Bab 12

1.9K 173 2
                                    

"Terima kasih sebab sudi keluar makan dengan saya." Safwan memulakan bicara.
Najihah yang membisu sejak tadi, hanya mengangguk. Dia menunduk kepalanya. Kekok. Tak tahu nak cakap apa.

"Awak."

Najihah mengangkat kepalanya apabila terdengar ada suara yang memanggilnya.

"Sebenarnya, saya ajak awak keluar makan ni sebab saya ada hal nak beritahu awak," ujar Safwan. Nadanya seperti serius.

"Ada apa?" Soalan yang muncul di bibir Najihah membuatkan Safwan gelisah. Ah, sudah! Aku nak cakap macam mana ni? Nak berbunga-bunga dulu ke atau straight forward aje?

"Macam ni. Sebenarnya, saya mencari seseorang." Selesai ayat pertama.

Muka terkejut Najihah dipamerkan.

"Seseorang? Siapa? Mak kandung awak ke? Adik? Abang? Or ayah kandung awak?" Soal Najihah bertubi-tubi. Ya Allah, kasihannya lelaki ini. Terpisah dengan keluarga kandung. Mesti dia rindu nak berjumpa dengan family dia kan?

Kepalanya digeleng-gelengkan. Alamak, dia salah fahamlah pula!

"Eh, bukan itu maksud saya. Sebenarnya, saya sedang mencari seseorang untuk dijadikan teman sehidup semati saya."

Najihah hanya mengangguk faham. Tak pasal-pasal salah tafsir. Dia lah. Buat ayat separuh-separuh.

"Jadi, dalam pencarian saya tu, saya ada terjumpa seorang perempuan ni. Dia memang menarik minat saya. Gaya dia yang lemah lembut, sopan-santun, dan periang, selalu buatkan saya jatuh hati dengannya." Ayat dinoktahkan seketika. Diperah otaknya untuk mengeluarkan idea mengarang ayat yang seterusnya.

"Saya memang sukakan dia. Sejak first time kami bertentang mata pun, jantung saya dah berdegup kencang. Mata dia buatkan saya terpaku. Lima saat pun dah cukup untuk saya mengatakan yang saya jatuh cinta pandang pertama dengannya. Saya nak luahkan cinta saya kat dia tapi saya tak tahu macam mana. So, saya nak minta pendapat awak."

"Hmm. Saya tak pandai bab-bab ini. Tapi, saya rasa awak patut terus terang dekat dia." Najihah mengeluarkan pendapat. Payah juga ya kalau jadi perunding cinta yang tak bergaji ni. Manalah dia tahu semua benda ni. Bercinta pun tidak pernah.

Kepala Safwan terangguk-angguk. Okey, dia nak aku terus terang kan?

"Najihah."

"Ya, saya."

"Jom kahwin!"

Najihah ternganga. Speechless! Gila ke apa? Baru kenal, dah nak diajak kahwin. Memang taklah. Oh, jadi 'perempuan' yang Safwan maksudkan adalah dia lah. Seriously?

"Wait. Kita baru aje kenal. Takkan lah dah nak berkahwin. Awak terdesak nak kahwin ni sebab mak ayah awak tak nak bagi harta ek kalau tak kahwin dalam masa terdekat ni?"

"No, saya bukan macam tipikal cerita melayu perlu kahwin untuk dapatkan harta or something else. Saya nak kahwin dengan awak kerana Dia." Safwan cuba menyakinkan Najihah.

"And saya bukan jenis drama melayu yang senang-senang nak terima lamaran awak. Saya ada calon suami sendiri," kata Najihah sambil berdiri untuk melangkah pergi dari situ.

"Eh, kejap!" Safwan menangkap perlenganan tangan Najihah.

Najihah sedayanya melepaskan tangan kanannya dari lelaki yang tak tahu hukum haram apabila memegang tangan perempuan. Dicapainya air Jus Epal itu lalu dicurahkan ke atas daun keladi. Opss! Bukan daun keladi tapi ke muka Safwan. Amikau!

"Awak!"

"Safwan!!"

Matanya terbuka luas. Dia bangun dari pembaringan lalu duduk bersila di atas katil.Terasa bagai hidup semula. Jantung pula berdegup laju seperti marathon bersama Usain Bolt.

"Haa, tunggu apa lagi, baby boy oi! Pergi mandi cepat. Babah dah lama tunggu kamu tu. Nak pergi subuh kat masjid sama-sama," bebel Puan Zaharah. Susah sungguhlah nak kejutkan anak bertuah ni. Entah mimpi apalah budak ni sampai tak mahu bangun dari tidur. Princess Aurora lah tu!

