Bab 15

762 76 3
                                    

"Hai!"

Mereka semua menjawab sapaan Solar dengan serentak cuma reaksi muka yang berlainan contoh nya, muka Ice yang kelihatan selamba.

"Kau rupanya.. erm.. siapa nama kau?" Soal Yaziq.
"Oh..aku Solar"
"Boleh tahan nama kau ni.."

Budak perempuan india itu menongkat dagu sambil puji pula tentang nama Solar. Rambut nya di dandan kemas dan terdapat cekak warna merah dan berjalur putih. Baju nya berwarna hijau.

"Ehehe..biasa je nama aku..😳"
"Nama aku Gina dan yang kat hujung tu..Fani."

Gina menunjuk jari ke arah perempuan yang berambut ungu pekat tadi. Fani hanya melambai dengan muka tak de perasaan.

"Korang ni superhero kat sini ke?" Soal Solar.
"Ha'ah!"

Ying En menjawab. Solar hanya senyum tapi disebalik nya, dia mula risau teramat dan semua perasaan nya bersepah kerana tak tahu macam mana nak buat dia kembali ke dimensi asal.

Ice membuka TV dan..

"Berita terkini! Beberapa orang lelaki dipercayai mencuri satu batu berlian dari kedai barangan kemas yang berada di Pulau Rintis. Polis masih lagi mengejar suspek."

Mereka semua terkejut dengan berita itu dan terus pergi. Solar juga mengikut mereka.

"Aduh... banyak betul pencuri hari ni.." Keluh Gina.
"Kan bandar ni selalu berlaku kes jenayah..kita kena halang pencuri tu!"

Ice terus berlari atau meluncur atas lantai beku yang dibuatnya. Solar hendak mengikut tapi dihalang.

"Jangan ikut! Kau mungkin akan cedera!" Kata Yaziq.
"Tapi.."

Yaziq membiar saja Solar yang tak habis lagi bercakap.

Situasi Ice..

Ice mengejar pencuri itu yang berada di dalam kereta. Makin lama makin laju pencuri itu membawa kereta.

"Tak boleh jadi ni! Meriam Pembeku!"

Ice menghasilkan meriam besar dan mensasarkan nya ke arah kereta itu.

"Tembakan Pembeku!"

Kereta itu sempat mengelak dan pencuri itu mengeluarkan sesuatu yang besar.

"Hah! B.. bazooka!!"(betul ke ni?)

Pencuri itu menembak ke arah Ice.

"Dinding Ais berlapis-lapis!"

Walaubagaimanapun, peluru bazooka itu terlalu kuat dan menghancurkan Dinding Ais itu. Akibat impak yang kuat, Ice tercampak ke belakang.

"Ice!! Kau tak apa-apa ke?!" Soal Gina risau.
"Ergh..sakit nya.."

Ice memegang lengan nya yang sakit. Gina menghampiri Ice dan memeriksa keadaan Ice. Mujur tak de apa-apa. Yaziq dan Ying En mara ke hadapan.

"Berani kau cedera kan kawan aku?! Tumbukan Padu!"
"Tendangan Laju!"

Pencuri itu menembak lagi ke arah mereka berdua.

"Hah?!"
"Tembakan Cahaya!"

Peluru itu meletup setelah ditembak oleh laser bercahaya yang tak dikenali. Keadaan disitu berkabus akibat debu-debu yang banyak. Kelihatan seseorang disebalik asap debu itu.

"Solar? Kau.." Ayat Yaziq dipotong.
"Tak ada masa nak terang kan. Kita kena hentikan pencuri tu!"

Solar menggunakan kuasa nya untuk mengejar pencuri itu. Yaziq dan Ying En juga turut mengejar tapi Ice masih terkejut.

"Dia ada kuasa?"

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now