Bab 33

2.5K 157 6
                                    

Najihah duduk di bangku sambil menunggu Safwan. Mana dia ni? Kata nak pergi lima minit aje. Sekarang ni, dah 15 minit berlalu. Masih tak muncul-muncul lagi.

Najihah melemparkan pandangan ke sekeliling tempat itu. Cantik tempatnya. Udaranya nyaman, tempatnya bersih dan orang pun ramai yang datang bersiar-siar di sini. Banyak ragam manusia yang dipertontonkan di sini. Najihah tersenyum sendiri.

Ting!

Mesej daripada Safwan.

My Romeo♥
Awak, pusing belakang.

Sebelum itu, jangan ditanya kenapa Najihah setting nama Safwan macam tu dalam contact name. Sesungguhnya, itu semua kerja Safwan. Kononnya dia lah Romeo selamanya dalam hati Najihah. Cewah!

Najihah segera bangun dan memusingkan badannya ke belakang. Ternampak seketul mascot Nana yang sedang melambai-lambaikan tangan kanannya yang memegang sketch book itu, ke arah Najihah. Najihah tergelak kecil. Sah, itu mesti My Romeo!

Safwan yang berada dalam mascot Nana itu memulakan perkara yang telah dirancang sejak pukul 4 pagi tadi. Itu yang qada tidur pukul 2 petang tadi ni.

Safwan membuka sketch book yang dipegangnya tadi.

Najihah merenung tulisan yang tercatat pada sketch book itu dari jauh.  Jarak antara dia dan Safwan ialah satu meter. Kiranya masih jelas lagilah tulisan itu.

Pandangan pertama
5 saat

Najihah tersenyum. Diselak helaian baru.

Terpisah dan bertemu kembali selepas
5 tahun

Muka surat seterusnya.

Mula berkawan selama
5 minggu

Diselaknya lagi.

Menunggu jawapan Pipi Tomato
5 hari

Oh, maksudnya Safwan sengaja lah bagi tempoh Najihah berfikir selama 5 hari. Saja nak ambil angka lima itu rupanya.

Bertunang
5 bulan

Sah lagikan sahih!

Tempoh lafaz akad untuk ikatan suci
555 saat

Najihah tergelak. Terus teringat peristiwa itu. Geli hati wei! Nasib tiga kali aje lafaz akad nikah, bukan lima kali.

Tempoh perkahwinan
Till Jannah

Najihah tersenyum malu. Safwan menyelak helaian yang terakhir. Terpampang gambar-gambar kahwin mereka.

Muka Najihah menjadi pinkish. Ya Allah! Dalam banyak-banyak gambar, gambar time pembatalan air sembahyang juga yang dia nak print besar-besar. Dahlah muka aku masa tu, memerah. Nasib baik gambar yang tertampal kecil-kecil itu comel.

Kedengaran suara orang bersorak. Ah, sudah! Makin tomato lah pipi Najihah.

Safwan menanggalkan kepala Nana. Dia mendepakan tangannya. Najihah masih kaku di situ.

Safwan mengangkat keningnya. Tak nak peluk suamimu yang kacak ni ke?

Najihah mengeleng sambil tersipu. Siapa aje yang tak malu kalau jadi macam ni.

Safwan berjalan menuju ke arah Najihah. Tanpa menunggu kerelaan Najihah, segera tubuh kecil itu didakap erat.

Najihah tergamam.

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now