"Ya, ma. Nak pergilah ni." Basah mukanya diusap dengan t-shirt yang dipakainya. Mama kalau kejut, mana tak pernah simbah air kat muka aku.
•••

"Cik Najihah, awak tak cerita lagi kat saya yang cantik ayu berseri-seri ni pasal semalam," ujar Yana sambil menyelit sedikit ayat masuk bakul angkat sendiri. Well, puji diri sendiri tu rutin biasa antara mereka berdua.

Najihah buat muka loya. "Berseri-seri lah sangat."

"Betullah. Berseri apa muka aku hari ni." Yana masih membela dirinya. Muka riak sudah terhias. Ceh!

Kotak tudung dibawanya sejak tadi dihulurkan kepada Najihah.

Najihah menerima kotak daripada Yana. Malas nak balas apa yang Yana katakan tadi. Sekarang ni, dia kena fokus untuk kemas kotak-kotak dalam stor ni dan susun tudung-tudung yang diborong oleh customers ke dalam kotak yang lain.

"Wei, Jihah. Cerita lah." Yana yang dibelakangi Najihah memaksa lagi. Yana menyandarkan badannya pada pintu bilik stor.

Najihah duduk di atas kerusi kecil. Yana ooo Yana! Memang mulut tu tak boleh diam kejap ke?

"Apa yang kau nak tahu?" Tangannya lincah membuat kerja. Dibukakan kotak yang diberikan oleh Yana tadi. Satu per satu bungkusan tudung dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam kotak yang lebih kecil.

"Semualah. Kenapa kau benci lelaki tu?"

Tangannya terhenti.

"Bila masa aku kata aku benci dia?" Kepala Najihah ditolehlan sedikit ke belakang; memandang Yana.

"So, maknanya kau suka dialah kan?" Yana mengusik.

Najihah menarik nafas panjang lalu dilepaskan. Tangannya mula giat bekerja sambil mulutnya bersedia untuk bercerita.

"Tak ada maknanya. Aku bukannya benci dia tu. Cuma aku tak sukalah cara dia tengok aku." Pembukaan cerita tanpa memandang wajah Yana yang berada di belakangnya.

"Kau tahu tak? Lelaki tulah yang tengok aku tak berkelip masa aku pergi ambil buku yang tertinggal kat mamak hari tu. Masa tu, muka aku memang blushing lah. Malu wei. Rasa macam nak cungkil aje mata dia. Lepas tu, aku harap sangat tak jumpa dah dengan dia tu. Last-last terjumpa juga semalam. Ingat dah insaf and tak pandang perempuan macam tu dah. Rupa-rupanya tak ubah juga perangai tu. Dia tengok aku lama wei. Siap bagi pakej senyuman pula tu. Tahu lah dia tu handsome bila senyum. Tapi agak-agaklah. Aku ni perempuan. Aku tak suka lelaki tengok aku macam tu." Ayatnya terhenti di situ. Cukuplah setakat itu.

"Wei, Yana. Customer tu nak 50 kan?" Soal Najihah yang cuba ubah topik. Dia menutup kotak yang sudah disusun tudung-tudung itu.

"Hmm."

Kau 'hmm' aje? Terkedu dengar cerita aku lah tu!

Najihah bangun lalu memusingkan badannya. Tiba-tiba, langkahnya menjadi kaku. Terasa bagai nyawanya telah hilang. Allahuakbar! Dia muncul lagi!

"Terima kasih."

Safwan mengambil kotak yang berada di tangan Najihah sambil tersenyum. Muka terkejut Najihah tu bagaikan dah sebati dengannya. Macam tak ada reaksi lain yang boleh dipamerkan kalau berjumpa dengannya.

Najihah masih di situ. Ya Allah, macam mana dia ada kat sini? Dah lama ke dia berdiri belakang aku? Agaknya dia dengar tak aku mengutuk dia tadi?

Najihah menunduk ke bawah. Dia pura-pura batuk lalu keluar dari bilik stor itu sepantas kilat. Matanya langsung tidak memandang wajah kacak Safwan itu. Ah, cukuplah dia dah terdengar aku puji dia. Tak payah nak ramah sangat dengan dia. Malu berbakul-bakul dah ni!

Safwan tersenyum lagi, lagi dan lagi. Suka tengok muka Najihah apabila malu. Pipi merah macam tomato!

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now