Bab 5

2.5K 216 3
                                    

"Jadi, apa kelebihan yang awak ada untuk bekerja di sini?" Encik Fuad memulakan bicara. Wajahnya serius seperti sedang berbincang tentang masalah dunia.

Safwan membetulkan duduknya. Tulang belakangnya tegak 180 darjah. Ehem, ehem!

"Kelebihan yang saya ada ialah saya seorang yang menepati masa. Apa saja tugasan yang diberikan, pasti saya akan siapkannya sebelum tarikh yang ditetapkan. Selain itu, saya seorang yang kreatif dalam melakukan sesuatu perkara dengan melontarkan idea-idea yang segar dari minda. Di samping itu juga, saya seorang yang jujur. Saya juga tidak mudah putus asa. Tambahan pula, saya..." katanya terhenti tatkala dipotong oleh babahnya. Opss! Bukan babah tapi Tuan Fuad.

"Benar awak seorang yang tak mudah putus asa?" Soalan itu bagai menikam lidah Safwan. Alahai, macam mana boleh terlepas cakap benda yang memang tak betul ni? Cover ayat kau balik, Safwan!

"Yup! Buktinya, saya pernah cedera semasa perlawanan bola sepak peringkat kebangsaan dahulu ketika di sekolah menengah. Tapi, itu bukan penghalang untuk saya menjulang gelaran jaringan gol paling banyak. Saya bangkit dari jatuh, dan terus bermain dengan semangat yang semakin membara." Lontaran suaranya kuat. Mahu menyakinkan insan yang duduk di hadapannya itu. Haa! Ini tak tipu. Babah pun tahu sebab mama dan babah pun datang menyokong aku waktu itu. So, kenyataan yang aku tak putus asa tu boleh terimalah kan?

"Baik. Soalan seterusnya. Ada pengalaman bekerja?"

Aduh, soalan yang agak membunuh ini. Takkan nak diceritakan yang dia pernah berniaga tiga kali, dan semuanya itu gagal. Minda giat memikir. Mentol menyala!

"Pernah. Semasa menunggu keputusan SPM, saya pernah bekerja sebagai jurulatih tambahan untuk skuad bola sepak sekolah saya. Selepas itu, saya sambung belajar dalam bidang pentadbiran perniagaan."

"Itu aje? Kalau tengok pada kad pengenalan awak, umur awak dah 28 tahun. Takkan selepas sambung belajar, awak langsung tak bekerja?" Matanya memandang wajah Safwan sekilas. Tangannya masih menyelak-nyelak helaian fail yag berada di atas mejanya.

Safwan kecut perut. Ini memang membunuh jantungnya yang sedang berdegup. Apa ni babah? Tak adillah macam ni. Main kecoh! Sengaja nak buat aku cerita pasal kelemahan aku. Tahulah aku memang manusia yang cepat gagal.

"Kenapa diam?" Sinis bunyi. Ish, babah ni!

"Seperti yang dinyatakan tadi, saya seorang yang jujur. Biar saya jujur di sini. Saya pernah berniaga sendiri dua kali, dan bersama rakan kongsi sekali. Ketiga-tiga itu saya berniaga secara atas talian. Tapi, saya gagal untuk mempertahankan keutuhan perniagaan itu atas sikap saya sendiri. Apabila jualan jatuh, saya jadi putus asa. Tak sama macam main bola sepak dulu. Saya jadi tak bertanggungjawab apabila barang yang dihantar kepada pelanggan itu tidak sama seperti yang diminta. Saya pentingkan keuntungan saja. Perkara lain langsung saya tak pandang. Mungkin sebab itu perniagaan tak berjaya. Tiada keberkatan." Safwan terhenti seketika.

"Banyak dugaan yang berlaku membuatkan saya belajar tentang kehidupan. Dari situ, saya kumpul semangat terus berjuang dalam bidang ini. Babah saya pernah berkata kepada saya, masalah yang saya hadapi dulu ialah saya mahu terus jadi ketua tanpa pernah merasa jadi kuli. Memang benar kata-katanya. Oleh sebab itu, saya datang di sini untuk belajar menjadi pekerja biasa yang akhirnya akan dinobatkan sebagai ketua yang luar biasa." Fuh, panjang berjela dia berhujah. Lega hati bilamana mampu membuatkan Encik Fuad ternganga. Amacam babah? Nampak improvement Muhammad Safwan ni tak?

Encik Fuad menutup mulut daripada terus dilihat teruja oleh hujah anaknya tadi. Masih tak boleh diterima kerja. Ada lagi soalan yang perlu ditanya dan semestinya dijawab dengan betul. Sesi kedua ini sememangnya menjadi segmen favourite Encik Fuad. Masa inilah ujian sebenar bermula.

