Bab 7

930 94 9
                                    

"Siapa nama pecahan kau tu?"
"Aku ada 7 pecahan termasuk aku. Aku baru jumpa sorang dari dimensi..masa depan"
"Sekarang kau cari pecahan yang mana?"

Solar hanya mengangkat bahu. Dia pun tak tahu dimensi yang siapa punya ni. Tiba-tiba...

Kruuk...😓

Ying memandang Solar dengan muka yang nak tergelak sikit. Lapar rupanya mamat swag kita ni..

"Ee..hehehe..aku..aku lapar la.."😅
"Hmm..tak pe! Jom aku belanja makan!"

Terus muncul senyuman berbunga-bunga di muka Solar. Siapa yang tak nak kalau ada nak belanja makan kan? Mereka pergi ke kedai makan yang berdekatan. Ramai juga perlanggan di sana.

"Kita duduk kat sana lah!"
"Ok!"

Seorang pelayan datang. Dia separuh zirafah.

"Nak makan ape?" Soal pelayan itu
"Saya nak salad organik!"
"Aa..saya..nak sama ngan dia" kata Solar.

Lalu pelayan itu pergi dengan pesanan mereka.

"Dalam pecahan kau, siapa yang suka haiwan dan pokok?" Soal Ying.
"Mm..kenapa kau tanya?"
"Aku tanya kau,kau tanya aku balik? Jawab soalan aku dulu!"
"Ok.."

Solar memikirkan jawapan dan..

"Ha! Nama dia Thorn si bendul!" (Thorn: Woi! Kurang asam!😤)
"Bendul??"😑

Ying membuat muka 😑 pada Solar. Solar hanya menggaru kepala yang tak gatal sambil senyum kambing.

"Woh! Mungkin ini dimensi dia!"
"Hmm tapi bukan dia je yang suka haiwan dan pokok..ada lagi.." Kata Solar.
"Siapa?" Soal Ying.
"Mm..Ice..!"

Ying menggangguk. Belum sempat dia hendak membuka mulut, seseorang memanggil nya dari belakang.

"Ying! Balik! Dah lewat ni!!"
"Oh! Mama..Ok..ei Solar kau nanti tido kat mana?"
"Hmm..entah le..tak pe kau pergi la balik..pandai-pandai la aku cari.."

Mendengar perkataan itu, Ying terus berlari ke wanita yang digelar 'mama'. Sempat Ying melambai ke arah Solar lalu dibalas nya lambaian itu.

"Ok..aku nak pergi mana ni?.." Soal Solar sorang-sorang.

Dia berjalan ke pekan untuk mencari hotel untuk bermalam. Tapi satu persoalan muncul di kepala nya. Macam mana nak bayar? Duit pun dia tak de!..

"Eh? Hotel apa tu?"

Mata nya tertarik pada sebuah hotel yang tak seberapa mewah. Papan tanda hotel itu tertulis 'Hotel Keluarga'. Solar terus ke hotel itu.

"Hmm?" Solar masuk ke dalam hotel.

Seorang jurukaunter di meja nya sedang bermain telefon. Seseorang yang dia kenal.

"Ying!"
"Eh? Solar! Kau rupanya.."

Solar menuju ke arah meja kaunter di mana Ying sedang duduk.

"Kau kerja kat sini ke?" Soal Solar.
"Ini hotel keluarga aku..jadi aku kena tolong mama aku kerja!"
"Ying! Ada perlanggan ke?"

Suara itu membuatkan mereka berhenti berbual.

"Ya! Ada perlanggan!"

Ying menjawab sahutan itu. Kemudian seorang wanita atau pun kita panggil mama Ying, datang mendekati mereka.

"Mahu tidur sini ka?" Soal mama Ying
"Iya!" Solar menggangguk.
"Mama..ini kawan saya, Solar!"

Ying memperkenalkan Solar pada mama nya. Solar senyum sambil melambai perlahan. Mama Ying membalas senyuman itu.

"Aa... berapa harga kalau nak tidur satu malam?" Soal Solar.
"Kalau satu malam.. RM 20..tapi tak apa..disebabkan kamu kawan Ying, aunty bagi free!"
"Be.. betul ke aunty??" Soal Solar lagi.

Mama Ying menggangguk sambil senyum. Wajah Solar mula gembira.

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now