Bab 16

1.7K 138 1
                                    

"Cepat Jihah! You can do it!" Suara dilaungkan dengan harapan Najihah yang masih dibelakangnya mendengar. Yana meneruskan lariannya.

Najihah terhenti saat kakinya sendiri sudah mengalah. Degupan jantung sangat pantas berdegup. Dia perlu rehat sebentar. Sudah lama dia tidak bersenam. Itu yang membuatkan badannya mudah letih. Yana pula sudah jauh meninggalkannya. Dia itu jogging ke lari? Laju semacam aje.

Najihah mengambil keputusan untuk berjalan macam itik pulang petang setelah penat ber'jogging'. Nafas ditarik perlahan lalu menghembuskannya dengan tenang. Angin pagi menyapa lembut pipinya. Senyuman terukir di bibir. Syahdunya angin dipagi hari sabtu ini.

Dipandang kiri dan kanan. Tiada orang yang lalu di sini setakat ini. Line clear! Kedua-dua belah tangannya mula didepakan. Dibiarkan angin menembusi tubuhnya itu. Mata dipejamkan seketika.

Ya Allah, tenangnya.

Mulalah fikiran jauh melayang. Tiba-tiba teringat zaman universiti. Dulu selalu dia dan Yana keluar bersenam. Tapi, setiap hujung minggu sajalah. Yana saja yang rajin jogging hari-hari. Kalau tak pagi, mesti petang. Itulah rutin si atlet larian pecut peringkat kebangsaan.

"Assalamualaikum."

Langkah Najihah terhenti. Matanya dibuka. Suara lelaki kan tadi?

Ditoleh ke sisi kanannya, dimana suara tu muncul.

Safwan hanya tersengih.

Dah agak! Dia ni lagi. Disebabkan suara yang sememangnya Najihah dah kenal, jadi mukanya hanya berlagak selamba. Tiada reaksi terkejut kali ini. Namun, langkahnya semakin laju. Sungguh dia tak selesa lelaki itu sedang berjalan di sebelahnya.

Safwan mengejar langkah Najihah.

"Ustazah saya cakap, kalau tak jawab salam, berdosa tau!"

Perlahan dia bersuara. "Waalaikumussalam."

Kaki Najihah masih berjalan pantas. Tapi, apa boleh buat? Semakin pantas kakinya bergerak, semakin laju kaki Safwan mengiringi langkahnya. Ish, dia ni! Tak faham ke aku tak selesa berdua-duaan begini?

"Seorang aje ke?" Soal Safwan. Cepatnya dia ni jalan. Tak penat ke, huh?

Eh, taklah. Ada tiga makhluk kat sini. Makhluk pertama, diri saya. Makhluk kedua, awak yang tak faham bahasa isyarat dan makhluk ketiga yang berdiri tengah-tengah antara kita ni. Siapa dia? Sudah tentu lah makhluk yang bertanduk enam tu!

Panjang kau bermonolog ya, Jihah?

"Dengan Yana." Dijawab Najihah pendek. Kaki mula lemah. Dia memperlahankan langkahnya. Tak ada gunanya kalau dia berlari pun. Mesti Safwan akan kejar dia juga. Ewah! Perasannya kau, Najihah!

"Ooo." Perbualan terhenti di situ.

"Jadi, awak selalu ke datang sini?" Perbualan dimulakan lagi.

"Jarang."

Fuh, dia ni. Aku tanya dia enam patah, dia balas sepatah aje? Memang jual mahal ni. Tak apa, Safwan. Yang susah nak dipikat nilah, yang pandai jaga diri. Sekurang-kurangnya kalau dia dah isteri aku, tak adalah aku risau sangat kan? Isteri? Bersediakah kamu, wahai sang suami?

"Rumah awak dekat-dekat dengan sini ke?"

"Bolehlah."

Safwan memandang sekilas di sisi kirinya. Mata Najihah langsung tak memandangnya ketika dia bercakap. Hanya lurus di hadapan, memandang pemandangan di sini.

Pandangan Safwan jatuh pada kasut Najihah.

"Kejap!" Arah Safwan yang tiba-tiba berdiri di hadapan Najihah.

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now