Bab 11

2K 179 2
                                    

"Wan, nanti teman mama pergi kedai tudung, boleh?" Soal Puan Zaharah kepada Safwan yang sibuk mengikat tali kasut.

"Kedai tudung? Ma, bukan ke dah banyak tudung mama dalam almari tu? Nak beli lagi?" Dibalasnya dengan soalan. Mahu taknya. Baru minggu lepas, mamanya tunjuk tudung baru yang dibeli itu kepadanya. Bukan sehelai, lima helai wei. Perempuan memang macam tu ek? Suka membazir.

"Baby boy, mama nak pergi borong tudung untuk program kebajikan yang mama dan Aunty Mariam buat. Bukannya untuk mama. Tudung tu kami nak kasi kat Rumah Kasih Khaulah," terang Puan Zaharah dengan jelas. Mulut Safwan mula membentuk huruf O. Tulah kau. Misunderstanding lagi. Mama nak buat baik kut! Sorry, mama.

"Boleh tak?" Diminta kepastian lagi. Hari ini Imran yang selalu bawa mamanya ke mana-mana tiada. Katanya ada interview untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di UUM, Kedah. Imran ni baru umur 23 tahun. Bekerja sebagai pemandu untuk mengumpul duit menyambungkan pelajarannya. Nak diajak Encik Fuad temankan, ada mesyuarat pula. Balik rumah pun lewat. Workaholic sungguh!

"Untuk mama apa-apa pun boleh," ujarnya berserta senyuman sambil menguncup tangan mamanya.

"Thank you, baby boy! Bawa kereta elok-elok." Tangan Puan Zaharah melambai kearah Safwan. Beria-ia mamanya melambai, padahal sebelah kaki si anak pun tak masuk lagi dalam kereta. Mama, mama! Excited sungguh!
•••

Safwan berpusing-pusing dalam Aqeela Pearl Enterprise. Ruangnya luas. Pelbagai jenis tudung dan warna yang ada di kedai itu.

Dia memandang wajah mamanya. Muka teruja itu membuatkan Safwan gelisah. Ah, sudah! Ini gaya macam lama lagilah aku kena duduk dalam kedai ini. Biasalah, apabila banyak pilihan yang ada, makin rambang mata lah nak buat keputusan. Bukan dia tapi mamanya.

Mamanya dah mula bersembang dengan tauke kedai. Dari jauh Safwan mengelengkan kepalanya. Dia bertawaf lagi dalam kedai itu. Hilangkan kebosanan.

Langkahnya terhenti apabila terlihat sehelai tudung bawal berwarna merah jambu yang dipakaikan pada patung yang berada di situ. Bibirnya mengukirkan senyuman. Tiba-tiba wajah si gadis lima saat muncul dalam fikirannya.

"Maaf encik. Boleh saya bantu?"

Satu suara melesapkan lamunannya. Dia segera menoleh ke belakang.

"Eh, tak apa. Saya cuma..." Kata-katanya tergantung sepi tatkala matanya memandang tuan empunya suara itu.

Jantung berdegup semakin laju. Lidah menjadi kelu. Fikiran semakin celaru. Aku mimpi ke realiti ni?

Najihah membeliakkan matanya. Ya Rabbi! Dalam banyak-banyak manusia, kenapalah dia ni yang muncul? Dah lah mata tu suka tenung aku macam tu. Tak sukalah lelaki macam ni!

10 saat berlalu. Tiada reaksi yang ditonjolkan oleh Safwan kecuali senyum. Dah macam orang angau sudah rupanya.

Najihah makin tak selesa apabila mata Safwan tak berhenti memandangnya. Kakinya perlahan-lahan diundurkan ke belakang.

"Ermm.. Okey. Saya pergi dulu," pamit Najihah. Tanpa menunggu jawapan, segera dia blah dari situ. Ish, lelaki ni! Tak tahu ke yang tengok ajnabi lama-lama itu berdosa? Bukankah kita kena tundukkan pandangan?

Safwan masih tak bergerak. Senyuman makin dilebarkan di bibirnya saat melihat gadis itu berlalu. Ooo... Dia kerja kat sini rupanya. Tak sia-sia aku teman mama hari ini.

"Wei, Jihah. Yang kau jalan macam kuda sembelit ni apasal?" Soal Yana. Pelik melihat kerenah sahabatnya yang tiba-tiba berubah.

"Banyaklah kau kuda sembelit! Kau lah punya pasal. Suruh aku tegur lelaki tu." Marah Najihah namun nadanya sedayanya diperlahankan.

