Bab 16

735 72 4
                                    

Solar melompat tinggi dan mendarat di atas bumbung kereta. Pencuri itu menyedari yang Solar berada di atas bumbung lalu membawa nya dengan tak terkawal. Solar menahan dari terjatuh dengan memegang satu batang besi yang berada di atas bumbung kereta.

"Wargh!! Kau patut nya tak dapat lesen memandu woi!!😲"

Solar cuba untuk bangun walaupun bergoyang-goyang. Namun pencuri itu membuatkan kereta berpusing pula.

"Ado...pening kepala..😰"
"Kita kena pancit kan tayar kereta tu!" Kata Ying En.
"Tapi..tak bahaya ke? Kereta tu dipandu laju. Nanti boleh hilang kawalan dan membahayakan orang ramai."

Yaziq dan Ying En berbincang sambil mengejar pencuri itu. Akhir nya ia diputus kan untuk..

"Ok! Kita kena pancit kan tayar tu!" Kata Yaziq.
"Biar aku buat!"

Suara Ice kedengaran dari belakang. Yaziq menoleh kebelakang dan melihat Ice sedang berlari menggunakan kasut jet berkuasa ais. Dia melemparkan duri-duri ais dengan tinggi dan jatuh di jalan yang belum dilalu oleh pencuri itu.

"Tapi macam mana kalau kereta tu hilang kawalan nanti? Ia akan membahayakan orang ramai yang lalu-lalang di sini"

Ice hanya senyum pendek ke arah Ying En lalu..

"Tak pe! Aku akan suruh Fani yang handle"

Kereta itu masih dipandu laju macam kereta yang dipandu oleh the Rock dalam Fast and Furious tak jadi(??) Tanpa dia sedar, tayar itu telah pancit dan hilang kawalan. Duri ais itu masih melekat di tayar.

"Apa jadi ni?!" Soal pencuri itu.
"Oi! Elok-elok sikit bawak kereta! Ada orang ramai tu!!" Solar memberi amaran.

Kereta itu dalam hilang kawalan dan terlanggar macam-macam benda di hadapan nya. Solar cuba menghentikannya tapi susah dengan keadaan kereta itu bergoyang sana, bergoyang sini.

"Alamak!! Orang melintas!" Kata Gina.
"Halang kereta tu cepat Fani!" Arah Ice.
"Baik! Jari Bayang!"

Orang yang melintas jalan itu terkejut. Jari Bayang itu hampir mendapat keseluruhan kereta. Ia berhenti betul-betul di hadapan seorang lelaki yang terduduk.

"Fuh.. sempat pon.." Kata Fani.
"Pencuri tu nak lari!"

Semua orang terkejut seketika dan menoleh ke arah pencuri itu yang sedang berlari lintang pukang sambil membawa hasil curian nya. Solar berlari dan menangkap pencuri itu sehingga terjatuh.

"Kau tak dapat pergi mana-mana!"
"Kau silap..😏"

Muka Solar mula hairan. Apa lagi permainan dia ni? Tiba-tiba pencuri itu membaling satu bom asap dan meletup. Keadaan disitu tak dapat dilihat tapi hanya dapat mendengar bunyi orang batuk akibat asap-asap disitu.

"Uhuk! Jangan bagi pencuri tu terlepas! Uhuk!" Arah Ice.
"Tak boleh nampak! Asap ni terlalu tebal!"

Fani yang berada berdekatan dengan Ice mengibas sekeliling menggunakan lengan nya. Apabila keadaan mula pulih, pencuri itu sudah lari dan meninggalkan satu kertas nota lama.

"Padan muka?!😬"

Ice membaca isi kandungan kertas itu sampai renyuk dibuatnya. Geram teramat lah sangat..Ice memandang tepat ke arah Solar yang baru hendak bangun dari terduduk selepas peluk nya pencuri itu macam pasangan kahwin tak menjadi.

"Ini semua salah kau!!"
"Apa?! Aku??"

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now