Chapter 9 : Takdir

2K 77 28
                                    

"A--aapa? Ali sudah dapat aktifkan phase 2?". Ejen Geetha terkejut. Dia tidak menyangka yang Ali sudah boleh mengaktifkan Phase 2 seawal ini. Dia perlu mengawal sistem M.A.T.A daripada terus diceroboh IRIS.

"Ya, Geetha,saya mahu Protokol Tutup diaktifkan. Saya akan hubungi kamu nanti." General Rama memberi arahan kepada Ejen Geetha. Protokol Tutup adalah tindakan supaya Sistem Utama M.A.T.A dan Sistem Pertahanan M.A.T.A dikunci/ditutup dan hanya boleh diakses oleh Ketua-ketua teras dan General Rama,dengan hanya menggunakan komputer di Section A4-M di HQ M.A.T.A . Ini memyebabkan jika M.A.T.A diserang, hanya komputer di HQ dapat mengesannya. Mereka terpaksa mengambil risiko ini bagi mengelakkan IRIS menceroboh satellite M.A.T.A semula.

"Baik General,Protokol Tutup telah diaktifkan. Saya akan menunggu General di HQ." kata Ejen Geetha.

Panggilan telefon diletakkan.

1 ½ jam selepas Ali mengaktifkan Phase 2,keadaan Ali sudah stabil sekarang tapi dia masih belum sedar akibat ubat penenang yang telah disuntik doktor.

"General,tak sangka kuasa IRIS sangat kuat, sehinggakan boleh mengambilalih satellite". Alicia sedang Cuba berborak dengan General,bagi mengurangkan kegusaranya.

"Itulah,papa jugak tak sangka kuasa IRIS sehebat ini,kamu perlu membantu Ali bagi melatih dia menstabilkan dengan M.I.T.O bersama I.R.I.S." balas General Rama

"Sekarang,kita perlu mengawasi Ali dengan lebih dekat dan terkawal. Papa,Ali jadi ke masuk Akademi?" Alicia menanya General.

"Ya,dia sudah tiada tempat lain lagi. Papa juga kamu masuk semula Dan tinggal di Akademi,dengan cara ini kamu dapat memerhatikan Ali setiap hari,papa juga tidak sempat untuk ke Akademi tiap² Hari,kamu jadi "General Rama Junior" bagi Ali boleh?", General Rama tersenyum.

Alicia tergelak sebaik sahaja mendengar gelaran General Rama Junior. Dia menganggukkan kepalanya.

"Boleh Papa,dengan syarat,Ali mestilah berkumpulan dengan saya setiap masa" request Alicia

"Saya akan uruskan perkara tersebut,Alicia,kamu temankan Ali,papa mahu ke HQ untuk bincang dengan Geetha. Nanti papa datang semula. Jaga diri,bye!" General Rama bangun dan terus bergerak ke pintu keluar pusat perubatan itu.

Tanpa mereka sedari---Ali telah sedar dari tidurnya dan telah mendengar setiap butir perbualan General Rama bersama Alicia.Ali masih belum dapat menerima hakikat yang Dr. Ghazali...sudah meninggalkan dia. Dia sudah tiada tempat bergantung lagi. Dia cuma mengharapkan ayahnya berada di tempat orang-orang beriman. Dia mahu pengebumian Dr Ghazali disaksikan dirinya sendiri.

Selain dari itu,ada satu lagi perkara yang menjadi beban dikepalanya,dia mesti tinggal di asrama? Bagaimana keadaanya di asrama Akademi nanti?itu yang dirisaukan dirinya kerana sebelum ini setiap keperluanya telah disediakan oleh Dr. Ghazali.Dia perlu mula belajar cara berdikari.

Headquarters M.A.T.A....

General Rama tiba di HQ M.A.T.A,terus menuju ke Pejabat Tekno bagi berjumpa dengan Ejen Geetha.

"Ejen Geetha, sekarang ini apa yang perlu kita lakukan?" General Rama bertanya kepada Ejen Geetha.

"Berkenaan Ali..saya sudah mengumpul maklumat berkenaan MITO Dan IRIS,Kita boleh memulakan latihan mengawalnya sejurus Ali keluar dari hospital." terang Ejen Geetha.

"Hmm..Baiklah,berkenaan sistem M.A.T.A pula?" General bertanya lagi.

"Saya sedang membangunkan satu sistem khas untuk IRIS,saya akan berikan General detailnya setelah sistem tersebut siap. Sistem ini saya Dan Jenny yang ciptakan. Telah 69% siap,General",kata Ejen Geetha.

Mr Agent & Mrs AgentWo Geschichten leben. Entdecke jetzt