Bab 17 (ii)

1.6K 134 7
                                    

Additional Scene
(Baru sedar yang cerita ni banyak jump-jump. So, patik tambahkan sedikit perasa untuk menyedapkan lagi cerita ni. Hope you guys enjoy it! ♥)

Safwan melangkah masuk ke dalam bilik stor kedai itu. Kata Kak Misha, Najihah ada di situ. So, meh kita pergi mengurat dia! Eh, silap! Meh kita pergi tolong dia.

"Good morning," sapa Safwan ceria. Dalam dada tu memang rasa excited tak terhinggalah. Yalah, bila lagi nak meluangkan masa dengan Najihah macam ni kan?

Najihah memandang sekilas wajah lelaki itu sambil tersenyum. Dia memang sudah nampak kelibat Safwan masuk ke kedai sebelum masuk ke bilik itu tadi. Jadi, reaksi muka tu biasa-biasa ajelah. Cuma jantung lah, berdebar dengan rentak yang tak menentu pula.

Tiada balasan 'good morning'? Tak apa lah, asalkan senyuman manismu tetap kau hadiahkan padaku. Itu sudah cukup membuatkan hariku indah. Acewah!

"So, apa yang saya boleh tolong?"

"Mungkin tolong Kak Misha prepare bahagian depan." Najihah mula beri cadangan. Tangannya masih lincah menyiapkan free gift yang akan diberikan kepada pelanggan-pelanggan mereka nanti.

"Tapi, Kak Misha suruh saya tolong awak. Lagipun Yana yang tolong dia siapkan semua tu."

"Ooo. Kalau macam tu..." Jari menari di dagu. Kepalanya giat berfikir. Matanya meliar sekeliling bilik itu. Kerja apa yang sesuai untuk Safwan ya?

"Kalau macam tu, awak angkat kotak tu. Nanti awak tanya Yana, nak sangkut kat mana semua tu. Okey?"

"Itu aje?"

"Buat masa sekarang itu aje. Nanti kalau ada lagi, saya inform."

"Alright, Pipi Tomato!"

"Huh?" Najihah termangu.

"Itu nama baru awak. Sesuai dengan pipi awak yang selalu merah tu," usik Safwan sambil mengenyitkan matanya sebelah.

Muka Najihah terasa bahang. Alahai, dia panggil Pipi Tomato lah pula!

"Awak."

"Ya?"

"Apa yang dalam beg kertas banyak-banyak tu?" Soal Safwan sambil tangan sasanya itu mengangkat kotak yang diarahkan tadi.

"Handsock," jawab Najihah sepatah.

"Free gift?"

"Ha'ah."

"Ooo. Awak, saya nak tanya satu soalan, boleh?"

"Apa dia?"

"Apa beza saya dengan handsock?"

Najihah mula berkerut. Bezanya? Macam banyak aje bezanya. Entahlah.

"Tak tahu."

"Kalau handsock, awak letak dalam beg kertas, tapi kalau saya, awak letak dalam hati awak! Cia cia cia!"

Najihah tersipu malu. Ish, mamat ni! Suka sungguh buat aku jadi pokok semalu. Pipi dah pink ni!

Safwan masih ketawa. Makin gembira bilamana Najihah sudah menunduk rapat mukanya. Malu lah tu!

"Amboi, Safwan! Sempat lagi kau buat pickupline ya?" Muncul Kak Misha dari arah belakang Safwan. Terkejut jantung si Romeo ni. Aip! Nampaknya macam cinta mereka kian berputik ni.

Safwan tersengih.

"Akak dah settle ke?" Sengaja ditanya agar peristiwa tadi hilang serta-merta.

"Hampir siap. Ni akak nak ambil kotak nilah. Nak susun semua shawi ni," ulas Kak Misha. Jarinya mengetuk kotak yang dipegang oleh Safwan itu.

"Oh, ya ke? Kejap, saya angkatkan."

"Haa, yalah. Nanti Safwan tolong susun sekali ya? Akak nak tolong Jihah siapkan free gift ni. Tak lama dah nak pukul 10 ni."

"Baik, kak!" Laung Safwan sambil berlalu keluar dari ruang itu.
•••

Safwan masih setia di bahagian pemberian free gift di sebelah kaunter pembayaran. Najihah dan Kak Misha pula jaga di bahagian kaunter pembayaran. Yana pula jaga di bahagian tudung.

