Chapter 24 : Persediaan

2K 82 83
                                    


Sejak dari malam Ali melamar Alicia,mereka berdua tidak boleh tidur lena. Pelbagai perkara muncul difikiran mereka saat sahaja mahu melelapkan mata.

Situasi Ali
"Boleh ke aku hidup dengan Alicia?,boleh ke aku menjadi suami yang terbaik untuk Alicia?", monolog Ali sendirian.

Situasi Alicia
"Adakah aku layak menjadi seorang yang bergelar isteri?,mampukah aku menjadi seorang isteri yang terbaik untuk Ali?", Alicia turut bermonolog sendiri.

Apapun yang mereka berdua fikirkan,tuhan telah menetapkan yang terbaik buat mereka berdua dan mereka tidak boleh menolak takdir tuhan.

********************************

"Ali! Bangun! Kau dah lambat nak ke kelas ni,nanti lecturer marah!", jerit Uncle Bakar dari bawah. Walaupun sudah hendak bergelar suami orang,Ali masih lagi tidak boleh menguruskan waktunya sendiri,hendak bernikah pula dengan orang yang bersikap seperti Alicia,pasangan bagaikan langit dengan bumi!.

"Hmm yee,mengantuk la Uncle! Saya tak pergi kelas kot uncle", Ali jerit kembali dari atas. Perancangannya pada hari ini adalah dia tidak mahu untuk ke kelas.Badan dan mindanya terlalu letih akibat semalam,proses melamar Alicia. Tapi dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

"Tadi General call,dia suruh kau ambil Alicia untuk ke kelas.", kata Uncle Bakar. General menelefonnya untuk meminta Ali menjemput bakal isterinya kerana General mempunyai satu misi khas bersama ketua-ketua teras,misi yang melibatkan kes Ali.

Ali pula,sebaik sahaja nama Alicia disebut,terus dia masuk melulu kedalam bilik air untuk mempersiapkan dirinya. Dia mengenakan baju berlengan pendek dan sepasang seluar berwarna hitam. Rambut pula dilumurkan dengan gel agar kekal berkilat. Sekali pandang pasti gadis-gadis yang berjalan disebelahnya akan jatuh cinta kepada Ali.

"Mana Alicia uncle?!", kata Ali sesudah dia menyiapkan dirinya.

"Hish kau ni,pantang dengar nama Alicia,terus siap", perli Uncle Bakar.

"Heee mestilah,bakal bride saya kot", balas Ali semula dengan muka yang mula memerah.

"Ha sudah,dah lambat ni,pergi ambil Alicia kat rumah general,harini kau takpayah pegi kelas,kita pergi uruskan kelengkapan", terang Uncle Bakar. Uncle Bakar mahu menyelesaikan kesemuanya pada hari ini dan menetapkan tarikh pernikahan Ali dan Alicia. Uncle Bakar turut berharap agar tiada kacauganggu yang akan berlaku semasa proses tersebut.

"Kelengkapan apa?", tanya Ali,hairan. Setahunya kalau ingin berkahwin tak perlulah berkenduri bagai,cukup sekadar majlis angkat nikah dan Alicia akan sah bergelar isteri kepadanya.

"Kelengkapan weeding kau lah! Kita mana boleh nak buat majlis angkat nikah je,Alicia tu anak General Rama kot. Dah sudah,dah lambat ni!,pergi jemput Alicia sekarang!", terang Uncle Bakar lagi.

"Ehh baik baik", kata Ali sambil mencapai kunci kereta yang terletak di tepi pintu. Dia melambai kepada Uncle Bakar sebelum menghidupkan kereta lalu beredar menuju ke rumah buah hatinya.

Uncle Bakar yang melihat kepergian kereta Ali,bercakap sendirian.

"Ali..tak sangka kau dah nak kahwin..kalaulah ayah kau masih ada,mesti dia gembira..lepas ni uncle tinggal seorang lah disini..", kata Uncle Bakar lalu meneruskan tugasnya yang tertangguh tadi.

**********************************

"Pin..pinn..pinnn"

Bunyi hon kereta Ali kedengaran membingitkan kawasan kejiranan tersebut. Jam menunjukkan waktu pukul 9 pagi menandakan masih ada 3 jam sebelum kelas mereka bermula.

Alicia masih lagi didalam rumah,masih berdandan dan berkemas menyiapkan dirinya.

"Alicia...Ali sudah sampai itu,cepat sedikit", panggil General Rama kepada anak perempuannya. Alicia kalau bersolek mengalahkan Ratu cantik!.

Mr Agent & Mrs AgentWhere stories live. Discover now