Chapter 20 : Masa Depan

1.7K 79 46
                                    

Setelah 10 tahun peristiwa tersebut berterbangan melayang di memori,kini Alicia dan Ali telah masing-masing menginjak ke umur 21 tahun,kedua-duanya juga adalah masih single. Ali,dengan ketinggiannya telah meningkat hanya sebanyak 10cm dan badannya semakin gagah ataupun orang panggil "sado",ramai gadis cuba mendampingi dirinya. Namun terpaksa ditolak demi melindungi cintanya kepada Ejen Neuro tersebut.

Alicia,semakin hari semakin cantik jelita,membuatkan ramai jejaka tampan cuba untuk mendekati dirinya,dan ya,jawapannya sama seperti Ali,terpaksa ditolak demi melindungi cintanya kepada Ejen Tekno tersebut. Pernah sekali Ejen Khai cuba mengurat Alicia,tau apa yang Khai dapat? Benjolan di pipi kiri akibat tamparan Alicia.Hahahaha.

Hari ini juga tepatlah 10 tahun Alicia dan Ali tidak bertemu sejak Ali lari dari Akademi M.A.T.A. Sejak dari hari itu,Ali tinggal bersama Ejen Bakar dan kebolehan dia menguasai MITO bersama IRIS sudah mencecah tahap maksimum. Bermakna Ali sudah boleh mengawal sepenuhnya seluruh sistem tentera di bumi ini.

********************************

"Aliiiii,bangun! Nanti kau lambat untuk registration!", Ejen Bakar melaung daripada bawah. Anak saudaranya masih belum bangun dari tidur,nanti kalau lambat untuk pendaftaran universiti,habis!.

"Aaaapaaa uncleeeeee saya nak tidur...mengantukk huarghhh", Ali masih menguap. Walaupun usia sudah menjejak 20-an,perangai lamanya masih tidak berubah. Macam ni nak kahwin dengan orang berdisiplin macam Alicia? Jangan mimpi!.

Ali melihat jam berwarna kuning yang terletak diatas mejanya,terbeliak mata apabila angka jam hampir menunjukkan pukul 8 pagi. Dia perlu sampai sebelum pukul sepuluh pagi!

"Alamak!!!Dah pukul 8! Uncleeee kenapa tak kejut saya!", Ali tergopoh gapah turun dari katil dan terus masuk kedalam bilik air untuk menyiapkan dirinya. Dia perlu cepat!

Ali mengenakan pakaian tuxedo berwarna hitam dan bertali leher merah. Itulah peraturannya apabila mendaftar di salah satu universiti terkemuka Cyberaya. Universiti golongan elit sahaja. Ali turut termasuk dalam golongan tersebut.

"Ali,cepat sarapan,uncle dah masak ni. Sejak Uncle Bakar tinggal bersama Ali,kebolehan dia untuk memasak sudah boleh mengalahkan chef dunia! Mungkin Ali sudah menurunkan ilmu memasak yang diturunkan Arwah Dr. Ghazali kepadanya dulu.

Apabila Ali menuruni tangga,bau makanan yang amat sedap dan lazat telah memenuhi rongga hidung. Ali duduk dimeja dan melihat ada 7 jenis makanan yang disediakan dalam kuantiti berlebihan. Atau banyak!

"Err uncle kenapa masak banyak sangat? kan kita dua je dalam rumah ni,comot bukan nak makan pun,anyway masakan uncle seriously sedap!", Ali hairan mengapa Uncle Bakar masak macam ada tetamu nak datang.

"aah,memang ada orang pun nak datang", Uncle Bakar menjawab.

"Siapa yang nak datang uncle?" Ali masih lagi bertanya.

"Ala..nanti kau taula,sebenarnya.." Belum sempat dia mahu meneruskan jawapan kepada soalan Ali ..

"TING---TONG---"

"Haa tu dah sampai,biar uncle bukak pintu,kau tunggu sini"

Uncle Bakar membuka pintu dan muncullah 3 orang yang amat dikenalinya..yang telah dianggap sebagai keluarga oleh Ali..

"Mentor?!", Ali terkejut apabila melihat Ejen Leon,Ejen Karya,Ejen Geetha dan General Rama berada disitu. Dia berasa agak kaget sebenarnya. Apanya tidak,sudah 10 tahun dia sudah tidak bertemu dengan insan-insan dihadapannya itu kecuali General Rama. General Ramalah yang banyak membantu Ali dalam proses meningkatkan kebolehannya untuk menguasai IRIS bersama MITO.

Mr Agent & Mrs AgentWhere stories live. Discover now