Bab 22

1.4K 139 0
                                    

"Wan tak balik lagi ke?" Puan Zaharah mengeluarkan soalan kepada anaknya melalui corong telefon. Risau juga sebab anaknya masih belum pulang dari kerja.

"Belum, ma. On the way dah ni. Baru sudah solat maghrib," jujur Safwan.

"Kalau macam tu, mama nak minta tolong boleh?" Disoalnya lagi.

"Tolong? Boleh aje. Tolong apa, mama?" Nadanya seperti biasa, ceria. Earphone yang dipakainya, dikemaskan. Matanya tetap fokus pada pemanduannya.

"Tolong belikan daging lembu setengah kilo. Belikan cili kering sekali. Boleh?"

"Haih, mama nak masak apa? Nak masak sekarang ke?" Hairan. Sekarang sudah pukul 8 malam. Takkanlah mama baru nak masak makan malam.

"Taklah. Mama nak masak bihun goreng esok pagi. Tiba-tiba babah kamu request nak makan esok."

"Ooo. Okey-okey. Nanti Wan singgah kat Giant. Lagipun Giant dah dekat dah ni."

"Alright. Thank you, baby boy!" Ucap Puan Zaharah gembira.

Baby boy pun baby boy lah. Asalkan mama gembira.
•••

"Sorry, Jihah. Aku betul-betul ada emergency ni. Abang Ri call tadi. Dia minta tolong aku. Aku kena pergi sekarang ni." Beriya-iya Athirah memohon maaf. Aduh, sorry Jihah untuk yang sebenar-benarnya. Aku terpaksa tipu kau. Kalau aku jujur, kang nanti aku pula yang kena belasah dengan housemates kita tu.

"Tak apa lah. Aku boleh aje lah beli barang dapur ni. Sikit aje lagi ni," ulas Najihah. Dia okey aje kalau terpaksa beli sendiri barang dapur. Dia dan rakan serumahnya memang gilir-gilir beli barang dapur. Minggu ni memang gilirannya. Jadi dia tak kisah pun.

"Tapi, japgi kau nak balik macam mana?" Soalnya prihatin. Tulah, dah elok-elok rancang dia pergi dan balik dengan Najihah, si Yana tukar plan pula suruh dia balik dulu. Suruh ambil kek kat rumah Kak Su pula.

"Chill lah. Macam tak biasa. Nanti aku call lah teksi or grab." Najihah berkata tanpa memandang wajah Athirah. Dia masih sibuk meneliti senarai barang yang berada di tangannya.

"Kalau macam tu, okeylah. Aku balik dulu, tau."

"Balik?"

"No, I mean, pergi dulu. Anyeong!" Segera kakinya bergerak pantas. Takut makin lama duduk situ, habis kantoi semua plan mereka. Ini tak boleh jadi!

Berlalunya Athirah, langsung tak menimbulkan kesedihan di hati Najihah. Ala, nanti balik rumah, jumpa juga dengan budak seorang tu.

Matanya fokus mencari ayam di bahagian bahan basah. Sedang sibuk menolak troli, gerakan kakinya terhenti. Kakinya mundur sedikit ke belakang. Dia cuba sembunyi di sebalik susunan botol-botol berkarbonat.

Jantung berdegup laju secara tiba-tiba. Ya Allah, betul ke dia yang aku nampak tadi tu? Kenapa aku rasa gementar ni? Dia perasan aku tak?

Leher Najihah dipanjang sedikit ke kiri. Matanya mencari kelibat mamat yang menyerupai Safwan itu. Eh, mana dia? Tadi ada.

"Cik."

Lakunya terkaku. Suara garau yang menegurnya membuatkan hatinya makin tak keruan. Oh tidak!

Perlahan-lahan Najihah memusingkan tubuhnya. Kepala diangkat. Matanya memandang lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Maaf, cik. Ini cik punya ke?" Soal lelaki itu sambil menghulurkan gelang tangan kepada Najihah.

Kus semangat! Rupanya lelaki itu bukanlah Safwan yang disangka. Hanyalah lelaki biasa yang perasan akan gelang tangannya yang tercicir.

"Ha'ah, saya punya. Terima kasih, ya." Najihah menyambut huluran itu.

"Sama-sama," ujar lelaki itu sambil berlalu pergi.

Najihah meneruskan perjalanannya menuju ke bahagian ayam.

