Chapter 17 : Akademi

1.6K 79 23
                                    

Akademi  M.A.T.A

Semua Ejen Muda dikumpulkan di arena. Ejen Leon dan Ejen Karya sedang menunggu disana.

"Baiklah,harini kita akan menjalankan latihan berkumpulan walaupun Kita telah kehilangan seorang ejen dari teras Tekno.", ujar Ejen Leon.

"Habis tu,kito doh kekurangan ejen,macamana ni", Chris bertanya dalam dialog kelantanese dia.

"Betul tu,macam Mana kita nak jalankan latihan berkumpulan sedangkan kita tak cukup ahli kumpulan?", Roza pula bertanya.

Rudy,yang muram sahaja wajahnya,hatinya berbisik

"Kalaulah aku tak buat Ali macamtu,mesti dia ada kat sini lagi..Ali rindu kau Ali..a-aku menyesal..akan aku pastikan Alicia takkan dapat rampas kau!"

Alicia pula,masih teringat kata-kata Ali yang terakhir,lantas dia berbisik

"Ali..kalaulah haritu aku sempat luahkan perasaan dekat kau..aku rindu kau,aku rindu dengan perangai kau yang kebudak-budakan tu.."

"Ya betul,tapi kita boleh menjalankan latihan berkumpulan secara 3 orang, baiklah,jangan buang masa,sila pilih ahli pasukan kamu sekarang", Ejen Leon mengarahkan.

Semua ejen sedang kelam kabut memilih rakan sepasukan,Alicia memilih Iman,Rudy memilih Jet dan Khai memilih Chris.

"Baiklah,semua telah ada pasukan? Mari mulakan latihan!", Ejen Geetha dan Ejen Leon lantas bergerak ke tempat latihan dijalankan. Latihan mereka berjalan seperti yang dirancangkan,walaupun....dengan ketiadaan Ali...

M.A.T.A Headquarters

Ejen Bakar berada didalam pejabat General...sedang menanti General... Secara tiba-tiba screen dihadapan Ejen Bakar terpampang hologram General.

"Bakar..jadi kamu sudah ada rancangan untuk Ali?"

"Ya General,saya dan Ali akan duduk sekali supaya saya sendiri boleh melatih dia untuk mengawal MITO bersama IRIS.", balas Ejen Bakar.

"Kamu akan membeli rumah baru juga kan? Kamu memerlukan apa-apa bantuan untuk pemindahan dari rumah lama?", General bertanya

"Saya rasa..tidak perlu sebab ada robot M.A.T.A yang telah membantu untuk saya berpindah kerumah baru."

"Baiklah kalau begitu,saya minta diri dulu,selamat tinggal", General meminta diri untuk beredar.

Ejen Bakar keluar dari Pejabat General dan merancang untuk menjemput Ali di rumah lamanya...

Rumah Dr. Ghazali

Ali sedang mengemas barang²nya sebagai persiapan untuk berpindah ke rumah barunya---yang akan diduduki oleh Uncle Bakar dan dia sendiri.Uncle Bakar telah menghubungi dia agar bersiap cepat kerana mereka perlu tiba di kediaman baharu sebelum matahari tenggelam.

Bilik Dr. Ghazali,sudah kosong,perabot² telah dipindahkan ke kediaman baharu semalam,sama seperti bilik-bilik lain,kosong,yang tinggal..hanya kenangan Ali bersama Dr. Ghazali dan ibunya...

"PON! PON!"

Kedengaran bunyi hon diluar,Ali segera mematikan lamunanya dan menjenguk kearah tingkap. Uncle Bakar kelihatan keluar dari kenderaannya.

"Ish Uncle ni,orang belum siap kemas lagi dia dah sampai!", rungut Ali.

Ali sedang mengemaskan buku-bukunya,dan tiba-tiba,terjatuh satu gambar yang Khai pernah hadiahkan untuk dia.

Ali sedang mengemaskan buku-bukunya,dan tiba-tiba,terjatuh satu gambar yang Khai pernah hadiahkan untuk dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr Agent & Mrs AgentWhere stories live. Discover now