Bab 11

838 71 8
                                    

"sebenarnya..aku..Jarang sangat keluar..😞"
"Jarang keluar? Habis yang ratu cakap pasal hutan favourite kau tu?" Soal Solar.

Thorn menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan Solar.

"Dia cakap macam tu sebab nak sorok yang sebenarnya putera dia ni jarang keluar..dia tak nak kalau kena kutuk tentang aku..nak jaga nama baik katakan.."
"Kenapa dia tak bagi kau keluar?" Soal Solar lagi.
"Dia nak latih aku ni supaya jadi putera yang bagus dan bertanggungjawab..kalau aku tak nak, habis aku dibuatnya..😩"

Habis segala yang terpendam diluahkan. Tak puas hati ada, sedih ada,.. macam-macam lagi ada.. Solar berasa sedih juga dengan cerita pecahan dia tu..tak dibenarkan untuk keluar istana hanya untuk mengajar tentang pentadbiran negara? Tu bila-bila pon boleh..

"Aku suka memanah tapi bukan di luar mahupun laman istana."
"Habis kau main kat mana?" Soal Solar

Thorn berjalan keluar dari bilik diikuti Solar. Mereka berjalan sepanjang lorong bilik-bilik yang kosong. Kemudian mereka tiba di sebuah bilik yang mungkin lebih luas kerana ia berada di hujung sekali.
   Thorn membuka pintu dan rupa bilik itu penuh dengan sasaran memanah dan patung bersaiz manusia untuk tujuan memanah juga. Banyak anak panah tercucuk di mana-mana.

"Ini lah tempat nya!"
"Err..wow..luas tapi sepatutnya memanah perlu dilakukan di luar rumah..maksud aku.. istana!"
"Nak buat macam mana..aku tak boleh keluar langsung.." Jawab Thorn.

Thorn mengambil busur nya dan anak panah sedia untuk menembak ke sasaran. Dia mengambil dua anak panah sekali gus menembak nya.

"Woh!..tepat kau tembak!" Mata Solar bersinar-sinar.
"Hehehe..cuba kau tembak pula"

Solar mengambil busur Thorn dan anak panah. Agak menggigil juga bila dia nak tembak anak panah itu.

Pap!!

Anak panah terkena cermin tingkap hingga pecah lalu ia jatuh ke bawah. Tapi bernasib baik mereka kerana panah itu ada tali yang panjang terikat di hujung. Boleh mereka tarik saja panah itu ke atas dengan tali itu.

"Alamak pecah la pulak! Maaf!! Tak sengaja!😭"
"Eh..tak pe..lagipun banyak barang-barang yang dah pecah sebab anak panah yang aku tembak..😅" Thorn cuba tenang kan Solar.

Solar hanya mengikut sahaja apa yang Thorn kata. Tapi memang betul pun apa yang dia kata..banyak barang-barang yang rosak dan pecah macam dalam peperangan alien lawan haiwan..😓

"Biar aku ambik anak panah tu" Kata Thorn.

Solar mendapat idea lalu mengambil tali panah yang jatuh tadi dari Thorn. Tercengang-cengang dibuatnya Thorn apabila Solar buat macam tu.

"Apa kau buat ni?"
"Apakata, kita turun ke bawah guna tali ni!"
"Hah?! Turun?" Terkejut Thorn dibuatnya.
"Kenapa? Ini lah peluang nya untuk kau keluar dari istana!"
"Tak boleh..kalau ditangkap, mau nya aku kena hukum duduk dalam bilik bacaan belajar tentang negara! Aku tak nak!!😭"

Solar berfikir lagi sekali untuk menentukan cadangan nya tadi.

"Kita keluar senyap-senyap!..aku tahu macam mana! Aku ni pro dalam bab sembunyi ni!" Kata Solar.
"Ok.. macam mana?" Soal Thorn.
"Bagi aku pelan gambar tentang istana ni"

Thorn terus ke arah meja yang dipenuhi kertas dan membuka salah satu laci. Dia mengeluarkan satu kertas berwarna putih yang kekuningan sikit.

"Ini dia..istana ni dikawal oleh..135 pengawal (gila banyak betul Thorn?!😲) Macam mana kita nak lepas?"
"Don't worry.."

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now