Tepat jam 5 petang, selesai sudah segala yang dirancang. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Kak Misha mula keluar dari kaunter itu. Katanya mahu solat asar sebentar.
Safwan dan Najihah masih berdiri di kaunter pembayaran. Mereka memang sudah semakin mesra apabila duduk sebelah-menyebelah.

Safwan tak habis-habis bagi pickupline. Ada yang rasa macam kembang aje hati bila mendengarnya. Tapi, ada aje yang 'krik krik'.

Najihah pula, bila ditanya sepatah, 30 patah dia balas. Memang nampaklah kemesraan antara mereka di situ. Bunga-bunga cinta mula kelihatan.

"Terima kasih, datang lagi," ucap Safwan sambil memberikan sebuah beg kertas itu kepada pelanggan terakhir mereka.

"Sama-sama, Abang Handsome," balas seorang gadis dalam lingkungan belasan tahun itu dengan nada yang mengada. Safwan hanya tersenyum.

Najihah menjeling tajam gadis itu. Muka menyampah ditayangkan.

"Abang, nak nombor phone boleh?" Pinta gadis itu. Diberi sengihan kepada Safwan.

Mata Najihah membulat. Beraninya dia ni! Dasar tak tahu malu! Budak lagi kut. Dah nak menggedik macam ni. Apa nak jadilah dengan budak perempuan zaman sekarang ni? Malu yang ada pada diri dihakis keluar. Sampaikan dengan ajnabi yang baru berjumpa pun, dah minta nombor telefon. Ish, ish, ish!

Safwan memandang sekilas wajah cemburu Najihah itu. Dia tersenyum.

"Eh, tak boleh. Nanti isteri abang yang kat sebelah ni marah. Kang tak pasal-pasal, dia suruh abang tidur kat luar rumah pula malam ni," kata Safwan selamba.

Serta-merta Najihah menoleh ke sisi kanannya. Mata mereka bertentang.

"Oh, sorry kak. Saya ingatkan suami akak ni single lagi. Saya pergi dulu ya." Segera gadis itu berlalu pergi. Malunya bukan kepalang. Ingatkan single rupanya dah berkahwin. Dahlah isteri dia ada kat sebelah. Adeh!

"Kenapa awak pandang saya? Ada apa-apa yang saya salah cakap ke?" Soal Safwan.

Najihah hanya mengeleng. Otaknya lagi tak boleh memproses apa yang dikatakan oleh Safwan tadi.

"Okey. Kalau macam tu, saya pergi solat kejap ya. Nanti saya datang balik and tolong awak kemaskan semua ni," pamit Safwan. Dia meninggalkan Najihah yang masih terpinga-pinga itu.
•••

Selesai solat maghrib, segera Najihah mencapai Al-Quran. Dibacanya satu muka surat sahaja untuk hari ini. Tidak seperti kebiasaan. Dahulu boleh dikatakan setiap waktu solat, dia akan membaca sekurang-kurangnya dua muka surat. Tapi, sekarang hatinya bagaikan dihimpit rasa malas. Kenapa ya?

Usai membaca Al-Quran, Najihah termenung seketika. Jauh fikirannya melayang entah ke mana. Yang pasti, wajah Safwan muncul di benak fikirannya. Jantungnya mula berdengup pantas.

Dia tersenyum seketika tatkala teringat akan peristiwa di Aqeela Pearl tadi. Sepanjang berada di situ, Najihah tak henti bergelak ketawa apabila berbual dengan Safwan. Dia semakin selesa dan mahu selalu ada bersama Safwan.

Perasaan Najihah sekarang tak mampu dijelaskan. Wajah Safwan sentiasa menghiasi kanvas mindanya setiap waktu. Kadang sampai dalam solat pun, terbayang wajah ajnabi itu. Astaghfirullah! Aku buat kesalahan lagi, Ya Allah. Kesalahan yang sama.

Tapi, perasaan itu sukar dibuang. Meskipun dia pernah menundukkan pandangannya dulu ketika baru berkenalan dengan Safwan, dia masih tak mampu mengusir perasaan suka itu pergi. Dia mahu melayan rasa bahagia mencintai orang yang mencintainya.

"Jihah! Dah habis solat ke belum? Jom makan. Diaorang punya kelaparan tu tahap nak makan kasut dah ni," teriak Athirah, salah seorang kawan serumahnya selain Yana. Ada lagi dua orang yang tinggal di rumah sewa itu.

Najihah tersedar dari alamnya.

"Ya, on the way ni,"jerit Najihah di sebalik pintu bilik yang masih tertutup rapat.

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now