Chapter 13 : Surprise

1.9K 77 78
                                    

TIBA-TIBA--------------------------------

Lampu didalam Makmal Tekno tersebut terpadam.Ali yang sedang tadi sakit dikepalanya,hilang terus saat IRIS menunjukkan

Upgrade successful.
IRIS MITO Firmware installed.
Restarting IRIS..

Setelah itu,Ali sudah mempunyai kekuatan untuk bercakap setelah IRIS "reboot".

"Err Ejen Geetha,kenapa lampu semua terpadam?", Ali bertanya.

Walaupun dalam keadaan gelap,Ali masih boleh melihat Ejen Geetha berada dikomputernya menggunakan night vision.Tapi satu yang mencuri perhatian,----- Dimana General Rama?

"Saya sedang cuba mengesan punca,Ali,jangan terlalu stres,kamu baru sahaja menjalani upgrade process dan jika kamu terlalu stres,kesihatan kamu mungkin terjejas",terang Ejen Geetha.

"Tak,tak mungkin! Sistem kita diceroboh,CCTV menunjukkan ada sesuatu yang sedang bergerak menuju kesi--------"

Tiba-tiba pintu makmal tersebut ditolak kasar oleh seseorang. Ali yang telah berada di posisi "Protokol Kubu" bertanya.

"Siapa kamu?! Apa kamu nak?"

"Saya mahu..IRIS", jawab ????

Datang seorang yang lain lalu menyerang Ali...

Perlawanan diantara mereka sangat sengit. Ali menggunakan kuasa IRIS yang baru dan menggunakan yoyonya sementara pihak lawan menggunakan gelang untuk dicampakkan ke tangan Ali.

"Macam pernah tengok gelang tu..tapi kat mana eh?", Gumam Ali dalam hati.

Perlawanan tersebut menunjukkan tiada tanda ia akan berakhir dalam tempoh masa yang singkat. Lalu Ali mengaktifkan aerobootnya dan memberi flying kick kepada pihak lawannya..

Pihak lawannya jatuh terduduk dan kedengaran dia berkata..

"Cukup!"

Dan tiba-tiba lampu terbuka dengan sendiri dan kedengaran...

"SELAMAT HARI JADI,ALI!!"

Kelihatan semua Ejen Muda dan Mentor disitu. Orang yang Ali tanya tadi mendedahkan dirinya,..Ali baru teringat yang harini adalah hari lahirnya! 8 April! Ali melihat orang yang telah dibelasahnya dan terkejut...

"RUDY?!"

Ali memandang pula kearah orang yang meminta IRIS tadi lantas terkejut buat kali kedua.

"G--general?", Ali terkejut. Bagaimana General boleh tahu tarikh lahirnya? Ini mesti kerja...ALICIA!

"Selamat Hari Jadi,Ali", ucap General Rama sambil memegang kek.

"Ali apa lagi tiup la kek tu!", Moon teruja.

"Haah cepat² aku dah lapar ni", Bulat pula yang kelaparan.

---------------------Flashback-----------------------

Alicia dan Iman duduk di salah satu meja di Cafe M.A.T.A. dan Alicia terpandang kek yang dijual oleh Kak Temah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Iman,tarikh harini berapa?" Alicia bertanya.

"Kejap. Harini 8 April,kenapa?" Iman membalas.

"Ha! Betullah! Harini harijadi dia! Patut la aku rasa macam ada yang tak kena!", Alicia berkata.

"Ermm..harijadi siapa?"

"Ali", jawab Alicia.

Didalam fikiran Alicia,dia ada plan untuk surprise Ali. Dengan pantas telefon dicapai dan nama General Rama pantas ditekan lalu dicall.

Mr Agent & Mrs AgentDonde viven las historias. Descúbrelo ahora