Bab 27

723 66 0
                                    

Riak wajah Solar berubah geli. Kawasan rumah agam Fang itu memang bersepah dan penuh semak-samun yang dah lama tidak dipotong. Rumah itu pun dipenuhi pokok. Sah! Macam rumah hantu.

"Apasal penuh sangat dengan rumput ni? Pemalas benor Fang ni.."

Solar membebel sorang-sorang macam makcik pon ada. Dia melihat sekeliling. Macam dah lama ditinggalkan. Dia berdiri di depan pintu rumah itu. Suasana menjadi seram sejuk. Dia memberani kan diri lalu masuk ke dalam.

"Eer.. hello?..."

Suara Solar bergema di seluruh rumah. Sudah pasti nya tiada orang di disini. Dia meneruskan memerhati sekeliling. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Terdapat segulung tali yang hampir terputus kerana sudah mereput di situ. Tali itu seperti telah digunakan.

"Tali apa ni?" Soal Solar.

Solar memegang tali itu dan melihat dengan lebih teliti tetapi tiada apa-apa. Baru Solar hendak melangkah ke hadapan, dia rebah disitu dengan kesan luka di kepala seperti....dipukul! Seorang lelaki memegang batang kayu dan telah memukul kepala Solar hingga pengsan lalu dia mengangkat Solar ke satu tempat.

Situasi Tanah..

Tanah dengan yang lain sedang sibuk mencari petunjuk. Dia tersedar bahawa Solar tiada bersama mereka. Tanah melihat sekeliling sebelum memberitahu kepada yang lain.

"Eer...korang nampak Solar?" Soal Tanah.
"Eik? Bukan dia ada dengan kau ke?" Ying kehairanan.
"Tadi memang ada..tapi sekarang aku tak tahu dia kat mana.."

Tanah mula kerisauan. Begitu juga lah yang lain. Mereka memang tak nampak Solar di mana-mana.

"Kita kena cari dia! Dia tu dah la kecik"(Solar:Mana ada!😡) Kata Gopal.

Mereka semua setuju dan terus mencari Solar di sekitar kawasan itu.

Situasi Solar..

Keadaan disitu sunyi dan gelap. Hanya sebilangan sahaja yang boleh dilihat dari samar-samar cahaya. Solar membuka mata dengan perlahan dan ternampak sebuah meja di hadapan nya.

"Ergh..aku kat mana ni?.." Soal Solar lemah.

Solar cuba bergerak tetapi dia diikat dan duduk di atas kerusi. Kepala nya masih sakit akibat pukulan tadi.

"Jap..aku..diculik ke?.."

Solar baru perasan lalu meronta untuk melepaskan ikatan. Tak mahu duduk di situ lama-lama..seram... kemudian kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke arah Solar. Apa lagi, Solar makin takut dan masih cuba untuk melepaskan diri.

"Kau dah bangun?"
'Dah jelas lagi nyata yang aku dah bangun..buat apa nak tanya lagi..siapa yang tak pandai sekarang?'

Muka Solar berubah 😑 apabila ditanya macam tu. Yelah..dah boleh nampak dah dengan biji mata kita sendiri yang dia dah bangun.. apa pasal nak tanya lagi? Kan?

"Siapa kau?! Apa kau nak dengan aku?!" Soal Solar.

Penculik itu tidak menjawab apa-apa tetapi dia gelak. Gelak macam hantu Pontianak. Dia menghampiri Solar dan mengangkat dagu Solar menghadap muka nya. Solar mula ketakutan.

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now