~49~

2.3K 94 54
                                    

???: ...huh..? Kau kata...dia masih hidup?

???: M-maaf tuan! Orang bawahan dihalang dan dipukul teruk oleh bodyguard dia! Kami tak sempat-

???: Khh-!! (baling pisau) TAK BOLEH HARAP!!!

STHAB!!

Pisau itu hampir tepat mengenai anak buahnya itu. Mujur di belakangnya ialah dinding jadi pisau itu terkena diding sahaja.

???: (menggigil) Maafkan saya Tuan Fang!!

Fang mendengus kesal sambil menarik dan menghembus nafasnya. Bagaikan hembusan yang berapi, jika suhu persekitaran itu sejuk pasti sudah kelihatan hembusan nafas Fang yang keluar dari saluran pernafasannya.

Fang: KAU PERGI AJAR ANAK BUAH KAU TU CUKUP-CUKUP!! PERGI!!!!

Dan dengan keadaan takut anak buah Fanf segera beredar dari situ. Meninggalkan Fang yang masih dengan amarahnya.

Fang: Ckh!! Dah lah Gempa reject aku!! Lepastu mamat tu datang balik!! AAAARRGHHH!!!!

Fang membaling dan menyepahkan semua barang yang berada berdekatannya. Dan secara tiba-tiba sebuah panggilan masuk. Fang melihat nama yang memanggil. Dan amarahnya semakin meningkat.

Fang: APASAL PEREMPUAN NI PUN NAK SEMAKKAN HIDUP AKU JUGAK?!! PERGI MATILAH POMPUAN!!!!

Dengan kasar Fang melemparkan telefonnya dan menghempaskannya ke lantai sehingga telefon itu hancur berkecai. Fang memusingkan badannya dan melihat pemandangan di luar tingkap. Bandar Kuala Lumpur yang disinari lampu malam.

Fang mendengus kesal. Hembusannya terus menerus naik dan turun. Dalam kepala Fang mula fikirkan sesuatu dan seketika kemudian dia tersenyum seperti psiko yang menyeramkan.

Fang: (evil smirk) Heh, kau tunggulah Hali. Aku akan 'ambil' Gempa tak kiralah kau hidup atau mati...
.

.

.

Di pagi hari, sinaran mentari memasuki celah-celah dedaunan yang menghijau di dalam taman sebuah rumah yang tersergam besar dan indah.

Rumah yang kelihatan sungguh besar dan ber-3 tingkat. Rumah itu pula dikelilingi oleh taman bunga, taman kebun dan pokok-pokok yang hijau di sekelilingnya. Pokok-pokok besar ditanam di setiap barisan pagar yang tinggi dan sekiranya dilihat dari luar pagar, seolah kawasan itu ialah kawasan benteng berhutan yang suram tetapi siapa sangka di dalamnya terdapat sebuah istana yang besar dan cantik bersama taman bunga yang mekar.

Tidak, anda tidak salah buku. Ia masih mahu menceritakan perihal pasangan yang sering disukai oleh pembaca buku ini. Siapa pula yang tidak suka apabila pasangan yang kita suka selama ini akhirnya bersatu dan berumah tangga?

Dan di dalam bilik mereka, kelihatan mereka masih lagi dalam keadaan tidur pulas dan berposisi berpelukan antara satu sama lain. Dalam 1 minit berlalu, salah seorang dari mereka mula bergerak dan tersedar dari tidur yang lena.

Gempa: Nggh...

Dan ia merupakan Gempa. Permaisuri yang bertahta di hati suaminya. Ketua bidadari buat suaminya di Syurga kelak. Gempa menggosok matanya berkali-kali menahan matanya dari terus terkatup. Dan Gempa mencelik. Dia ternampak wajah suaminya yang masih tidur dan memeluknya erat.

Gempa tersenyum. Jika hampir seminggu ini dia akan sedar dalam keadaan keseorangan, kali ini sudah tidak lagi. Dia sudah ada peneman hidupnya. Berkali-kali rasa syukur hadir dalam hatinya apabila dapat melihat wajah suaminya iaitu Halilintar dalam keadaan masih sihat dan mampu tersenyum untuknya.

Gempa mahu cuba melepaskan diri dari pelukan Hali untuk mencuci muka, namun dia tidak sengaja terbangunkan Hali dan membuatkan Hali tersedar dari tidurnya yang indah.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now