Bab 53

951 72 18
                                    

ZUP!!

Solar membuka mata nya dan melihat sekeliling. Kawasan pekan kosong. Sunyi sahaja.

"Aku kat mana ni?"

Mata nya memandang sekeliling. Memang tiada siapa. Sedang dia berpusing-pusing memandang sekeliling, mata nya terhenti pada sesuatu. Sosok tubuh berdiri tidak jauh dari nya. Solar terkaku disitu. Dia boleh nampak sosok itu mempunyai iris berwarna merah yang menyala kerana cahaya samar disebalik bangunan kecil disitu.

"H..Hali.."

Solar mengundur sedikit ke belakang. Tiba-tiba Hali menggunakan Gerakan Kilat nya untuk menghampiri Solar lalu cuba menikam nya di dada namun Solar menahan serangan itu hingga mereka terjatuh. Solar menahan tangan Hali yang memegang sebilah Pisau Halilintar(?)

"HALI!!"
"Huh.."

Hali sedikit terkaku apabila Solar menjerit nama nya. Hali memandang mata Solar yang dipenuhi air mata. Dia berasa pelik. Air mata yang ditakung Solar jatuh ke pipi nya.

"Kenapa dengan kau ni...? Hali yang aku kenal tak macam ni..." Soal Solar dengan air mata yang masih mengalir.

Hali tidak bersuara. Dia masih memandang mata Solar. Air mata nya masih tidak berhenti-henti jatuh membasahi pipi nya. Hali berasa lain. Dia tidak pernah rasa sebegini sebelum ini. Dia tidak dapat meneka apa yang membuatkan dia berasa sebegitu. Adakah ia satu perasaan? Atau....

.

.

.

.

.

.

Memori?..

"...Tch.."

ZTT!!..

Solar membuka mata nya dan melihat Hali sudah lenyap. Dia bangun dari terbaring lalu memandang sekeliling bagi mencari bayangan Hali. Dia mengelap air mata nya.

"Hali tak bunuh aku..?"

Dia berfikir seketika.

"M..maksud nya dia ingat aku.."

Dia menekup mulut nya dan lantas air mata nya jatuh lagi sekali. Kemudian dia mengelap air mata itu.

"Aku kena halang Kaizo dan Fang dari bunuh Hali.."

Situasi Hali..

ZTT!

Hali muncul di satu rumah kosong yang dikelilingi hutan. Keadaan di situ juga agak gelap kerana cahaya matahari yang dihalang oleh pokok yang banyak. Dia memasuki rumah itu lalu duduk di atas kerusi. Dia teringat semula tentang kejadian tadi. Dia teringat semula muka Solar yang menangis tadi. Mata nya yang berair.

"Uh.."

Dia terkaku. Sesuatu yang turun ke pipi nya. Basah. Ia turun lagi membasahi lagi pipi nya.

"Air mata...? Kenapa..aku.."
"Hali!"
"Huh..?"

Satu suara kedengaran di gegendang telinga nya. Dia memandang sekeliling. Tiada siapa.

"Hali!"
"S..siapa tu?!"

Dia lantas bangun dari duduk nya. Dia melihat sekeliling mencari tuan suara. Namun tiada siapa disitu melainkan diri nya sendiri.

"Jom cepat Hali! Nanti lambat!"

Kali ini nada suara ini menjadi lebih tinggi menunjukkan ini suara orang lain.

"Ish..Hali baru je nak bersiap tu..sabar lah.."

Suara itu berubah lagi. Ia menjadi nada yang normal.

"Aish! Lambat lah! Aku tak sabar lah!"

Suara itu berubah lagi. Suara itu menjadi lebih kasar.

"Hmm..tunggu je lah.."

Ia berubah lagi. Nada suara itu menjadi rendah.

"Tapi aku pon tak sabar!"

Kali ini suara itu menjadi kecil.

"Hali cepat lah!"

Suara itu berubah menjadi suara yang pada mula nya. Dia melihat sekeliling. Ke semua suara itu masih kedengaran. Dia menutup telinga nya dan memejamkan matanya dengan rapat.

"Kenapa kau ni...?"
"Huh..!"

Hali membuka mata nya. Semua suara tadi hilang dan tinggal suara awal tadi cuma nada nya rendah dan bergetar. Dia teringat suara itu. Dia pernah dengar.

"Hali yang aku kenal tak macam ni..."

Air mata nya mengalir tak henti dia mengalihkan tangan nya dari telinga.

"Aku..bukan macam ni...?"

 

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now