Chapter 25 : Persandingan

2.2K 78 65
                                    

M.A.T.A masih lagi sedang mencari punca dan dalang disebalik serangan kepada Ejen Ali dan Ejen Alicia semasa mereka di Cyberaya Wedding Festival. Mereka masih mengesyaki bahwa dalang disebalik semua ini adalah Uno dan kuncu-kuncunya tetapi masih lagi tidak dapat disahkan. Ketua-ketua teras tidak senang duduk apabila rancangan Uno untuk menggunakan IRIS bagi memusnahkan M.A.T.A. Kesemua mereka sebulat suara untuk meneruskan misi rahsia ini setelah Ali dan Alicia mendirikan masjid a.k.a menikah.

Sejak kejadian tempoh hari, Ali dan Alicia tidak dibenarkan untuk berada di khalayak ramai demi mengelakkan insiden tersebut berulang lagi. Kelengkapan mereka kesemuanya diuruskan oleh Uncle Bakar dan General Rama. Mereka berdua perlu berada di rumah sepanjang masa walaupun itu adalah perkara paling yang ingin dielakkan Ali dan Alicia. 

********************************

"Sekebun cinta nan berbunga,teguh berdiri nan berduri", Ali menyanyikan bait-bait lagu Anggapanmu nyanyian Ziana Zain itu. Pada hari itu adalah hari yang paling menggembirakan buat dirinya kerana keesokkan harinya dia dan Alicia akan bernikah. Dia mahu ke Akademi M.A.T.A bagi menjemput kesemua rakan ejennya.

"Uncle! Saya gerak pergi akademi dulu ya! Assalamualaikum!", jerit Ali dari ruang tamu. Pada ketika itu Uncle Bakar sedang melayari internet bagi menyiapkan segala kelengkapan perkahwinan Ali. Disebabkan Ali merupakan anak sulung kepada Dr. Ghazali yang merupakan meneraju utama Cyberaya, pelbagai media mahu menyiarkan majlis perkahwinan tersebut secara langsung atau "Live" di kaca TV.Media-media ini perlu mendapatkan persetujuan Uncle Bakar bagi menyiarkan majlis tersebut secara live. Selain itu pelbagai orang kenamaan seperti Perdana Menteri dan penyanyi, Datuk Siti No Hal dan Jana Jein serta Wan Rita turut berjanji akan menghadiri bagi memeriahkan majlis raja sehari tersebut.

"Baiklah Ali,jaga diri baik-baik! Kirim salam kat Ejen Geetha tau!", balas Uncle Bakar.

"Ye lah! Bye!", kata Ali sambil menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari halaman rumah tersebut.

Tanpa dia sedar, ada mata dari jauh sedang memerhatikan gerak-gerinya. Mata yang sangat tidak berpuas hati kepada dirinya.

"Tunggu kau!. Dah lama aku sabar dengan kau, kau akan terima balasannya nanti!"

***********************************

Akademi M.A.T.A

Mata Ali melilau mencari kelibat rakan-rakan akademinya di ruang legar akademi itu namun tiada seorang pun yang dia lihat. Ali berasa pelik, sepatutnya pada waktu begini kesemua mereka akan duduk melepak di ruang utama itu.

"Ah, diorang takde pulak, aku whatsapp je la dalam group", bebel Ali sendirian.

Ali berniat untuk pulang semula kerumah, namun niatnya terbantut apabila melihat R-O disisinya. R-O seakan-akan mahu memberitahu Ali sesuatu.

"Khaiii.... Khai", bunyi R-O.

"Apa dia R-O? Kau nampak Khai tak?", balas Ali, hairan dengan tindakan R-O itu.

R-O memberi isyarat supaya Ali mengikutnya menuju sesuatu tempat.
Ali turut mengikut jejak R-O.

R-O membawa Ali kedalam sebuah bilik aktiviti Tekno. Sudah lama Ali tidak menjejakkan kaki kesitu, kenangan kembali menerjah memori Ali sewaktu dia masih lagi Ejen Muda dahulu. Kalau tidak disebabkan Rudy, sudah pasti dia boleh graduasi di Akademi M.A.T.A dengan rakan-rakannya yang lain. Namun dia harus menerima apa yang telah ditakdirkan untuk dirinya.

Sebaik sahaja Ali menoleh kedalam bilik tersebut, pintunya secara automatik tertutup dengan sendiri. R-O pula terus hilang entah kemana. Puas dia menekan butang membuka pintu tersebut malangnya butang itu seakan-akan tidak berfungsi.

Mr Agent & Mrs AgentWhere stories live. Discover now