Chapter 23 : Lamaran

2.3K 81 104
                                    

🎶Cintaku bukan diatas kertas🎶
🎶Cintaku getaran yang sama🎶
🎶Tak perlu dicari,tak perlu dipaksa🎶
🎶Kerna ku yakin ada jawabnya🎶

🎶Andai ku mampu ubah semua🎶
🎶Hingga tiada orang terluka🎶
🎶Tapi tak mungkin,ku tak berdaya🎶
🎶Hanya yakin menunggu......... jawabnya🎶


*********************************

Sesudah Ali dan Alicia menjamu selera direstoran itu,pasangan tidak "rasmi" tersebut berjalan menuju ke Cyberaya Mall yang hanya terletak bersebelahan restoran tersebut.

Jam yang terletak di Menara Cyberaya berdetik menandakan 9 malam sudah  tiba. Menara Cyberaya adalah kawasan popular bagi "PBNU" yang bermaksud "Pasangan Baru Nak Up".

Sebaik sahaja mereka memasuki "enterance" mall tersebut,angin sejuk menyelebungi kedua-duanya.

"Sejuknya!", rungut Alicia apabila angin penghawa dingin menyentuh tubuhnya.

"Nah sini pakai jacket aku,nanti kau demam siapa yang kena marah? Aku jugak", kata Ali sambil menyarungkan jaket miliknya ke tubuh badan Alicia.

"Terima kasih", hanya dua patah perkataan dibalas Alicia.

"So now,apa plan?", tanya Ali. Alicia mengangkat bahunya menandakan tidak tahu. Sebenarnya Ali mahu dating dengan Alicia. Dia mahu memanfaatkan malam yang tidak disangka itu. Ditariknya tangan Alicia menuju ke sebuah escalator.

"Kita nak pergi mana ni,Ali?", tanya Alicia.

"Adalah,kau ikut je", Ali membalas.

Ali menarik tangan Alicia memasuki sebuah kedai emas. Dia mempunyai sebuah rancangan yang tak diduga.

"Ali,kenapa kau masuk kedai ni", tanya Alicia,hairan dengan sikap Ali.

"Aku nak beli ayam goreng,ada jual ke kak?", Ali membuat gaya sindiran kepada Alicia. Alicia mencebikkan mukanya tanda marah. Dengan pantas Ali memujuk Alicia kembali.

"Sorry Alicia,sebenarnya aku nak minta tolong kau,aku nak belikan best friend aku cincin dan rantai emas. Kau tolong pilihkan untuk dia?", Ali bertanya.

"Bestfriend? Kau ada kawan selain rakan akademi kita ke?", tanya Alicia lagi.

"Tak semua rahsia kena diceritakan."

"Tapi kalau aku pilihkan ni,muat ke dekat dia?", Alicia risau jika pilihan yang dibuatnya itu tidak sesuai dengan penerima hadiah ini.

"Ala kau ni pilih je la,aku yakin muat punya!", Ali tahu cincin dan rantai itu akan muat pada penerimanya nanti.

Alicia memilih sebuah cincin yang bersalutkan emas. Berharga RM310. Dia menunjukkan pilihannya kepada Ali.

"Ali,yang ni?", tanya Alicia.

"Berapa?"

"RM310"

"Taknak lah,tak layak untuk orang yang aku nak hadiahkan nanti. Pilih yang kat hujung itu dan make sure harganya adalah melebihi RM50,000", Ali mengarahkan Alicia untuk memilih cincin yang sangat mahal.

"Mahal kot,sebenarnya kau nak bagi siapa?", Alicia pelik dengan sikap Ali tersebut. Selalunya dialah orang yang paling berjimat cermat!

"Adalah,cepat pilih,nanti nak beli phone kau pulak", Ali meminta Alicia untuk meneruskan mencari cincin tersebut.

Alicia memilih sebuah cincin yang bertatahkan berlian merah bercampur biru. Tanda harga menunjukkan ianya berharga RM75,000. Ditulis disitu juga hanya terdapat 1 bentuk cincin itu sahaja didunia ini.

Mr Agent & Mrs AgentWhere stories live. Discover now