Bab 48

625 61 0
                                    

Orang-orang (bukan orang-orang yang patung tu ye) itu melompat turun dari bangunan itu tersebut dan mendarat dengan sempurna. Blaze dan Solar masih memandang mereka dengan curiga.

"Korang semua selamat?" Soal lelaki yang memegang machine gun itu.
"Eerr..ya..terima kasih" Kata Solar.

Blaze masih tidak bersuara dan melihat mereka dan kemudian melihat pada alat pengesannya. Dia menggangguk faham. Solar menoleh ke arah Blaze tertanya dengan apa yang dia buat.(Ice: Buat bodo jew Blaze: Nyampuk lah kau! Pi duduk jauh tu!)

"Kenapa Blaze?" Soal Solar.
"Sebenarnya yang berbunyi tadi tu bukan signal zombie..tapi signal diorang ni..zombie kan bukan benda hidup." Kata Blaze sambil menunjukkan alat itu.

Solar mengangguk faham. Kemudian Luthfi yang menyorok dibelakang kaki Solar mengintai sedikit.

"Takde pape lah Luthfi..semua dah selamat."

Luthfi terus berdiri di sebelah Solar. Mata nya terhenti pada seeorang wanita yang berdiri di sebelah lelaki yang memegang machine gun itu. Wanita itu pun memandang Luthfi. Riak muka Luthfi berubah. Solar melihat Luthfi dengan pandangan pelik lalu menyoal Luthfi.

"Kenapa--"
"Ibu!!"

Jerit Luthfi lalu berlari dan memeluk wanita yang dikatakan ibu itu. Wanita itu turut juga memeluk nya. Air mata membasahi pipi wanita itu.

"Luthfi pergi mana?? Puas ibu cari tau...ibu ingat--"
"Luthfi ok..lagipun, abang Blaze dengan abang Solar yang tolong Luthfi..!"

Luthfi berkata sambil menunding jari nya pada Blaze dan Solar. Wanita itu menoleh ke arah mereka berdua lalu berdiri mendekati mereka.

"T..terima kasih sebab tolong anak makcik! Terima kasih sangat-sangat!"

Wanita itu memeluk mereka berdua. Muka Blaze mula kemerahan kerana segan manakala Solar pula tersengih jangal. Wanita itu melepaskan mereka berdua.

"Nampak nya aku dah jumpa semua orang selamat! Jadi....nah..!"

Blaze berkata lalu menyerahkan sesuatu pada lelaki yang sorang lagi. Satu alat berbentuk bulat dan terdapat satu butang pada nya.

"Tekan butang tu. Ia akan bawa kamu semua ke tempat selamat bersama penduduk yang lain." Kata Blaze.
"Terima kasih...err.."
"Blaze. Nama saya Blaze"
"Baik..erm..terima kasih Blaze."

Kata lelaki itu lalu meminta yang lain untuk berkumpul sekelilingnya. Dia menekan butang itu lalu mereka lenyap seperti teleport. Tinggal Blaze dan Solar sahaja disitu. Solar memandang Blaze.

"So...kau dah berjaya selamatkan penduduk yang tinggal..b..boleh ke kalau kau ikut aku sekarang?" Soal Solar.

Blaze memandang Solar untuk seketika lalu memandang ke tempat lain. Kepala nya diangguk sedikit. Solar menganggkat kening nya bagi mendapat jawapan yang lebih tepat.

"Apa?.." Soal Solar.
"Ye..ok..aku ikut kau.."
"Yahoo!"

Solar melompat kegembiraan. Blaze memandang nya dengan pandangan kosong. Kemudian portal dimensi itu terbuka (dia dah sebut dah elemental dimension tu) Solar melambai ke arah Blaze lalu masuk ke dalam.

'Dimensi yang terakhir..' kata hati Solar.

"Hmm?"

Solar membuka mata nya.

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now