Bab 23

1.4K 139 2
                                    

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Najihah, masing-masing membisu. Dibiarkan zikir-zikir yang dimainkan oleh cakera padat, memecahkan sunyi. Hati Najihah semakin resah. Takut kalau apa-apa terjadi terhadap teman-teman serumahnya.

"Masuk kanan ke kiri?"

"Masuk kanan."

Safwan mengfokuskan pemanduannya. Dalam cuaca hujan yang agak lebat dan gelap macam ni, memang sukar untuk melihat jalan di hadapan.

"Depan tu, awak. Rumah yang ada kereta Axia warna putih." Najihah memberi petunjuk. Dari jauh, kelihatan rumahnya itu gelap dan sunyi. Hatinya makin tak boleh duduk diam. Kerisauan melanda lagi.

Safwan menghentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah Najihah. Najihah segera membuka pintu kereta tanpa menunggu arahan.

"Eh, kejap! Hujan tu!" Safwan cuba menegah. Namun, tak dihiraukan oleh Najihah. Safwan mengambil payung di tempat duduk belakang dan mengambil barang-barang Najihah yang ditinggal itu.
Dibuka pintu kereta lalu memboloskan dirinya.

Najihah terus meluru masuk ke dalam rumah. Bajunya yang basah kuyup tidak dihiraukan. Dikuak pintu rumah itu dengan air mata bertakung di tubir mata.

"Suprise!!!" Bergema rumah tersebut dengan suara nyaring empat orang gadis.

Najihah terpana.

"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Nur Najihah, Allah selamatkan kamu!" Masing-masing bertepuk tangan setelah mendendangkan lagu itu.

Najihah sebak. Terharu. Tak sangka teman-temannya ingat akan hari lahirnya. Sungguh dia sedang menangis ketika itu. Air mata tak dapat ditahan lagi. Menangis kegembiraan. Dia memeluk bahu Yana yang sedang memegang kek.

Safwan yang menjadi pemerhati sejak tadi, mengukirkan senyuman. Senang apabila melihat telatah gadis-gadis itu membuat kejutan untuk hari lahir Najihah. Melihatkan mereka bahagia, dirinya turut gembira.

"Kak Jihah, jangan nangis sekarang. Masuklah dulu. Malulah kat abang grab tu," ujar Ayunni sambil melihat sekilas ke arah Safwan. Para penghuni yang lain turut memanjangkan leher mereka ke luar. Mujur masing-masing memakai tudung.

"Abang grab?" Soalan mula terpancul di bibir Najihah. Dikesat air matanya.

"Eh, Abang Wan lah!" Jerit Yana teruja.

Gulp! Najihah tertelan air liur. Ya Allah! Malunya aku. Macam mana aku boleh terlupa yang dia ada kat sini. Sudahlah menangis depan pintu. Sah-sah dia nampak. Aigoo!

Semua mata terarah kepada Yana. Muka kehairanan terpapar. Macam mana dia boleh kenal dengan abang grab yang senyum manis bak gula ni?

"Oh, sabar-sabar. Dia tu senior sekolah aku aje lah. Yang ada kaitan lebih kuat dengan dia tu, si Jihah ni ya, bukan aku," ujar Yana

"And for your information, dia nilah yang syok kat Jihah," sambung Yana lagi. Kali ini dalam keadaan separa berbisik.

Bisik konon. Aku boleh dengarlah, Yana! Najihah menghadiahkan jelingan kepada Yana sambil disiku pinggang Yana.

Yana hanya tersengih macam kerang busuk. Makhluk yang lain mula mengusik.

"Ooo. Patutlah lambat. Pergi dating rupanya. Dengan abang kacak pula tu." Kini Kak Min bersuara.

"Tulah pasal. Dah lah tak kenalkan kat kita pun," kata Ayunni seakan merajuk.

