~23~

1K 92 11
                                    

READY FOR WEDDING~???

.

Ayyyee~!! Akhirnya hari ini sudah tiba!! Wedding diorang seperti yang akak inginkan sempat juga sebelum habis bulan 1! Yosha! Korang mesti dah tak sabarkan nak tunggu diorang nikah? (Tak pun. =^=')

Tapi! Nanti dulu...kita tengok 1 part di hari raya yang mana lukisan Ani memang memberikan akak idea!

Enjoy!

==============================

Allah~ Huakhbar Allah~ Huakhbar~

Gema takbir raya kian dedingari di seluruh Malaysia. Termasuk dengan kampung Pulau Rintis yang mana terlihat banyak rumah dipenuhi dengan raya sakan dan gelak tawa bersama ahli keluarga. Itulah saat-saat yang dinantikan ahli keluarga. Dapat bertemu saudara mara yang merantau dan berpisah sejak sekian lama.

Kemeriahan itu juga tidak asing di rumah Tok Aba. Semua pemilik nama elemen sedang menikmati juadah hari raya. Tidak lupa juga saling bersalaman antara satu sama lain.

Tok Aba sedang memerhatikan gelagat kanak-kanak di luar jendela. Ramai yang berlari-lari malah ada yang menaiki basikal sedang menuju ke destinasi dalam misi 'Mengumpul Duit Raya'. Tok Aba ketawa kecil melihat gelagat mereka. Teringat pula waktu Gempa dan arwah kecil-kecil dahulu. Sentiasa berlari berkejaran di halaman rumah. Waktu malam juga tidak lupa upacara wajib(?) iaitu bermain bunga api. Nostalgia nya suasana itu.

Gempa: Atok.

Panggilan Gempa menyadarkan Tok Aba dari lamunannya. Tok Aba berpaling wajah. Kagum melihat satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal itu berpakaian lengkap di hari raya.

Jubah kuning,putih dan hitam dikenakan sebagai tema. Tudung kuning-putih yang diselit pin kegemaran berlogo tanah dan senyuman manis buat insan tersayang. Tidak lupa juga tudung dan jubah itu dihiasi dengan corak tanah yang menambahkan lagi seri. Sungguh cantik Gempa pada waktu itu.

Gempa berjalan menghampiri Tok Aba dan duduk melutut di hadapan Tok Aba yang sedang duduk di atas kerusi sofa. Gempa menyambut tangan Tok Aba lembut dan mengucup penuh kasih sayang.

Gempa: Atok...Gempa nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Halalkan makan minum Gempa dan maaf kalau Gempa ada sakitkan hati Tok Aba tak kira zahir ataupun batin.

Tok Aba tersenyum mendengar ucapan dari cucunya itu. Tok Aba mengusap kepala Gempa yang beralaskan tudung.

Tok Aba: Iya. Atok maafkan segalanya dan atok halalkan semuanya. Dan semoga kamu berbahagia dengan keputusan kamu sekarang ya? (senyum)

Gempa: (angkat kepala) (peluk Tok Aba) Terima kasih tok....

Dari jauh 2 beranak itu diperhati oleh Halilintar. Dia memandang sayu melihat Gempa yang begitu kasih akan atoknya. Namun sekilas Halilintar memalingkan wajahnya ke luar tingkap berdekatan. Termenung jauh.

Tok Aba: Ha, Hali?

Hali: (terkejut) Y-ya tok? (tengok Tok Aba)

Tok Aba: Tak nak salam ke? Aiii...sikitnya dosa kamu?

Hali: Err...mana ada tok. Eheh...(garu kepala)

Tanpa basa basi lagi Hali terus berjalan mendekati Tok Aba dan Gempa yang sudah duduk di atas kerusi sofa. Sebaik tiba di hadapan Tok Aba, Hali duduk melutut lalu menerima tangan Tok Aba dan menyalamnya hormat.

Hali: Errr...selamat hari raya Tok Aba. Maaf zahir batin.

Tok Aba: Iyalah. Selamat hari raya juga. Haa..nanti jangan lupa duit hantaran untuk Gempa.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now