Dari jauh, ada seseorang yang memerhati gelagat Najihah. Bibir membentuk senyuman. Tak sangka kita akan berjumpa lagi kan? Rindu awak, Pipi Tomato.

Astaghfirullah! Segera Safwan beristighfar apabila menyedari yang matanya masih memandang Najihah. Dia melangkah pergi ke kaunter bayaran.
•••

"Ya Allah! Macam mana kredit dah habis, tapi aku tak sedar ni? Nak buat SOS top up pun dah tak boleh. Habis, aku nak balik macam mana ni? Dengan hujan lebat lagi. Ya Allah, ujian apakah ini?" Najihah mula bercakap sendiri.

"Assalamualaikum," tegur Safwan dari arah sisi kanan. Jarak yang agak jauh, namun suara itu masih mampu mengetarkan gegendang telinga Najihah.

Najihah termangu. Eh, dia ni! Maksudnya, betullah apa yang aku nampak tadi.

Najihah mendiamkan diri. Jawab dalam hati pun okey aje kan? Waalaikumussalam.

"Awak okey?" Soal Safwan apabila terdengar suara rungutan Najihah tadi.

Bibir Najihah masih rapat terkunci. Dia hanya menunduk kepalanya sedikit. Hatinya mula rasa sesuatu. Argghhh! Aku tak nak rasa macam ni!

"Okey, kalau macam tu saya pergi dululah ya," pamit Safwan. Dia berlalu dari situ. Dia tahu, mungkin Najihah masih belum bersedia untuk bercakap dengannya. Tak apa, dia tak paksa. Cuma dia dah dapat satu keyakinan yang sangat kuat. Dia yakin yang Najihah pasti akan menjadi miliknya satu hari nanti.

Mana dia dapat keyakinan yang sebegitu rupa? Semua itu hasil daripada solat istikarah yang dilakukannya tiga hari berturut-turut sejak dia terjumpa dengan Yana. Mindanya saat itu asyik memikirkan Najihah. Sudah diusahakan untuk melupakannya. Namun, tetap juga ianya muncul. Setiap kali qiamulail, pasti dia akan sertakan dengan solat istikarah.

"Awak!" Kedengaran suara Najihah memanggil Safwan.

Safwan berpaling. "Ya."

Najihah datang mendekatinya dengan wajah amat gelisah. Mukanya terlakar ekspresi cemas.

"Awak, boleh pinjamkan saya telefon? Saya nak call teksi."

"Kenapa ni? Awak okey?" Safwan langsung tak pedulikan permintaan Najihah. Dia jadi risau bilamana melihat mata Najihah hampir mengalirkan air jernih.

"Yana call. Dia cakap ada sesuatu yang terjadi kat rumah. Saya risau."

"Ya Allah! Kalau macam tu, saya hantarkan awak ajelah."

"Tak apa. Saya boleh naik teksi."

"Sekarang ni dah malam. Bahaya kalau perempuan naik teksi sorang-sorang. Biar saya yang hantar."

"Tapi..."

"Awak tak percayakan saya?"

"Saya janji takkan apa-apakan awak. Saya tolong awak ni ikhlas. Hanya kerana Allah. Niat saya hanya nak tolong awak aje."

Perlahan kepala Najihah mengangguk.

Muka Safwan bagai memikirkan sesuatu.

"Hmm... Najihah," panggil Safwan.

"Ya?"

"Pegangkan kejap and tunggu, tahu?" Safwan memberikan arahan.

"Awak nak ke mana?"

"Nak cari payung. Hujan lebat sangat ni. Kereta saya jauh juga lah saya parking. Awak tunggu kejap, ya?"

Najihah sekadar mengangguk.

Tak lama kemudian, Safwan muncul dengan kotak di tangan.

"Payung tak ada. Ada kotak ni aje. Jom lah."

Segera Safwan melebarkan kotak itu lalu memayungkan dirinya dan Najihah. Najihah hanya menurut. Langkah mereka kini seiring.

Najihah berasa tak selesa apabila menyedari dirinya terlalu dekat dengan Safwan. Tak apa Jihah. Darurat ni. Kau terpaksa aje. Jangan layan apa-apa bisikan dari makhluk bertanduk itu.

Dalam jiwa Safwan, dia berdoa. Ya Rahim, aku mohon perlindungan dariMu. Kau lindungilah kami dari hasutan syaitan dan nafsu yang mampu membinasakan diri kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pelindung.

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now