Bab 28

712 67 10
                                    

Penculik itu memakai jaket hood berwarna hitam dan memakai topeng mulut berwarna hitam. Dia memandang tepat ke arah Solar dengan pandangan yang penuh kegilaan. Tambahan pula penculik itu beriris merah, memang nampak seram sikit.

"Kau mesti seorang yang istimewa kan?" Soal penculik itu.

Solar kehairanan. Muka penculik itu masih tersenyum gila.

"Apa? Aku tak faham.."
"Tak pe lah kalau kau tak faham..nanti kau faham jugak.."

Muka penculik itu berubah selamba dan pergi ke arah meja yang mempunyai alas berwarna oren. Terdapat buku disitu. Penculik itu menalifon seseorang. Solar tak berapa dengar apa yang dibualkan tetapi ada perkataan yang membuatkan dia terkejut dan pada masa yang sama, anak mata nya mengecil akibat terkejut punya pasal.

"J..jual..ma..ta..?" Solar ketakutan.

Memang dah gila penculik ni..dia nak jual mata orang?! Memang Malang betul Solar. Mata dia dah la agak cantik dengan warna oren dan putih.. Memang menjadi pujaan ramai la..(pujaan??😑) Solar makin meronta untuk melepaskan diri dari ikatan.

Situasi Tanah...

Mereka semua mencari Solar di semua tempat tetapi batang hidung to nampak. Tanah mula kerisauan sampai menggigit kuku.

"Haiya...mana dia ni?" Soal Ying.
"Kita kena terus kan mencari dia. Dah la dia tu masih budak-budak.." Kata Yaya.
"Ha'ah..mana tahu dia kena culik ke.." Kata Gopal pula.

Mendengar perkataan culik itu, Tanah terus memandang ke arah rumah si landak berhantu tu.(Fang:Aku bukan landak la!!😬) Mata nya tidak beralih ke mana-mana. Kemudian dia berjalan ke arah rumah itu.

"Dey! Kau nak pergi mana tu?" Soal Gopal.
"Jap..aku cari kat sana.." Jawab Tanah.

Gopal memandang yang lain.

"Kita nak ikut dia jugak ke?" Soal Gopal.
"Mmm...ikut je lah.." Jawab Yaya.

Mereka semua menggangguk dan berjalan menghampiri Tanah. Gopal mencuit Tanah. Terkejut dibuatnya sampai terloncat.

"Ish! Terkejut aku tau! Korang kenapa ikut aku ni?" Soal Tanah.
"Kitaorang nak tolong kau lah apa lagi" Jawab Ying.
"Okey..ikut aku. Kita kena senyap tau?" Arah Tanah.
"Baik!"

Mereka semua menjawab serentak lalu berjalan secara perlahan di belakang Tanah. Mereka semua berada di depan pintu rumah agam itu. Keadaan berangin menjadi kan suasana menjadi seram. Gopal dah siap menyorok belakang Tanah lagi.

"Err..ki..Kita nak masuk kat dalam tu ke Tanah?..seram la..aku tak nak kena makan dengan hantu.." Kata Gopal.
"Ih! Kau ni..kita kena cari Solar! Penakut betul kau ni.." Kata Tanah.

Tanah membuka pintu dengan perlahan. Keadaan tidak dapat dilihat dengan jelas kerana gelap. Tetapi dia boleh nampak satu susuk badan sedang berjalan. Saiz nya lain dari Solar.

"Siapa tu Tanah?" Soal Gopal perlahan.
"Aku tak pasti" Jawab dia semula.

Tanah menyorok di kotak kayu yang lain untuk mendekati mereka. Yang lain juga mengikut Tanah.

"Fuh..nasib dia tak perasan kita.." Kata Fang.
"Aku dari tadi perasan la!!"

Semua terkaku. Penculik tu dapat tahu?!

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now