Chapter 6 : Kemungkinan

2.2K 91 13
                                    


General Rama dan Dr. Ghazali bergerak menuju Mekdi Cyberaya..

Usai selesai urusan mereka di mekdi,mereka terus bergerak menuju M.A.T.A Medical Center. M.A.T.A Medical Center tidak terletak di bandar Cyberaya,ianya terletak disuatu pulau rahsia berdekatan dengan Akademi M.A.T.A yang hanya boleh diakses oleh ejen-ejen M.A.T.A sahaja.

Di M.A.T.A Medical Center..

Fikiran Ali masih ligat berfikir,mengapa dirinya tidak cedera parah apabila ditembak tempohari. Mungkin ada sesuatu yang aku tidak tahu. Dia cuma berharap ayahnya tidak marah apabila mengetahui dia tidak pulang ke rumah hampir 1 minggu setengah. Doktor masuk kedalam bilik Ali untuk memeriksa kondisinya..

Doktor : Ali...kejap lagi General dan seseorang akan datang..kamu kena jalani pemeriksaan sekarang..

Ali : Pemeriksaan kenapa Doktor? Kan saya dah makan ubat? Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?

Doktor : umm hmm saya ada kerja ni,nanti awak tanya General sendiri..saya minta diri dulu!

Setelah doktor keluar dari bilik wad Ali,General bersama seseorang tiba..

Ali : Aaa--ayah? (Ali membuat muka konpiusnya) tapi macam mana?

Dr. Ghazali : apa khabar,Ejen Ali?

Kelihatan riak muka Ali didalam keadaan risau. Adakah ayahnya sudah tahu yang dia berkhidmat untuk M.A.T.A? Pelbagai persoalan dilontarkan dalam kepalanya.

Dr. Ghazali pula dengan riak tenang.Dia menganggap semua itu adalah takdir tuhan.Cuma dia menyesal,dia tidak menjaga amanah yang ditinggalkan arwah isterinya iaitu "bila saya dah takde nanti,tolong jaga Ali sebaik mungkin.". Itulah pesanan terakhir ibu Ali sebelum terkorban dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya.

General Rama pula...tiada perasaan....hahaha..

Ali : eeehh kabar baik Ayah..macam mana ayah boleh tahu Ali kat sini?

Dr. Ghazali : sebelah kamu tu,kawan baik ayah haha...kamu ingat ayah tak perasan signal yang dikeluarkan IRIS masa dalam rumah?

Riak muka Ali semakin memaparkan pelik. Bagaimana ayahnya boleh tahu yang ---

General Rama : Dey! Ayah kamu inilah pencipta IRIS! Dia adalah bekas ejen M.A.T.A berteraskan Tekno,sama seperti kamu. Sudah,kita tiada masa untuk berbual,kamu perlu dibedah dengan segera!

Sedang sinetron versi Ejen sedang berjalan,Alicia masuk kedalam bilik Ali..

Ali : aik? kan saya dah makan ubat,kenapa kena bedah pulak?

Dr. Ghazali : nanti lepas kamu dibedah,General akan cerita semua..sekarang mari ikut ayah ke bilik bedah,doktor sudah tunggu disana..

Ali,masih dengan wajah yang penuh persoalan,mengangguk faham lalu turun dari katil dan terjatuh. Keadaan fizikal Ali yang masih belum sembuh,ditambah lagi tak makan seminggu menyebabkan dia tiada tenaga. Apakan daya,doktor melarangnya daripada menjamah apa-apa sebelum pembedahan.

General Rama : eh maaf saya lupa nak bagitau yang kamu tiada tenaga untuk berjalan--biar saya ----

Alicia : biar saya yang tolak Ali. Ali,sini duduk atas kerusi roda ni,biar aku yang tolak kau.

Ali menggangguk lalu tersenyum. Kesemua mereka bergerak menuju bilik doktor.Tapi..hanya tinggal 1 masalah...

Tiba di bilik doktor..Doktor telah mengesahkan bahawa Dr. Ghazali boleh menderma sedikit daripada bahagian hatinya kepada Ali. Doktor juga tidak memberikan 100% yang pembedahan ini akan berjaya kerana ianya kes 1 dalam seribu dan pertama kali berlaku di Cyberaya. Hanya 40% jaminan yang pembedahan ini akan berjaya. Dengan berlafazkan Bismillah,Dr. Ghazali menandatangai borang pembedahan.

Mr Agent & Mrs AgentWhere stories live. Discover now