~47~

1.2K 82 19
                                    

Esok Pagi

Di awal pagi sang suria menjenguk dari celah langsir. Sinaran cahaya terus masuk ke dalam bilik dan berakhir di wajah seorang gadis yang berusia dalam lingkungan pertengahan 20-an.

Gadis itu mula terganggu kerana sinaran tersebut dan perlahan-lana dia mencelikkan matanya. Kelihatan iris gold bersinar terang di balik sinaran mentari. Sang gadis bangun dari tidurnya lalu duduk di atas katil.

Di bawah matanya kelihatan bengkak merah. Seperti malam tadi dia menangis tanpa henti.

???: Gempa..?

Sang gadis yang dipanggil Gempa melihat ke arah pintu yang didengari diketuk.

???: Aku ni, Ais. Kau dah bangun? Jom makan sarapan bersama ya?

Gempa hanya diam. Selang beberapa minit selepas Ais berlalu pergi, Gempa seolah sedar dari mimpi indahnya. Dia menoleh ke sisinya.

Kosong.

Gempa: ...Halilintar...masih belum pulang...

Dan seketika mata Gempa tiba-tiba dipenuhi dengan titisan air jernih lalu ia mengalir turun melalui pipi yang jatuh ke bawah. Gempa mula menangis setelah semalam berhenti seketika kerana tertidur di dalam tangisan.

Gempa: Sniff..isk...Ya Allah...Kau pertemukanlah kembali suami aku Ya Allah...isk...Halilintar...tolonglah kembali...isk..isk...

Gempa menangis dalam esakkan. Setiap aliran air mata merupakan air mata kerinduan dan kesedihan yang hanya Gempa sahaja tahu. Peritnya sungguh tidak terkata.

Manakan tidak? Selama Gempa bersedih hanya Hali yang berada di sisinya. Hanya Hali tahu kesedihan yang dipendam di dalam hati Gempa. Kadang-kala apabila Gempa sudah tidak larat untuk menyapu air matanya, Halilintarlah yang akan mengusap airmatanya. Hanya Halilintar yang setia bersamanya.

Gempa: Kenapa...? Kenapa baru saat ini aku sedar yang...aku betul-betul sukakan Halilintar...? Isk..hwaaaaaaaa...

Gempa melepaskan kesedihannya yang dia simpan seorang diri. Dia mengangkat lututnya di paras wajahnya lalu membenamkan wajahnya di kepala lutut tersebut. Sungguh perit rasanya menahan rindu orang yang dicintai yang kini sudah hilang di depan mata. Ditambah pula luka yang dahulunya yang masih belum sembuh.
.
.
.
Blaze: Macam mana?

Ais: Shhh! ...saya dengar dia sedang menangis...

Thorn: Habistu macam mana sekarang?

Ais: ...

Solar: Kita turun dan makan dulu. Gempa perlukan masa sekarang.

Blaze, Ais dan Thorn menanggukkan kepala mereka setuju. Mereka meninggalkan pintu bilik itu dengan berat hati. Walaupun mereka sangat ingin memujuk Gempa tapi sekurangnya mereka dapat berikan masa buat Gempa untuk bertenang.
.

.

.

15 minit berlalu. 2 pasangan itu hampir habis dengan sarapan mereka dan Gempa turun ke tingkat bawah dengan pakaian lengkap dan kemas.

Ais ternampak Gempa yang turun dengan cepat dan menghala ke arah mereka yang sedang makan.

Ais: Gem? Kau tak nak makan ke?

Gempa: Ah? Aaa...ya. Tapi sekejap saja. Saya kena cepat ke office ni.

Sol&Thorn: ...

Blaze: Akak, akak tak cuti ke?

Gempa: ...eh, takpe. Akak tak kisah. Umm...Thorn, tolong pass kan roti tu.

Thorn: Oh, nah. (berikan roti)

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now