Bab 47

584 54 1
                                    

"Abang Blaze!!...abang Blaze!!!...ABANG BLAZE!!!!.."
"Aih YA! Kenapa sampai terjerit-jerit ni??"

Luthfi berhenti berlari betul-betul dihadapan Blaze. Dia mengambil nafas sebelum memandang Blaze.

"Kenapa ni? Apa bunyi tadi tu?"
"A..ada zo..zombie kat pintu belakang!"

Luthfi berkata dengan nafas nya yang masih tersangkut-sangkut akibat kepenatan setelah berlari. Mata Blaze membulat seakan-akan tidak percaya.

"Betul ke?" Soal Blaze
"Betul!! Abang Solar tengah cuba halang pintu tu dari terbuka! Jom cepat! Kita kena tolong abang Solar!"

Luthfi menarik lengan Blaze. Dia tahu yang dia tak sepatutnya cakap benda lain yang disuruh Solar namun, dia tak sanggup biarkan Solar sorang-sorang di situ. Blaze mengambil satu pistol yang berada di atas meja yang dia duduk sebelum ni lalu pergi ke belakang.

Di Belakang...

Solar mengunci pintu itu lalu pergi ke arah stor kedua yang berada di sebelah pintu untuk mencari sesuatu yang dapat menghalang pintu itu dari terbuka.

"Apa..apa..apa..apa yang boleh block pintu ni????"

Solar bermonolog sambil mata dan kepalanya berpusing-pusing melihat setiap barangan di setiap sudut bilik itu. Peluh mula mengalir di dahi Solar kerana terlalu cemas dan risau. Nanti zombie tu rempuh tercabut melayang pintu tu naya jer. Solar memunggah barang-barang yang ada disitu. Ke semua nya terlalu ringan dan tidak mungkin dapat menghalang pintu itu dari terbuka. Kemudian mata Solar terhenti pada sesuatu. Sebuah kotak peti besar berada di hujung bilik stor itu.

'Peti tu nampak berat..'

Suara hati Solar sambil mata nya masih memandang ke arah peti itu.

BANG!

Bunyi pintu belakang itu di rempuh lagi membuatkan Solar terkejut lalu mendekati peti itu (dengan cara menyepak-nyepak barang atau sampah yang berada di lantai). Dia membongkokkan badannya sambil tangannya melilit (?) peti itu. Dengan sepenuh tenaga, dia menganggakat peti itu dan..

Sreet..!

Peti itu bergerak sejauh 3.1 cm. Nak saja Solar maki peti tu tapi disimpan buat maki kat Taufan nanti (Taufan: Yinna DEY!! *terjelir lidah* Thorn: Bangla mana nih?!) Dia mencuba lagi sekali namun masih bergerak pada cm yang sama.

"Aduih! Penat la camnih!"
"Meh sini aku tolong!"

Solar menoleh ke belakang. Kelihatan Blaze berada di depan pintu bersama Luthfi riak muka nya berubah.

"Kenapa Luthfi ada kat sini?? Kan abang dah kata keluar dari cafe ni!"

Luthfi hanya menggaru kepala nya sambil tersengih-sengih.

"Apa kau ingat aku nak biar kau sorang-sorang angkat peti ni? Sini aku tolong"

Blaze mendekati Solar dan tiba-tiba..

BANG! BANG!

"Cepat! Kita dah takde masa ni!"

Blaze berkata lalu menganggkat peti itu bersama Solar. Mujur ia boleh terangkat sikit. Mereka menganggkat peti itu keluar dari stor. Pintu itu sudah hampir terbuka namun ia tersangkut sedikit. Blaze dan Solar menghempas peti it betul-betul di hadapan pintu itu dan ia terus tertutup rapat.

"Fuh..cepat! Kita kena keluar dari sini!" Kata Blaze.

Mereka semua keluar dari cafe itu. (Don't worry pasal alatan yang Blaze jumpa tu. Dia letak dalam beg yang dia jumpa kat cafe tu.) Kemudian mereka tiba di pusat bandar itu. Seperti biasa, bangunan yang rosak, jalan yang dipenuhi serpihan bangunan dan lain-lain. Hanya mereka sahaja disitu.

"Kosong nya.." kata Solar sambil melihat sekeliling.

Tiba-tiba..

TET..TET..TET..

Lantas Solar dan Luthfi menoleh ke arah Blaze. Blaze melihat alat pengesannya.

"Kita tak berseorangan kat sini"

Dia berkata perlahan sehingga kedengaran seperti bisik. Solar masih memandang Blaze.

"Maksud kau.."

GRRR..!ARGG!

Mereka menoleh ke arah bertentangan. Kelihatan banyak zombie di sekeliling mereka. Luthfi menyorok di belakang Solar. Ketakutan. Blaze sudah bersedia namun dua tidak menggunakan alatan yang ada di dalam beg. Dia meletakkan beg itu ke bawah.

"Banyak nya.." kata Solar.
"Bersedia!"

Solar menurut kata nya. Kemudian satu daripada sekumpulan zombie itu menyerang Blaze.

"Bebola Api!"

Bebola Api mengenai zombie itu dan pada masa yang sama, zombie yang lain turut menyerang. Mereka berdua menghalang zombie itu menggunakan kuasa mereka. Tiba-tiba seekor (?) Zombie melompat tinggi ke arah Blaze ingin menerkam nya.

"Hati-hati! Tembakan cahaya!"

Serangan itu tepat mengenai zombie tadi. Namun, makin banyak zombie menyerang dan mereka kekurangan tenaga.

"Diorang ni makin banyak!" Kata Solar
"Bertahan!"

Zombie itu makin lama makin mengepung mereka. Makin dekat dan..

BANG! BANG! BANG! BANG!

Bunyi seperti tembakan pistol kedengaran. Banyak zombie tumpas dengan tembakan itu. Blaze dan Solar melihat sekeliling mencari empunya orang dan mata Solar terhenti pada sesuatu atau seseorang di atas salah satu bangunan di hadapan mereka. Lelaki. Dia memegang pistol machine gun dan dia tidak keseorangan. Kelihatan 2 orang lelaki dan 1 wanita disitu. Mereka juga mempunyai senjata lalu menyerang zombie-zombie itu. Blaze dan Solar terkelu.

"Siapa..diorang.."

(Yo readers! Sorry lambat update! Sorry sangat²🙇 tengah nak cuti ni jadi malas pulak ehek..lagi berapa hari nak cuti dan nak masuk tahun baru. Dah berape tahun dah cite ni agaknya ye?😂 Tak habis-habis lagi..sorry ya? Korang kena tunggu untuk cite ni abis bukan sekejap. Ok..bye readers! Selamat bercuti and hati-hati!)

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now