"Dah-dah! Tak payah nak lebih-lebih. Ini semua korang punya pasal lah. Tak semena-mena aku kena minta tolong dia hantarkan." Keluar sudah amarah Najihah. Tapi, amarah yang lembut-lembut saja.

"Hek eleh! Iya lah tu."

"Eh, kejap! Mana barang-barang yang kau beli tadi tu?" Athirah mengeluarkan soalan.

Najihah tepuk dahi. "Tertinggal dalam kereta!"

"Tapi aku rasa barang-barang tu tak ada dalam kereta. Sebab Abang Wan dah pegangkan," ulas Yana.

Najihah menoleh ke belakang. Matanya bertembung dengan mata Safwan. Yana menolak tubuh Najihah ke hadapan sedikit.

"Pergilah dating. Eh, haram! Maksud Kak Min, pergilah ambil barang-barang tu." Kedengaran ketawa kecil di hujung ayat. Semua bersurai masuk ke rumah kecuali Najihah.

Safwan maju ke hadapan apabila melihat Najihah sedang berjalan mendekatinya. Payung diletakkan ke tepi sebentar setelah masuk ke ruangan berbumbung.

"Ini barang awak yang tertinggal." Dihulurkan beberapa beg kitar semula itu kepada Najihah.

"Terima kasih," ucapnya.

"Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu." Safwan mula mengatur langkah pergi.

"Awak."

"Ya?" Safwan menoleh.

"Terima kasih sebab hantarkan saya," ucap Najihah seikhlasnya.

Safwan tersenyum.

"Dan terima kasih sebab percayakan saya," balas Safwan setulusnya.

"Assalamualaikum," ucap Safwan sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Waalaikumussalam."
•••

Empat pagi. Safwan bertafakur di atas tikar sejadah. Memohon keampunan kepada yang Maha Esa. Air mata menitis tatkala doa dipanjatkan. Ini menandakan yang dia hanyalah hamba yang lemah dan hina.

Selesai solat witir, dia bangun untuk menunaikan solat istikarah.

Usai solat, dia menadah tangan lalu meluahkan segala isi hatinya.

"Ya Allah, aku terjumpa dia tadi. Sekian lama kau pisahkan aku dengannya. Akhirnya, kami bertemu kembali. Tapi kali ini kau hadirkan aku rasa yang aku sendiri tak mampu nak katakan. Aku rasa tenang bila tengok senyuman dia. Aku rasa resah bila tengok kegelisahan dia. Aku rasa macam nak selalu berada di sisinya. Aku mahu menjadi pelindungnya, pembimbingnya, dan semestinya aku mahu menjaganya sepanjang hayatku. Ya Rabbi, andai ini petanda yang baik untuk aku disatukan dengannya, kau hadirkan juga rasa kasih dan cinta kepadanya. Sampaikan rindu aku kepadanya. Jika sememangnya kami akan bersama sehingga ke syurgaMu, jagalah hati kami agar kami tidak mengabaikan cinta terhadapMu dan Rasulullah. Ya Rahman, Engkau permudahkanlah urusanku untuk menyampaikan hasrat ini kepada ibu bapanya. Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Penolong. Aamiin." Itu yang terluah di bibirnya.

Sepanjang dia melakukan istikarah, tiada mimpi yang menunjukkan tanda-tanda dia berjodoh dengan Najihah. Tapi, kuasa Allah, siapa yang tahu. Bilamana dia terjumpa dengan Najihah semalam, itu sudah cukup memberi jawapan kepada istikarahnya. Hatinya rasa sangat tenang apabila melihat wajah Najihah. Ianya seakan-akan menyatakan bahawa mereka akan mengecapi title happily ever after tidak lama lagi.

Benarlah. Petunjuk yang diberikan oleh istikarah itu tak semestinya melalui mimpi. Namun, banyak jua bentuk petunjuk yang Allah akan kurniakan. Jadi, yakinlah dengan Allah. Akan ada jalan yang ditunjukkan oleh Allah untuk kita. Ianya pasti!

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now