Bab 26

1.5K 145 3
                                    

"Assalamualaikum, Kak Misha," sapa Safwan ceria. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan olehnya untuk mendapatkan jawapan daripada Najihah.

Jantungnya tatkala itu memang gusat. Yalah, takut juga kalau dia ditolak. Confirm menangis sampai banjir satu Malaysia ni!

Tapi, itulah. Dia dah pesan awal-awal pada hatinya. Kalau apa-apa pun jawapan Najihah, dia mesti tenang. Semua itu sudah tersurat. Allah yang tentukan segalanya. Jangan risau. Allah kan ada?

"Waalaikumussalam. Ya Allah, Safwan! Lama tak nampak kau? Sihat ke? Mama kau sihat?" Kak Misha mula menyoal prihatin. Tangannya masih lincah mengemas barang-barang sebelum kedai ini ditutup. Biasalah, sekarang pun dah jam 6 petang. Lagi setengah jam, pulanglah dia ke rumah.

"Alhamdulillah, sihat aje Kak. Mama pun sihat juga. Kak Misha sorang aje ke?" Safwan memandang sekeliling. Dicari kelibat Najihah dan Yana. Tak ada lah pula.

"Ha'ah, sorang aje," ujar Kak Misha pendek.

"Mana Najihah dengan Yana?" Safwan mengeluarkan soalan. Dia berasa aneh. Takkan dah balik mereka berdua itu. Selalunya dalam pukul 6 petang ni, masih ada mereka kat kedai ni. Takkan lah hari ni mereka balik awal.

"Oh, tadi ni diorang keluar hantar tudung kat Datin Ella. Banyak juga lah kotak yang diorang hantar. Itu yang Kak Misha suruh diorang pergi berdua."

"Ooo."

Kak Misha memandang Safwan. Dia dapat merasakan sesuatu.

"Safwan nak jumpa dengan Jihah ke?"

"Kalau niat asalnya macam tu lah. Tapi, dia tak ada lah pula," jujur Safwan. Nampaknya macam tak ada rezeki lagi aje nak tahu jawapan Najihah.

"Tak apalah, Kak Misha. Saya balik dulu lah, ya," pamit Safwan. Tak mahu membuang masa lama-lama. In Shaa Allah, esok dia boleh datang lagi.

"Yalah."

Langkah Safwan mula diatur untuk keluar dari kedai itu. Belum sempat dia melangkah keluar dari tempat itu, kedengaran suara Kak Misha melaungkan namanya.

"Safwan!"

Safwan memusing badannya ke belakang. Muncul Kak Misha berdiri di hadapan sambil memegang sekeping sampul surat.

"Maaflah ya, Safwan. Akak hampir terlupa yang Jihah ada pesan sesuatu. Dia suruh akak beri benda ni kat kamu."

Sampul surat di tangan Kak Misha kini sudah bertukar tangan. Safwan merenung sampul itu.

"Tunggu apa lagi, Safwan oi! Bacalah."

"Hmm. Ya."

Dibuka sampul itu. Diambil surat yang terlipat kemas itu lalu membacanya.

Kak Misha yang berada di hadapan Safwan, berkerut. Apa yang khusyuk sangat budak ni baca? Aku pula yang tertanya-tanya.

"Safwan," panggil Kak Misha. Namun, panggilan itu tak bersahut.

"Safwan!" Dipanggil lagi dengan nada yang lebih nyaring.

Safwan tersentak. Dia memandang Kak Misha dengan muka yang tiada perasaan.

"Apa yang dia tulis tu? Bagitahu lah kat akak sama," pinta Kak Misha.

"Dia tulis alamat rumah family dia. Kat Sungai Siput, Perak."

"Lagi?" Soal Kak Misha teruja.

Dia bagi nombor telefon ayah dia."

"Seriuslah?" Ketawa Kak Misha meletus. Rasa kelakar pula si Jihah ni. Suka buat benda yang kita tak expect pun nak buat.

Kepala Safwan mengangguk.

"Okey. Ada lagi tak?" Ketawa mula reda.

"Ada."

Safwan meneruskan bacaannya. Kali ini suaranya dikuatkan.

"Atas tu, saya tuliskan alamat rumah ibu ayah saya. Jadi, weekend minggu depan, datanglah jumpa family saya. Saya ada bagi nombor telefon ayah saya juga. Nanti awak bolehlah bincang dengan ayah kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan..."

Kak Misha merenung Safwan.

"Berkaitan dengan apa?"

"Berkaitan dengan majlis perkahwinan kita."

"Huh?" Muka Kak Misha memang terkejut tahap gaban. Segera dia menekup mulutnya daripada terus menjerit kegembiraan. Akhirnya! Matanya melihat wajah Safwan.

Safwan pula, tatkala membaca ayat itu, lidah bagai terkelu. Ya Allah, ini bermaksud dia setuju lah kan?

Lima saat kemudian, baru Safwan melompat kegirangan. Otaknya jadi lambat proses dengan apa yang dibaca tadi. Muka dia memang gembira habis.

"Dia terima saya, Kak Misha! Dia terima saya! Alhamdulillah, ya Allah. Alhamdulillah! Aku bersyukur sangat, ya Allah. Kau makbulkan doaku. Yes! Yes!" Terjerit-jerit Safwan dibuatnya. Gembira tahap kritikal ni! Nasib baik tak ada customer yang datang. Kalau tak buat malu aje.

Kak Misha turut berkongsi keseronokan itu. Dia terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Safwan. Terharu pula rasa hati ini.

Yana dan Najihah tersenyum sesama sendiri. Mereka berdiri di sebalik pintu bilik solat kedai itu. Sebenarnya dah lama dah mereka pulang daripada membuat penghantaran. Tapi, sengaja tak nak masuk ke ruang itu setelah ternampak jasad Safwan berdiri di situ.

"Tahniah," bisik Yana kepada Najihah. Najihah hanya tersenyum malu. Mahunya tak malu, Safwan jerit macam tu tadi. Malu wei!

"Tak sangka kan." Suara Yana bergema lagi.

Najihah memusingkan badannya menghadap Yana.

"Apa yang tak sangka?"

"Yalah. Tak sangka yang kau akan kahwin dengan Abang Wan. Serius wei, aku tak sangka yang korang memang pernah jumpa lima tahun yang lalu. Cerita cinta korang ni sweet lah. Dah pernah berjumpa tapi dipisahkan. Ditemukan kembali tapi hati pula diuji. Dan akhirnya, bersatu juga. Wei, syoknya! Excited pula aku nak jadi bridesmaid kau."

Najihah tergelak.

"Aku sendiri pun tak sedar yang aku pernah berjumpa dengan dia sebelum ni. Well, kalau dah jodoh, tak ke mana kan?" Najihah mula buat muka riak. Dijongket-jongket keningnya.

Yana menjeling. Hek eleh! Mentang-mentang cerita kau dah nak habis, buat riak ek?

"Ehem, ehem!" Suara berdehem kuat.

Gerakan Yana dan Najihah menjadi batu. Najihah langsung tak menoleh ke belakang. Dia syak sesuatu. Okey, bukan sesuatu tapi, seseorang!

"Betul tu. Kalau dah jodoh tak ke mana kan? See you soon my future bride."

Berderau darah menyerbu ke wajah Najihah. Allahurabbi! Dia ke?! Malunyaaaaaaaa!

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now