Bab 54

853 73 24
                                    

Keesokan hari nya, Solar berlari sekeliling pekan kosong itu mencari Hali. Agak susah walaupun pekan ni kosong, tapi jejak Hali tidak dapat dikesan!

'Mana Hali ni...aku kena selamatkan dia sebelum Kaizo dan Fang jumpa dia!' Jerit hati Solar.

"WOI!!"

Solar terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kelihatan Kaizo dan Fang berdiri tak jauh di belakang nya. Riak muka Kaizo agak menyeramkam kerana marah. Namun Solar tidak gentar malah dia bercekak pinggang ketika berhadapan dengan mereka berdua.

"Ape?.." Soal Solar.
"Woah kau dah pandai eh..nak cekak pinggang depan aku.." kata Kaizo dengan muka yang masih bengis.
"So..? Ade masalah ke aku cekak pinggang kat depan kau? Kau siapa nak tegur aku camtu..kau bukannya abang aku pon.."

Kaizo terdiam seketika apabila Solar berkata begitu. Secara jujur, Solar sendiri pon terkejut dengan apa yang dia cakap.

"Apa kau cakap.." Kaizo menggenggam tangan nya tanda marah.

Solar hanya mendiamkan diri apabila disoal Kaizo.

"Kau jangan masuk campur urusan kitaora--" kata-kata Kaizo dipotong.
"KAU YANG JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN AKU!!" Tengking Solar.

Suasana menjadi tegang seketika. Fang begitu terkejut dengan perbuatan Solar untuk menengking abang nya. Solar berjalan menghampiri mereka berdua dan berhenti tepat dihadapan Kaizo. Mata Solar dan mata Kaizo.

"Kau tahu tak aku ada misi yang paling penting dalam hidup aku dan aku tak nak kau rosakkannya!!" Tengking Solar lagi.
"Kau ingat kau sorang je ke? Aku kena lindungi satu pekan ni dari BUDAK BODOH YANG KONON NYA HERO KAT SINI DULU!!"

Solar terdiam dan pada masa yang sama barannya meningkat apabila mendegar Kaizo berkata begitu. Kaizo mengeluarkan pedang tenaga nya lalu mengahalakannya pada Solar.

"Aku bagi amaran terakhir..jangan masuk campur urusan kitaorang atau aku bunuh kau sekali dengan Hali.." Kata Kaizo.
"Aku takkan biarkan.." Kata Solar.

Mendengar kata-kata itu Kaizo terus menyerang Solar namun dia dapat mengelak setiap serangan dari Kaizo lalu dia menembak laser cahaya ke arah Kaizo dan Kaizo menggunakan pedang nya untuk memantulkan serangan itu ke tempat lain. Fang menjauhi mereka berdua. Dia keliru kerana dia tak tahu apa patut dia buat. Perlawana Solar dan Kaizo amat sangit. Tiba-tiba..

CRASH!!

Mereka semua terhenti kerana bunyi itu.

"Tu bunyi..kilat.." Kata Fang.

Mata Fang terhenti pada sesuatu yang berada di atas bumbung satu bangunan kecil. Susuk tubuh sedang berdiri di situ sambil memerhatikan mereka semua dengan tajam.

"Korang semua ni bisinglah.."
"Hali.." Kata Solar perlahan.

Hali melompat turun dari bangunan kecil itu lalu menghampiri mereka.

"Bunuh aku eh...Kaizo.."

Hali berkata sambil mata merah nya memandang tepat kearah Kaizo. Tangannya pula membelek-belak pisau milik nya.

"Kesian kat kau ya..kau kena tanggung semua yang aku dah buat..sebab kau HERO kat sini..tapi..aku tak mintak pun kau buat semua tu..heh..tapi jangan risau..lepasni kau takkan perlu buat semua tu lagi.." Kata Hali dengan senyuman senget.

"Tak payah merepek lah!"

Tengking Kaizo lalu menyerang Hali namun Hali bertindak lebih pantas. Ketika Kaizo menghampiri dirinya, dia menunduk lalu menyerang balas dan mengenai lengan Kaizo. Darah menitik dari Lengan Kaizo yang terluka.

"Kapten!" Jerit Fang.
"Tch! Tak guna!"

Belum sempat Kaizo ingin bergerak, Hali menggunakan Gerakan Kilat nya lalu menyerang. Kaizo tak sempat melakukan apa-apa lalu terkena serangan itu. Cedera nya begitu teruk. Belakang betis, lengan kanan, kiri peha kiri dan pinggang nya tercedera. Darah mengalir dengan banyak. Kaizo tidak dapat bergerak kerana cedera teruk.

"HAHAHAHA!!!HAHA!! Sakit ye? Takpe-takpe lepasni kau takkan rasa lagi kesakitan dan beban kau.."

Hali berkata lalu berlari untuk menyerang Kaizo.

"HALI BERHENTI!!"

Hali ditolak dengan kuat hingga hampir jatuh. Solar memegang tangan Hali yang mempunyai pisau supaya menghalangnya dari menikam apa-apa.

"JANGAN GANGGU AKU LAH!!!"
"HALI JANGAN BUNUH DIA!"

Mereka bergelut menggunakan kekuatan masing-masing. Solar cuba menumbangkan Hali kemudia dia mendapat idea. Solar menepis kaki Hali dengan kuat hingga dia terjatuh lalu dengan pantas Solar menindih Hali supaya dia tidak dapat bergerak.

"Sudah cukup tu Hali..! Aku tak nak kau bunuh sesiapa lagi! Tolonglah..aku..aku tak nak kembar aku jadi pembunuh.."

Air mata Solar mengalir. Muka nya begitu merah kerana menahan tangisannya.

"Jom..lah..jom balik..jumpa Gempa..Taufan, Blaze, Ice..Thorn..jom.."

Hali terdiam sambil memandang ke arah mata Solar yang penuh air mata dan kemerahan itu.

"B..balik..?" Kata Hali.
"Ya..balik..jom..!"

Solar berkata sambil tersenyum sedikit. Namun Kaizo mengambil kesempatan masa itu lalu menyerang hendap.

"Hyaaa!!" Kaizo berlari lalu menyerang mereka.

Hali bergelut lalu terlepas dari Solar lalu ingin menyerang Kaizo.

"Hali jangan!!"

SSAK!

Bunyi tikaman kedengaran..



(Yo..sorry Q lambat update! Sebab err..busy! (Ice: Busy..?😕😒 Blaze: busy tengok anime je tu..) Ahaha..😅😅😓 sorry ye..

Mianhe
Gomendasai

🙇🙇🙇)

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now