kawan!

Muka Safwan terasa bahang. Ya Allah, apa yang aku cakap ni? Malu wei. Malu!

"Uhuk, uhuk!" Terbatuk-batuk Encik Muhammad akibat ketawa. Segera dia beristighfar. Ditarik nafas lalu dihembusnya.

"Okey-okey. Tadi testing aje kan?" Soal bakal bapa mentua yang sedayanya mengawal suaranya daripada ketawa berterusan.

Safwan hanya mengiyakannya. Dalam mindanya, dia tak henti-henti menghafal ayat yang betul untuk melafazkan akad itu dengan lancar. Kali ini mesti jadi!

"Muhammad Safwan Bin Abdul Fuad."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nur Najihah Binti Muhammad dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

Mata dipejamkan. Fokus, Safwan!

"Aku terima nikahnya Pipi Tomato... Eh! Allahuakbar!" Ya Allah, tersasul lagi!

Kali ni lagi kuat suara jemaah manusia dalam masjid itu ketawa. Sekarang ni title Pipi Tomato tu boleh tukar tuan kut. Yalah, muka Safwan dah macam tomato masam wei! Dua kali tersasul. Rasa macam nak koyak aje muka ni. Simpan dalam hati Najihah. Eh, sempat lagi berpickupline!

Yang si Izz tu sampai terguling-guling ketawa dengan kamera di tangan. Pergh! Pedih pula hati ni tengok. Kang tak pasal-pasal, aku sepak kau masuk dalam perut bini kau kut! Cubalah kau gelak sopan sikit macam Zamri tu. Gelak pun nampak beriman.

Matanya memandang Najihah di belakang. Muka Najihah ditunduk rapat. Dia tahu, Najihah mesti malu juga, kan? Sorry, sayang! Saya akan cuba yang terbaik. Sabar ya!

"Safwan, kamu okey ke ni?" Soal Encik Muhammad tatkala muka resah Safwan itu terlalu jelas kelihatan.

Safwan hanya tersengih sambil mengangguk. Pandangan dihalakan kepada babahnya. Babah, nak semangat!

Encik Fuad mula bergerak menuju ke arah anaknya lalu berbisik sesuatu.

"Baca Surah Taha ayat 25 hingga 28. Selawat banyak-banyak. Tenangkan diri." Kata-kata semangat yang diberikan oleh babahnya amat bermakna.

"Baiklah. Kita bagi masa dulu kepada pengantin lelaki untuk bertenang."

Keadaan menjadi semakin reda. Mereka memberi ruang kepada Safwan untuk bertenang dulu.

Mulut Safwan terkumat-kamit membaca doa yang disarankan oleh babahnya.

"Rabbish rahli sadri. Wayassrili amri. Wahlul uqdatam milisani. Yafqahu qauli."

(Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham percakapanku.)

Dalam hatinya pula, tak henti-henti dia berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah memudahkan segalanya.

"Ayah," panggil Safwan kepada Encik Muhammad.

Encik Muhammad melemparkan senyuman pada Safwan.

"Dah bersedia?"

Safwan hanya mengangguk.

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now