Bab 17

734 69 2
                                    

Ice menghampiri Solar sambil memberikan satu jelingan maut secara free untuk hari ni sahaja!(apasal promote jelingan pulak ni?😓)

"Apasal salah aku pulak??"
"Kau pergi biar je pencuri tu terlepas kenapa?!" Soal Ice dengan marah.

Mereka semua yang lain memandang Ice dan Solar yang mula bertekak. Yaziq mahu meleraikan pergaduhan itu tapi takut dia pulak yang kena marah.

"Macam mana aku nak halang?! Aku tak nampak apa-apa!" Balas Solar.
"Kau kan ada kuasa! Aku nampak kau tadi ada kuasa cahaya. Susah sangat ke nak halang dia guna kuasa kau tu?!"

Solar terkedu dengan apa yang Ice kata. Ada betul juga tu. Ice terus pergi dengan perasaan yang tak puas hati. Mereka juga pergi meninggalkan Solar.

"Apasal lu marah sangat dengan dia Ice?" Soal Ying En.
"Huh! Kau pun nampak tadi kan? Dia biar je pencuri tu terlepas!"

Setiba nya mereka di Gerai Tok Aba..

"Dah selesai dah ke?" Soal Tok Aba.
"Hmm..tak..dia terlepas..😒"
"Kenapa macam marah sangat je ni Ice? Perempuan tak elok marah-marah macam ni.." Kata Tok Aba.

Ice mendengus. Tok Aba hanya menggeleng kepala nya perlahan. Kemudian dia memberi kan Special Ice Chocolate pada Ice supaya sejuk sikit hati dia yang dah berapi.

"Nah! Minum ni..bior sejuk hati tu.."
"Terima kasih Tok.."

Ice minum air itu dan menghembus nafas lega. Sejuk sikit rasanya. Tok Aba juga memberikan air kepada yang lain. Tak lama kemudian, Solar sampai di sana.

"Erm..hai.."
"Hmph! Ice naik dulu ya.."
"Yelah.."

Mereka semua hanya memandang Ice pergi. Solar duduk di kerusi yang paling hujung. Tok Aba melihat Solar yang sedang menongkat dagu dengan muka yang serba salah.

"Kamu.. Solar ya?" Soal Tok Aba.
"Ya..saya Solar."
"Maaf lah tentang Ice tu..dia kalau marah memang macam tu.."
"Dia marah pon sebab saya.."

Muka Solar terus bertukar sedih. Tok Aba membawa Solar ke tempat duduk lain untuk bercakap.

"Cuba cerita kat atok..apa yang jadi?"
"Ok..saya sebenarnya.."

Solar menceritakan segala nya termasuk lah tentang misi nya untuk mencari pecahan nya di dimensi lain. Lama juga tu sampai petang dibuatnya.

"Oo.."
"Macam mana saya nak pujuk dia untuk ikut saya Tok?" Soal Solar.
"Tak pe..nanti atok cuba pujuk dia supaya dia tak marah dengan kamu. Pasal yang lain tu..kamu handle la sendiri ya?"

Solar menggangguk saja dengan cadangan Tok Aba. Kemudian dia baru perasan yang hari hampir malam. Tok Aba bangun dan mengemas meja yang masih ada mangkuk pinggan yang tak terbasuh.

"Oh! Kamu nanti tido mana?"
"Hmm.. entah la.."

Yaziq dan yang lain juga sudah balik ketika Solar sedang bercerita.

"Tak pe! Kamu tidur kat rumah atok"
"Tak pe ke? Nanti takut Ice marah"
"Tak pe! Jom"

Tok Aba membawa Solar masuk ke rumah. Kelihatan Ice sedang menonton TV berita 33. Ice menoleh ke belakang untuk melihat Tok Aba tapi nampak saja Solar, muka nya terus bertukar menyampah lalu menyambung tengok TV.

"Apasal atok bawak dia ni?" Soal Ice.
"Dia nak tumpang sini.." Jawab Tok Aba.
"Hish... yelah..😒"

Ice naik ke bilik dan menghempas pintu. Tok Aba menghembus nafas sambil menggeleng kepala.

"Maaf ya Solar?"

Solar hanya mampu senyum tapi dalam hati, dia pun tak puas hati dengan Ice ni..kerja marah jer..

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now