Bab 13

1.9K 150 3
                                    

"Jap. Maksud kau, kau kenal la dengan lelaki tu?" Soal Najihah sambil dahinya berkerut. Patutlah sembang rancak semacam aje siang tadi.

"Firstly, bukan lelaki tu tapi nama dia Muhammad Safwan. Siapa aje yang tak kenal dia? Dia tu dulu pemain bola sepak yang terunggul kat sekolah aku. Crush keliling pinggang. Tapi, seorang pun dia tak layan. Katanya tak nak bagi harapan palsu. Girlfriend pun tak ada. Dia ni kaki bola. Setiap masa mesti ada bola dengan dia." Yana mula buka kisah dahulu kala.

"Aku tak lah terlalu rapat dengan dia. Setakat boleh diajak bersembang tu kiranya okey dah lah. Itu pun sebab dulu masa aku jadi penolong setiausaha Kelab Sains Dan Inovasi, dia pula jadi naib presiden 1. Jadi, kami banyak berhubung disebabkan kertas kerja yang bertimbun kena buat. Aish, tiba-tiba teringat pula masa buat kertas kerja untuk pergi Balai Cerap Sun&Moon. Letih wei tangan ni. Penat otak lagi. Banyak kali kut kena reject. Menyampah pula aku bila teringat muka Haziq Sepet tu. Mentang-mentang dia presiden, suka-suka hati aje arah orang. Dia tu kalau tak cari pasal dengan aku sehari, demam kut agaknya. Ish, bencilah...." Yana tak habis lagi bercerita.

Najihah geleng kepala. Aku tanya pasal lelaki mata keranjang tu aje, yang kau buka hikayat pasal si Haziq tu kenapa?

"Dah, stop!" Segera Najihah mencelah. Ini kalau tak dipaksa berhenti, sampai malam raya deepavali tahun depan pun tak habis.

"Kau kalau nak bercerita pasal Haziq yang aku tak kenal tu baik tak payah. Aku tanya sikit aje. Yang kau buat syarahan tu kenapa?"

"Bukannya apa. Aku kalau teringat Haziq Sepet tu, memang mulut ni tak boleh control. Main emosi wei." Gila tak geram. Mamat tu selalu buat benda yang aku tak suka. Meluat aku!

"Yalah tu. So, petang tadi masa dia datang bilik stor tu, apasal kau tak bagitahu aku?"

"Siapa datang? Haziq ke? Seriuslah?" Disoalnya bertingkat-tingkat.

Najihah buat muka menyampah kuasa lapan. Kang ada budak makan siku aku jap lagi kut.

"Kau lapar penampar aku ke?" Soal Najihah sambil matanya dijelingkan setajam pisau yang ada kat dapur rumah mereka itu.

Yana tersengih.

"Hok aloh! Gurau pun tak boleh. Aku memang saja tak nak bagitahu kau. Nak bagi dia dengar kau kutuk dia." Dijongket keningnya berkali-kali.

"Ceh! Tak guna punya sahabat!" Sengaja nak malukan aku.

"Chill la. Dia takkan marah kau pun. Sebab ayat last sekali tu, kau puji dia handsome."

Muka Najihah serta-merta merah. Malu wei! Mesti Safwan ingat yang Najihah ni suka kat dia.

Yana ketawa melihat pipi merah si Najihah.

Najihah menjeling. Yana ni suka sungguh sakat orang. Memang sesuai sangat lah dengan Haziq Sepet yang suka kacau dia tu.

"Dah lah kau. Pergi tidur bilik kau. Sesi ceritera dah settle. Sekarang tuan hamba diminta beredar dari tempat beradu beta." Najihah menolak Yana supaya turun dari katilnya. Yana mengeraskan badannya.

"Wek, wek! Tak nak pergi!" Yana mengejek sambil dijelirkan lidahnya.

Kau tak nak blah kan?

Satu, dua, tiga. Serang!

Mengekek Yana ketawa tatkala tangan Najihah mencucuk-cucuk pinggangnya. Terus Yana menyerah.

"Ala kau ni. Berlagak lah. Macam manalah Abang Wan boleh suka kat kau ek?"

"Ya Allah budak ni!"

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now