~30~

1.1K 90 12
                                    

Setelah mengambil masa 15 minit perjalanan, akhirnya pacuan 4 roda Hali pun berhenti di hadapan perkarangan rumah yang besarnya tidak terkata.

Di kawasan luar rumah itu tersangatlah luas seperti padang bola sepak sekolah. Dihiasi pula dengan taman dan susun atur pasu dan bunga yang menarik. Malah terdapat kebun sayuran dan kawasan beriadah lagi.

Tempat bermain badminton pun ada. Tidak lupa tapak soccer khas direka untuk Blaze Si Penggemar Bola Sepak.

Hali memasuki di bawah bumbung garaj kereta yang tinggi dan luas lalu dia keluar dari perit kereta itu.

Gempa yang baru pertama kalinya ke rumah ini sudah terlopong menganga melihat kecantikan keluasan rumah ini. Ni taman diraja ke apa ni?

Hali memandang ke arah isterinya yang masih kagum sejak sebelum mereka masuk ke dalam pagar rumah lagi. Tadi sempat Gempa terkejut melihat ketinggian pagar utama rumah Hali yang besar, tinggi dan dikawal secara automatik.

Dah tu, kawasan luar pagar itu juga ditanam beberapa pokok hiasan yang bukan tiruan.

Hali hanya mengendahkan Gempa yang masih melilau memandang keadaan sekeliling. Dia berjalan ke bonet kereta lalu mengeluarkan beg bagasi miliknya dan Gempa.

Gempa: B-besarnya rumah ni...sini ke keluarga awak tinggal dulu?

Hali: Hmm...bagi aku biasa je.

Gempa: Tak sesat ke kalau masuk dalam rumah ni?

Hali: Nak sesat buat apa nya? Bukannya banyak sangat pun perabot kat dalam rumah ni. Arwah mak aku tak suka sangat rumah dikeliling perabot. Rimas katanya.

Gempa hanya ber-oh ria. Tapi sungguh cantik di kawasan luar rumah ini. Dihiasi dengan pokok tanaman yang segar dan tumbuh dengan cantik. Kadang Gempa ternampak beberapa orang gaji sedang menguruskan tanaman tersebut. Seperti menyiram dan menangkas pokok bunga.

Gempa berjalan ke arah Hali untuk menolong suaminya membawa beg bagasi miliknya. Tapi ditolak Hali.

Hali: Tak payah. Kau tu penat.

Gempa: Eh, taklah. Saya tak penat pun. Awak tu yang lagi penat bagi saya.

Hali: Tak lah. Dah, jom masuk.

Hali menyadung belakang pinggang Gempa membuatkan gadis itu tersadung bergerak ke hadapan iaitu ke pintu utama rumah tersebut.
.
.
.
Gempa semakin kagum dengan susun atur di dalam rumah tersebut. Barang perhiasan dan perabot hampir semua bersalut emas dan dihiaskan dengan permata ruby. Persis iris Gempa dan Halilintar. Sungguh cantik!

Gempa: Awak...takutlah saya nak duduk rumah ni...

Hali: Dah kenapa pulak?

Gempa: Tak lah...banyak barang mewah yang mahal. Nanti tak fasal-fasal saya terlanggar buat ia terjatuh lepastu kena ganti rugi. Macam mana?

Hali mengela nafas sebelum dia melepaskan pegangannya pada 2 beg bagasi tadi. Kedua tangannya kini menghinggap di kedua pipi gebu milik Gempa kiri kanan. Hali sengaja menekankan sikit membuatkan Gempa termuncung mulutnya.

Gempa: Eh? Aphwa ni?! [Apa ni?!]

Hali: Listen, this house already officially become my house. Jadi kau nak langgar atau bakar semua barang dalam rumah ni aku tak kisah.

Gempa: Kenaphwa phuwak?? [Kenapa pulak?]

Hali: Heh, berapa lah sangat barang ni pun. Aku boleh beli lagi cantiklah. Cuma malas nak beli je.

Gempa meronta melepaskan dirinya dari cengkaman Hali. Sebaik terlepas, sempat Gempa mengurut kedua pipi chubbynya yang sudah kemerahan itu.

Gempa: Ish, tak baik tau awak cakap macam tu. Itu dipanggil riak tahu? (urut pipi)

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now