Chapter 26 : Pengkhianatan

2.4K 69 26
                                    

Khai keluar daripada biliknya lalu terus mencapai kunci keretanya. Kereta tersebut merupakan hadiah daripada arwah bapanya yang meninggal 14 tahun dahulu.

Kereta model Toyota Camry 2.4 Executive ditenung Khai. Tersenyum tersendirian apabila Khai mengingati tujuan utama dia membeli kereta tersebut. Tanpa membuang masa, dia memasuki tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin kereta.

"Vroom, Vroom"

Kereta Khai terus bergerak laju menuju ke destinasi yang hanya dia seorang ketahui.

***************************************************************

Sesudah tamatnya Majlis Perkahwinan Ali dan Alicia, kedua-dua mereka dibawa ke sebuah lokasi untuk mengambil gambar perkahwinan atau "photoshooting". Antara lokasi yang ditujui adalah Pantai Cyberaya dan Hutan Teknologi Cyberaya. Terdapat satu kejadian memalukan semasa kedua-dua pengantin sedang mengambil gambar iaitu semasa di Hutan Teknologi Cyberaya.

"Nanti,kamu berdua berdiri di belakang pokok tu" , arah seorang jurugambar kepada Ali dan Alicia.

"Baik!", jawab kedua-duanya serentak.

Ali dan Alicia berdiri dihadapan pokok yang dimaksudkan dan melakukan pelbagai gaya namun kesemua gaya yang dilakukan mereka tidak sepadan. Setiap butir klik yang ditekan oleh jurugambar terbabit diakhiri dengan aksi pergaduhan mereka berdua. Sesekali itu Alicia merenung tajam terhadap Ali kerana merosakkan gambar perkahwinan mereka. Sudah lah persandingan ini sekali seumur hidup, Ali pula merosakkan segalanya!

"Macam mana la kamu berdua ini boleh bersama? Sedangkan nak ambil gambar pun asyik bergaduh, macam mana pula nanti masa sudah sebumbung? Sudah, duduk sahaja atas bangku itu." , bebel jurugambar terbabit kepada Ali dan Alicia. Tersipu-sipu malu mereka berdua apabila mendengar "pujian" jurugambar tersebut walaupun itu bukanlah tujuan utama jurugambar itu membebel.

"Klik.."

"Klik....."

Jurugambar itu membelek skrin yang berada di kameranya dan berpuas hati dengan hasil tangkapannya.

"Okay sudah. Kamu berdua boleh pulang. Saya akan hubungi Encik Ali setelah gambar-gambar ini telah siap sedia dicetak.

"Okay, terima kasih ya!", jawab Ali.

Alicia sudah sedia dengan muka masamnya, menambahkan lagi kemasaman mukanya dan membuat isyarat agar Ali menyegerakan urusannya.

*************************************************************************************

Pada malam itu, Ali keluar kearah balkoni yang dibina khas oleh kontraktornya untuk membolehkan seisi keluarnya melihat pemandangan Cyberaya yang indah nan permai. Pemandangan dari dari Taman Cybermas Perdana tersebut amat memukau sesiapa sahaja yang memiliki kediaman disitu. Padanlah hanya sesiapa sahaja yang berkaitan dengan peneraju utama Cyberaya sahaja dibenarkan untuk membeli kediaman disitu. Tetapi, pemandangan itu tidaklah seindah semasa saat dia menyarungkan sebutir cincin kedalam jari Alicia. Kadang-kala, terselit turut gusar dihatinya apabila terkenangkan ancaman yang diterimanya 25 tahun dahulu lepas, semasa dia terserempak dengan penyerang yang telah membuatkan didalam badannya tertanam sebuah alatan elektronik bagi dia membolehkan dia meneruskan kehidupan dan menghirup udara dimuka bumi ini.

FLASHBACK 25 TAHUN DAHULU

"Serahkan I.R.I.S sekarang atau terima akibatnya.", kata penyerang terbabit.

" Tidak, aku takkan serahkan IRIS ini! Apa yang kau nak lakukan dengan IRIS ni hah?!", bentak Ali. Dia tahu sekiranya dia menyerahkan IRIS kepada Uno, Cyberaya dan khususnya M.A.T.A. akan berada didalam bahaya! Dia tidak akan sesekali mempertaruhkan nasib Cyberaya atau lebih tepatnya agensi yang sedang dia berkerja kepada Uno. Dia tahu sejarah Uno dan kehendak Uno.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr Agent & Mrs AgentWhere stories live. Discover now