Chapter 8 : Cabaran

2K 86 14
                                    

Hai semua reader,saya baru tukar cover ff ni😂yang ni mungkin lebih cantik sikit dari yang sebelumnya!

Okeh jom sambung!

Pembedahan kedua Ali telah mengambil masa hingga 14 jam. Hasilnya adalah,pembedahan tersebut berjaya. Seluruh warga M.A.T.A bersyukur kerana Ali masih dapat bernafas dimuka bumi ini. Cuma ada satu cabaran--- bagaimana mahu melatih Ali men"sync" M.I.T.O bersama IRIS. Kekuatan dan kuasa IRIS sekarang terletak di jantungnya--yang mengawal segala sistem IRIS.

Sementara itu...di markas Numeros..

Uno masih tidak berganjak dari kerusi empuknya---memikirkan cara bagaimana mahu meneruskan rancanganya mengambil alih M.A.T.A
Datang ??? kepada Uno..

"Nampaknya,budak IRIS haritu selamat.Jantung dia rosak,MATA ganti dengan MITO,alat yang baru tu", kata ???

"Mana kau tahu semua ni?Kalau betul,MITO kalau digabungkan dengan IRIS Mode Override Phase 2,budak tu sudah menjadi supercomputer di dalam dunia! Seluruh peralatan tentera boleh dilancarkan! Nampaknya aku kena ubah rancangan..", Uno smirk. Di dalam kepalanya terlintas satu idea jahat. Dia tersenyum sendirian.

??? gumam didalam hatinya,apahal dengan Uno? Nampaknya macam dia ada rancangan lain.

Headquarters M.A.T.A..

"Sekarang MITO sudah digunakan,kita mesti memberi perlindungan lebih kepada Ali. Sekarang ini,Ali sudah menjadi supercomputer manusia. Selain itu,IRIS perlu dipakai sentiasa untuk memastikan alat tersebut berfungsi. Projek MITO sebenarnya sudah dihentikan 20 tahun yang lepas kerana kebolehanya kuasanya yang tidak diketahui. Jika IRIS Override digunapakai bersama MITO,Ali sudah boleh mengawal seluruh sistem pertahanan didalam dunia." terang General Rama kepada tiga ejen dihadapannya.

"Baik General,kami juga mahu menerangkan sesuatu,Ejen Geetha?" Ejen Leon meminta Ejen Geetha menerangkan apa yang mereka jumpa disebalik file IRIS.

"General,kami sudah men"scan" file IRIS,kami menjumpai satu mode baharu,yang tidak pernah diaktifkan,iaitu Override Mode Phase 2,bila saya cuba untuk mengujinya,ia memberi error seakan-akan memerlukan alat lain untuk mengaktifkannya.", terang Ejen Geetha.

"Betul,alat tersebut adalah MITO. Dengan MITO, sekarang Ali sudah boleh mengaktifkan Phase 2. Kita mesti memberikannya latihan untuk menguasai IRIS dan MITO sebaiknya.Selain itu,tentang Dr. Ghazali,Ali sudah tiada tempat bergantung sekarang,dan M.A.T.A bertanggungjawab untuk menyediakan fasiliti terbaik bagi Ali. Ketua-ketua teras sudah bersepakat untuk menawarkan Ali untuk masuk ke Akademi Latihan M.A.T.A Dan tinggal di asrama yang disediakan. Itu sahaja pilihan yang Kita Ada sekarang. Jika Ali di Akademi,kita juga boleh mengawasinya dengan lebih dekat dan terkawal", General Rama menerangkan apa yang telah diberitahu oleh ketua teras tadi.

Ketiga-tiga mentor tersebut mengangguk setuju. Ejen Bakar kelihatan masih muram dengan pemergian Dr. Ghazali,walaupun mereka tidak seakrab 6 tahun lepas,sebelum kakaknya,iaitu Ibu Ali meninggalkan dia. Setelah kejadian tersebut, hubungan mereka semakin keruh.

"Akhir sekali,saya akan uruskan urusan pengebumian Dr. Ghazali dan membuat sidang media terhadapnya,saya perlukan Ejen Bakar untuk tugas ini. Ejen Bakar,sila ke Pejabat saya selepas ini.Terima kasih semua." ucap General Rama.

Ejen Bakar bergerak menuju ke Pejabat General Rama manakala Ejen Leon dan Ejen Geetha menuju ke Pejabat teras masing-masing untuk meneruskan urusan yang tertangguh.

M.A.T.A Medical Center..~

Setelah 14 jam bertarung nyawa,akhirnya Ali sedar dan benda yang dilihatnya buat kali pertama selepas pembedahan ini adalah..

Mr Agent & Mrs AgentWhere stories live. Discover now