Chapter 12 : System Upgrade 2

1.7K 71 15
                                    

        Duhai malam tiada bintang
        Menghiasi taman hati ini
        Hanya aku sendirian
        Tak berteman keseorangan

        Kekasihku hanya aku
        Yang memuja sisa cinta ini
        Seandainya, ombak laut surut lagi
        Aku pergi

Sedang Iman dan Alicia sedang berjalan menuju kafe,tidak lekang dari bibir Alicia menyanyikan bait-bait lagu diatas, Kau Kekasihku nyanyian Siti Nurhaliza.Iman yang perasan tentang keadaan itu lantas bertanya kepada Alicia.

"Alicia,awak okay ke tak ni? Saya nampak awak macam ada problem something la. Share la dengan saya..manatau saya boleh tolong apa²..", Iman yang risau tentang keadaan Alicia lantas bertanya.

"Aku okay je.Takde papelah..", kata Alicia. Dia ingin mengurangkan kegusaran dihati rakannya itu.

"Betul ke? Saya nampak awak jadi macam ni lepas awak baca buku tadi. Saya yakin ini ada kaitan dengan Ali kan?" Iman guessing.

Alicia sedar Iman mungkin telah mengetahui isi hatinya.

"Eh takdelah,jom,kita makan dulu,aku dah lapar ni,nanti aku cerita", kata Alicia sambil menarik tangan Iman dengan tujuan untuk cepat sampai ke Kafeteria M.A.T.A.

Dibilik Rudy dan Ejen IRIS..

Telah 15 minit berlalu sejak Ali masuk untuk mandi. Rudy yang sejak tadi menunggu diluar mula naik angin.

"Ali! Kau mandi ke makan dalam tu? Cepat sikit boleh tak? Perut aku dah lapar gila ni!", laung Rudy dari luar.

"Ss-sory Rudy,air ni ha sejuk sangat,aku tak berani sentuh la", Ali membalas laungan Rudy.

"Kau! Sebelum aku masuk dalam sana mandikan kau,baik kau mandi CEPAT!", ugut Rudy.

"Er taknak jangan jangan,aku mandi ha Mandi ni"

Sejurus selepas itu, kedengaran Ali menjerit kesejukan. Rudy diluar tersenyum sendirian.

Setelah Ali siap mandi.....

"Weh Rudy,jom gerak!",ajak Ali.

"Wait.Aku nak kau pegang tangan aku sambil kita jalan ke kafe,baru aku nak gerak.",pinta Rudy

"Tapi Rudy..aku--

Tetiba dia teringatkan pesan Khai semalam.
Terus Ali memegang tangan Rudy dan menarik Rudy menuju ke Kafe.

"Ha yelah jom", Ali bersetuju dengan permintaan Rudy.

"Plan 1 berjaya", gumam Rudy dalam hati sambil smirk sendirian.

Khai yang ternampak Rudy Dan Ali sedang menunggu lif lantas menegur..

"Hai Rudy,Ali, korang nak ke-----"

Teguran Khai terhenti apabila terlihat Ali memegang tangan Rudy.

"Erm,sorry kacau korang,aku naik tangga dulu eh?", kata Khai sambil menuju cepat ke pintu tangga.

"Khai! Jomlah",panggil Ali.

"Takpelah,aku guna tangga,lebih menyihatkan!", Khai memberi alasan.

Sedang Khai menuruni tangga,dia...

"Ya Allah,aku tak nampak,aku tak nampak yang Ali pegang tangan Rudy,aku tak nampak", Khai mengulangi ayat tersebut. Semua pelajar Akademi M.A.T.A mengetahui,tiada siapa pernah sentuh walaupun bersalaman dengan Rudy,tapi Ali? Apa yang Ali jampi kepada Rudy? Khai mengeleng ketakutan haha.

Setelah hampir Ali dan Rudy menghampiri Kafe M.A.T.A,speaker berbunyi..

"Ali Ghazali, Tekno, Sila ke HQ M.A.T.A dengan segera. Pengangkutan kamu telah disediakan di luar pagar Akademi."

Mr Agent & Mrs AgentKde žijí příběhy. Začni objevovat