Yana berfikir sejenak. Apa masalahnya kalau menegur pun? Bukannya mengorat, tapi itukan memang rutin kedai itu. Jika ada pelanggan lelaki yang terpinga-pinga tak tahu nak pilih apa untuk perempuan yang mereka sayang, para pekerja di sini akan datang membantu. Biasalah, lelaki mana tahu nak pilih. Shawl sahaja pun dah banyak jenis. Niat tu cuma nak menolong takkan lah salah, kan?

"Apasal dengan lelaki tu? Dia mengorat kau ke? Handsome tak?" Usik Yana sambil menyiku lengan Najihah. Najihah buat muka menyampah.

"Jawapannya tak untuk kedua-dua soalan kau tu," jawab Najihah sambil berlalu dari situ.

"Eleh, yalah tu."

Yana melangkah ke hadapan. Badannya dibongkok sedikit dan menyorok di belakang deretan tudung bawal. Nak juga dia tahu rupa lelaki yang ditegur oleh Najihah itu macam mana? Ada gaya macam Darren Wang tak? Atau macam Daniel Padilla ke?

Matanya terbutang luas saat terpandang wajah lelaki berbaju biru muda itu dari jauh. Skala handsome itu tinggilah juga. Tapi, yang membuatkan dia terkejut, orang itu adalah orang yang kenal! Itu Abang Wan!

"Yana!" Ada suara memanggilnya. Yana kembali ke alam realiti.

"Ya, kak Misha."
•••

Encik Fuad memandang Safwan pelik. Apa sudah jadi dengan anaknya yang seorang ini? Dari pergi masjid sampailah balik, murah sungguh senyuman itu. Naik meremang bulu romanya saat senyuman itu masih menghiasi bibir Safwan yang sedang menonton televisyen. Bukannya cerita komedi yang ditonton, tapi perlawanan bola sepak. Yang bertambah pelik, setakat ini team yang Safwan sokong kalah dengan pihak lawan 2-0. Habis tu, kenapa tersengih-sengih macam tu?

"Safwan, are you okay?" Soalnya.

"Yup, okey. Rasa cergas sangat," jawab  Safwan. Jawapan yang diberikan memang menampakkan yang dia tengah happy. Macam budak dapat main iPad. Well, budak sekarang kan dah moden.

"Hmm, terserlah sangat OKEY tu." Sengaja ditekankan perkataan 'okey' itu.

Encik Fuad dan Puan Zaharah saling berpandangan. Masing-masing mengangkat bahu. Lantaklah. Bukan senang nak tengok anak mereka itu bahagia macam ni. Jadi, biarkan sajalah.

"Za." Dipanggil isterinya.

"Ya."

"Macam mana dengan program tu? Semua dah settle?" Soal Encik Fuad prihatin. Dia memang jarang menyertai kerja amal yang dibuat oleh isterinya dan kawan-kawan isterinya. Namun, tak bermakna dia langsung tak ambil peduli. Walaupun sibuk uruskan kilang dan pejabat arwah ayahnya itu, dia tetap memberi sokongan dan juga sumbangan terhadap kerja amal itu.

"Totally hampir siap. Tinggal beli barang dapur untuk jamuan nanti aje." Diterangkan progress semasa kerja amal itu.

"Oh ya, lagi satu! Esok saya kena pergi ambil tudung-tudung itu kat kedai tadi. Sepatutnya stok tudung yang saya pesan tu dah sampai hari ni. Tapi, ada masalah kat HQ dia orang. So, esok saya pergi dengan Mariam tau?" Ya, tudung yang diborong tu sebenarnya sudah dipesan lama dah. Sama tarikh dengan tudung lima helai yang dia tunjuk kat Safwan tu.

Belum sempat Encik Fuad memberi kata setuju, Safwan terlebih dahulu bersuara.

"Eh, mama! Jangan susah-susah. Safwan kan ada. Safwan boleh tolong mama ambil tudung tu semua. So, mama and Aunty Mariam bolehlah shopping barang dapur. Amacam?" Cadangan dilontarkan dengan ceria sambil kening dijongket ke atas.

Sekali lagi, pasangan suami isteri itu berpandangan sesama sendiri. Pelik! Yalah, sebelum ini banyak aje alasan yang Safwan beri kalau kita minta tolong kat dia. But, now? Dia volunteer? Amazing!

Cinta 5 Saatحيث تعيش القصص. اكتشف الآن