Bab 49

706 66 9
                                    

Kawasan sekeliling terdapat banyak bangunan perumahan namun ia nampak seperti gaya lama zaman 50-an. Langit disitu juga berwarna merah dan bermaksud sudah senja. Mata Solar terpandang pada satu menara jam berada di hadapan nya. Terdapat loceng besar di bawah nya. Dia memandang jarum jam itu. Pukul 7:12 minit. Kemudian..

DING!! DING!! DING!!

Solar menutup telinga nya kerana bunyi loceng jam yang amat kuat itu. Kemudian dia melepaskan telinga nya dan melihat penduduk di sekelilingnya bergegas masuk ke rumah mereka. Solar memandang mereka hairan. Semua kalangkabut berlari.

"Woi! Kau tunggu apa lagi tu?!"

Solar menoleh ke arah empunya suara. Seorang lelaki dalam lingkungan 20-an memandang nya dengan pandangan cemas. Telinga Solar masih berdesing akibat bunyi loceng tadi jadi dia tidak berapa dengar suara lelaki tadi.

"Hah apa?.." Soal Solar perlahan.
"Ihh!! Lantak kau lah!"

Lelaki itu terus berlari meninggalkan Solar. Solar masih terpinga-pinga.

"Eh! Jap!..jap!..kenapa ni??"

Solar cuba mengejar lelaki itu namun bayangannya sudah hilang. Kawasan sekelilingnya sudah sunyi. Bulu roma nya mula meremang. Langit hampir menjadi gelap. Solar cuba berjalan untuk mencari tempat untuk berehat.

"Oi..! Kau!..sini!"

Berderau darah Solar dengan suara itu lalu menoleh ke arah suara tersebut. Seorang budak lelaki berambut ungu gelap berada di belakang satu gerai kosong. Dia memakai spek mata petak berwarna ungu cerah dan dia memakai kot labuh berwarna hitam.

"Fang...?" Kata Solar perlahan.
"Sini aku kata! Kau nak mati ke?!"

Fang berkata lalu menarik tangan Solar ke sebelah nya.

"Er...k..kenapa ni??" Soal Solar.
"Kenapa kau tanya? Kau tak tahu ke?" Kata Fang.
"Tahu apa??" Soal Solar lagi.
"Mana boleh berada di luar masa pukul 7:30! Sampai pukul 5:00 pagi. Kenapa kau boleh tak tahu benda penting ni?" Soal Fang balik.
"Aku..aku baru kat sini"

Fang mengangguk kecil lalu memandang ke belakang untuk melihat disebalik meja gerai itu.

"Kenapa kena duduk kat dalam rumah masa pukul 7:30?" Soal Solar.
"Kalau tak kita mati..nanti aku terangkan"

Terus pucat muka Solar apabila mendengar perkataan 'mati' itu. Fang berdiri lalu memandang sekeliling. Dia membuat isyarat untuk turut berdiri. Solar hanya ikut sahaja.

"Aku rasa selamat ni..jom pergi tempat aku" kata Fang.
"Ok"

Berlari ke menuju ke barat. Tiba-tiba mereka berdua terdengar sesuatu. Bunyi elektrik. Sesuatu muncul tak jauh di hadapan mereka. Lantas mereka berdua berhenti. Anak mata Solar mengecil. Jantung nya seperti terhenti apabila melihat nya. Seorang budak lelaki berambut putih dan terdapat sedikit hitam. Mata beriris merah kelihatan seperti menyala disebalik cahaya samar. Di tangan kiri nya memegang sebilah pisau yang dilumuri darah sama seperti baju nya.

"Hali..?"
"Sh*t! Dia jumpa kita!"

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now