"Bagus jawapan awak yang panjang sangat itu. Jadi, kita masuk ke sesi kedua."

Safwan mula mengerahkan otaknya untuk mengeluarkan ilmu yang dia timba semalam di google. Mamanya siap bagi soalan bocor untuk dia bersedia menjawab soalan-soalan itu. Nak bagi lulus punya pasal. Itu yang sayang mama lebih daripada babah ini. Love you, mama!

"Awak dah bersedia?"

"Dah."

Encik Fuad bangun dari tempat duduknya. Kakinya mula mundar-mandir sambil menanyakan soalan kepada Safwan.

"Pada usia berapakah Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi seorang rasul?"

Safwan telan air liur. Apa ni mama? Kenapa soalan macam ni pula yang ditanya? Bukan ke soalan yang selalu ditanya tu macam; apakah rukun iman? Apakah rukun islam? Apa itu syurga dan neraka? Apa maksud syirik, khurafat dan semua yang seangkatan dengannya?

But, why soalan ini pula?

Safwan dah tunjuk muka gelabah. Babah tanya umur aje kan? Hentam aje lah.

"42 tahun."

"Hampir tapi salah. Jawapannya ialah 40 tahun." Encik Fuad senyum lebar apabila melihat muka Safwan yang resah gelisah itu. Ini mesti dah target soalan pasal rukun iman. Itu yang bila ditanya tentang sirah Rasulullah SAW tak boleh dijawab dengan betul. Subahat dengan mama lah tu!

"Next question is siapakah isteri kedua Rasulullah SAW?"

Isteri kedua? Ah, sudah! Jawapan apa yang perlu diberi? Tu lah kau, Safwan. Dulu masa sekolah ustazah ajar dekat depan, kau tidur kat belakang. Sekarang ini baru kau faham macam mana rasanya kalau tiada ilmu di dada. Itu basic sirah wei!

"Aisyah." Tembak aje lah. Mana tahu betul.

"Salah. Nampaknya awak tak tahu perkara-perkara macam ini. Baiklah kita beri soalan yang lebih senang sikit."

Berubah terus wajah Safwan yang dari muka yang macam putus harapan, sekarang gembira macam boleh terbang dengan kawan rapatnya, Peter Pan! Macam nilah baru betul layanan untuk seorang anak.

"Boleh awak ceritakan sedikit peristiwa yang berkaitan dengan sifat-sifat baginda?"

Mati terus rama-rama yang ada di taman bunga dalam hati Safwan. Senang apa kalau macam ni?

"Apa ni babah? Kata soalan senang, ini soalan level 59 dah ni. Bukan sepatutnya just tanya pasal basic agama Islam ke? Rukun islam ke rukun iman ke? Mana aci macam ni, babah!" Berontak Safwan memusingkan kerusi yang diduduknya itu ke arah babahnya.

"Aci kat India. By the way, call Tuan Fuad, bukan babah. This is office, bukannya rumah."

Safwan mula menikus. Manusia cepat berubah kan? Dulu bukan main beria-ia nakkan Safwan itu bekerja dengannya. Sekarang apabila sudah terdetik budak ini nak bekerja dengannya, boleh pula ada ujian macam ini.

"Selalunya sesiapa yang gagal dalam sesi kedua, saya memang reject terus. Tapi, disebabkan saya nampak keikhlasan awak semasa berhujah tadi, saya terima awak."

Mata Safwan bersinar! Yeay! Dapat kerja.

"Bila saya boleh mula?" Soalan Safwan diajukan untuk Encik Fuad dengan penuh kelembutan lidah. Sopan tiba-tiba.

"Sekarang. Boleh?"

Now? Okey, tak apa. Asalkan kerja. Asalkan dapat gaji. Asalkan dapat settlekan hutang dia yang 50k tu.

"Boleh!"

"Oh, lupa. Ada syarat untuk awak sebab tak dapat jawab soalan-soalan sirah tadi."

Safwan menarik nafas. Apa lagi Tuan Fuad oii!

"Saya nak dapatkan jawapan daripada awak untuk soalan-soalan tadi. Selewat-lewatnya seminggu dari sekarang. Kalau awak masih tak tahu atau salah jawapannya, saya akan berhentikan awak. So, balik ini bawa-bawa lah belajar tentang sirah. Jangan search google aje takut perkara itu tak sahih. Rujuk ustaz or baca buku-buku tentang biografi Rasulullah SAW. Okey itu aje. Boleh?" Encik Fuad duduk semula atas kerusi empuknya itu.

"In shaa Allah."

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now