~29~

932 83 29
                                    

Sebaik sahaja Halilintar bersama Gempa pulang ke pejabat, 1 jam 30 minit pertama semuanya berada dalam keadaan seperti biasa. Sehinggalah...

BANG!!

Sofia: Hoi perempuan!

Dengan tiba-tiba Sofia menghentak meja kerja milik Gempa sehingga membuatkan si pemilik terkejut.

Tergagap-gagap Gempa membalas panggilan Sofia. Wajahnya sudah berpeluh dingin. Entah kenapa firasat dia rasai yang sebelum ini seperti bakal bermula tidak lama lagi.

Gempa: Y-ya cik?

Sofia: Mari sini kau!

Dengan tiba-tiba Sofia menarik tangan Gempa dan membawanya pergi jauh dari tempat kerja Gempa. Sebenarnya ada sebab kenapa Sofia bawa Gempa jauh. Sebab meja Gempa berdekatan dengan pejabat Hali, jadi takut kalau-kalau Hali terdengar kang hilang kerja minah Sofia tu. Pandai juga walaupun tak pandai.

Gempa: C-cik! Cik nak bawa saya ke mana ni?

Sofia: Engkau diam jelah!

Gempa tergugup mendengar setiap kata-kata kasar dari mulut Sofia. Sebelum ini tak pernah pun dia dengan kaum hawa berkata kasar sedemikian. Bertindak kasar apatah lagi. Oleh kerana Gempa sentiasa bersama kakaknya yang bijak memilih kawan, jadi Gempa tak pernah lalui perkara seperti ini.

Namun bila Gempa berdepan dengan situasi begini, apa perlu dia lakukan?
.
.
.
Di kawasan staf-staf yang ramai, Sofia menolak Gempa di tengah kawasan tersebut. Yang lain hanya memerhatikan mereka. Erin dan Fina turut berada di sana sambil memandang Gempa dengan sinis.

Staff yang memandang mula menghentikan tugas mereka dan memasang mata melihat adengan itu.

Sofia: Baik kau cakap dekat semua, kau kan yang bunuh Taufan?!

Gempa terkejut saat mendengar soalan itu. Kenapa isu arwah tiba-tiba ditarik balik ni?!

Gempa: T-tak! Bukan saya cik!

Erin berjalan mendekati mereka berdua.

Erin: Jangan nak tipulah! Dengar semua! Kalau korang nak tahu, Taufan dah meninggal disebabkan adik kembar dia. Dan dia ialah perempuan ni! (tunjuk ke arah Gempa)

Yang lain memandang Gempa dengan wajah yang terkejut. Benarkah?!
.
.
.
FLASHBACK

Dahulu, sewaktu Taufan bekerja di pejabat ini, suasana hari-hari para staff sungguh ceria. Taufan bagaikan bidadari penyeri kehidupan. Setiap hari, setiap masa, setiap jam, setiap minit dan setiap saat ada sahaja telatah Taufan.

Semakin lama semakin akrab 1 pejabat dan kesemuanya bersinar keceriaan.

Taufan: Korang~!!

Taufan menerpa masuk ke kawasan para staff yang sedang bekerja.

Fina: Ya Taufan? Amboi ceria semacam saja? Macam selalu.

Taufan: Hehehe~ eh, aku nak bagitahu korang semua sesuatu ni!

Sofia: Bagitahu sajalah. Ceria saja ni. Mesti ada apa-apa kan??

Taufan: Tehee~ sebenarnya, aku nak jemput korang ke majlis perkahwinan aku!

Fina: Eh? Kau nak kahwin dah?? Waahh! Tahniah! Kau nak kahwin dengan siapa?

Taufan: Ehee~ ////

Hali: Aku.

Tiba-tiba Hali datang dan menepuk bahu Taufan dari belakang. Yang mendengar terkejut dan teruja pada masa yang sama. Ada yang menepuk tangan sambil mengucapkan tahniah kepada mereka.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now