Bab 25

1.5K 149 3
                                    

"Siapa yang bagi ni?" Soal Najihah setelah menerima huluran beg kertas itu daripada Kak Min.

"Abang ..." Segera mulut Ayunni ditutup dengan telapak tangan Athirah.

"Abang?" Najihah menyoal lagi. Matanya memandang empat orang gadis di hadapannya silih ganti.

Athirah hanya tersengih. Pantas dia menutup lubang yang terbuka.

"Maksud si Yunni ni, Abang Ri aku call. Dia kirim salam kat korang semua." Berpeluh Athirah setelah mencari alasan. Tapi betul juga lah kan? Zamri memang kirim salam pun kat mereka semua sebab Athirah pergi hantar makanan yang Kak Min masak tadi kat rumah dia.

"Waalaika waalaihissalam," serentak mereka menjawab.

"So, siapa yang bagi hadiah ni?"

"Alaa, kau ni. Orang dah bagi, ambil aje lah. Lagipun, orang tu kau kenallah. Jangan risau. Ambil aje." Yana menyampuk. Manusia yang lain sudah terangguk-angguk tanda setuju.

Najihah berfikir sejenak. Sudah! Siapa pula yang kirim benda ni kat aku? Jangan-jangan... Hey, tak mungkin dia! Jihah, tolonglah jangan nak perasan sangat.

"Jihah"

"Ya."

"Pengirim tu cakap, dalam beg kertas tu dalam surat. So, kau bacalah, ya?" Kak Min menyampaikan amanat.

"Oh! Okey. Nanti Jihah baca. Terima kasih ya, Kak Min," ucap Najihah sambil tersenyum. Dia mula berjalan meninggalkan mereka berempat yang mengepung dirinya itu.

Terlukis muka tak puas hati pada empat gadis yang lain. Ish, Jihah ni! Tak nak baca surat tu sekarang ke? Kami pun nak tahu apa yang ditulis oleh Abang Wan tu.

"Kak Jihah," Ayunni memanggil. Semua mata memandang Najihah.

Najihah menoleh.

"Tak nak baca surat tu ke?" Soal Ayunni dengan harapan yang Najihah faham akan maksudnya. Muka yang lain pun turut menanti-nantikan saat itu berlaku.

"Nak baca lah ni. Sebab tu nak masuk bilik. Masuk dulu. Assalamualaikum." Dengan segera dia berlalu pergi. Macam lah aku tak tahu korang tu macam mana. Memang taklah aku nak baca depan korang. Nanti disakatnya aku, mahu seminggu pipi aku jadi tomato. Eh, tomato?
•••

Najihah tersenyum saat melihat buku yang berada di tangannya sekarang. Alhamdulillah, dapat hadiah yang sememangnya dia suka. Nampaknya bertambah pula lah koleksi buku kat rak nanti.

Sampul berwarna coklat diambil. Surat ini ke yang dimaksudkan oleh Kak Min?

Dikeluarkan surat itu dari sampulnya lalu membacanya dengan khusyuk.

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum, bakal bidadari syurga.

Sebelum saya mulakannya, saya nak beritahu yang saya ni taklah pandai menulis sangat. Tapi bolehlah sikit-sikit sebab masa SPM dulu saya dapat A-. Okey lah tu kan? Hehe.

Firstly, selamat hari lahir, Pipi Tomato! Semoga hidupmu sentiasa dirahmati Allah. Teruskan perjuangan hijrah awak. Saya yakin awak boleh. Okey itu aje. Kita masuk episod seterusnya.

Najihah, saya nak minta maaf atas salam perkenalan kita yang membuatkan awak tak selesa. Kisah di kedai mamak tu, memang saya tak sangka yang saya akan berjumpa dengan cinta 5 saat saya yang wujud 5 tahun lalu. Bila saya tengok awak, saya jadi kaku. Sebab orang yang saya tunggu selama 5 tahun itu adalah awak. Tak tergambar perasaan saya masa tu. Jantung saya berdegup laju. Mata saya tetap tak boleh beralih ke arah lain daripada memandang awak.

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now